Tuesday, May 3, 2011

Taktik terbaru puak songkok tiga jengkal : Sendiri buat sendiri tuduh

SEPUCUK surat aduan dikongsikan oleh salah seorang pembaca MiLo SuaM yang didakwa diambil dari salah sebuah blog terkenal gerombolan songkok tinggi. Surat ini memaparkan aduan seorang lelaki bukan Islam bernama Tan dari Pulau Pinang, kononnya beliau mahu Majlis Perbandaran Pulau Pinang memindahkan sebuah masjid di hadapan rumahnya di Lebuhraya Batu Lanchang kerana mengganggu ketenteraman beliau dan keluarga.

Menurut surat ini lagi, setiap hari Jumaat banyak kenderaan yang diletakkan di kawasan berhampiran masjid, sekaligus menimbulkan kemarahan penduduk setempat. Malah surat ini mendakwa perbuatan itu membahayakan penduduk setempat serta kenderaan pelanggannya. Surat ini ditulis dengan bahasa dan tatabahasa yang salah bagi menggambarkan penulisnya bukan seorang yang berbangsa Melayu.



Bagaimanapun, kesahihan surat yang disiarkan oleh blogger gerombolan songkok tinggi ini sangat diragui. Ini kerana, hasil carian di Google Map menunjukkan tiada masjid terletak di sepanjang Lebuhraya Batu Lanchang. Hanya sebuah surau kecil dikesan. Sebuah surau kecil mengadakan solat Jumaat setiap minggu adalah tidak masuk akal. [Google Map]

Salah seorang rakan MiLo SuaM yang tinggal di Pulau Pinang juga mengesahkan bahawa tiada masjid di sepanjang Lebuhraya Batu Lanchang. Ternyata blogger gerombolan sengaja mencetuskan isu kaum dan agama untuk menaikkan darah orang-orang Melayu, seterusnya meraih sokongan masyarakat Melayu kepada Barisan Nasional dengan fitnah yang jijik.





ReJaM© "Politik Lucah, Fitnah, Provokasi Perkauman dan Agama, untuk mengekalkan kuasa"

No comments: