Thursday, May 5, 2011

Ooo Rohaiza, Ooo Rozuki bersedialah kamu berdua

Rahaiza & Rozuki… naik turun mahkamah hangpa lepas ni

Oleh: Mujahidah (Wartawan Kedah La)

ALOR SETAR, 4 Mei 2011 – Berikutan penyamaran yang dilakukan individu-individu tertentu di majlis 'penyerahan borang keahlian UMNO' pada 30 April 2011 bertempat di Kuala Sungai, Alor Setar, Kedah baru-baru ini, satu laporan polis telah dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Kuala Kedah, Sdr Azizi Abdullah.

Individu yang dimaksudkan ialah Ahmad Rozuki (510930-02-5563) yang telah menyamar dengan niat melakukan penipuan sebagai Ketua Cawangan PAS Lahar Buluh sedangkan beliau bukan ahli PAS dan cawangan terbabit juga tidak pernah wujud dalam PAS Kawasan Kuala Kedah.

“Tindakan beliau semata-mata bertujuan menipu, sedangkan beliau sendiri bukan ahli PAS dan cawangan Lahar Buluh tidak wujud dalam kawasan Kuala Kedah,” ujar Azizi.

Tambah Azizi lagi, dakwaan Rahaiza Abd Rahim (gambar) yang kononnya seorang ahli muslimat PAS cawangan Kuala Sungai juga merupakan satu pembohongan kerana cawangan tersebut juga tidak pernah wujud dalam kawasan Kuala Kedah.

“Beliau sendiri (Rahaiza) tidak pernah mendaftar sebagai ahli PAS, macamana dia boleh mengaku dia ahli muslimat PAS.

“Penyamaran tersebut bertujuan jahat dan semata-mata mengelirukan orang ramai,” tegasnya
.

6 comments:

tungkaran hati.blogspot said...

Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....!
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!

MOSAR said...

Pekorak kering u tungkaran hati. Pas tak mampu lg nak berdiri seorang diri. Jadi kalau nak harap Pas sendiri lawan UMano umpana pungguk rindu kat bulan je.Sebab sekarang ni, ramai rakyat malaysia melayu islam pada nama jer, tidak byk sokong perjuangan islam, senang dibeli dan dibayar oleh Umano APCO. Jadi, Kalau PAS tak pakat dgn PKR dan DAP mana mungkin BN umano apco boleh tersungkur.

Miecyber said...

Semuga yang menipu itu akan di hukum..


Zaman Kegemilangan Islam

CIKGU KEMAS said...

haprak lah lu tungkaran hati.. melayu merdeka dan masyarakat majmuk tidak akan menyokong bn/umporno lagi . melayu berjiwa hamba aje masih sokong umporno, pengkhianat melayu, kemana berhectar2 rezab melayu dikorbankan kepada non-bumi ini bukan kerja dap, bantuan sekolah agama rakyat ditarik, rakyat kelantan dan trengganu dianaktirikan umporno bkn kerja dap. semua kerja laknat umporno yg dikatakan pembela melayu termasuk perkasa celako...

Anonymous said...

Teruk betullah orang Islam kat Malaysia ni ye? Sik tau sebelum ni ...

ms maniam said...

HOI BAGANG....pas perlukan pkr dan dap untuk menumbangkan bn,faham tak???? mana lebih bermaruah pkr/dap atau umno.mic/mca???? hidup pakatan rakyat.....