Thursday, June 16, 2011

Berani melawan pemerintah zalim , bukan pondan berani dibelakang P#####Q Polis macam pemuda UMNO

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiq4qJATJy2M48rAkFr0M23U2I7Smfpo392VLzfOZ12RXy0bZZ9gSIi4lBG98W2dOhVs8FnY1wboTUfEwjxm0kSCrQcXPM22a2YyVyQRWris1aM1kCkrWSjq67HIQFT_SU8_U4-wHOfMOay/s1600/Mat+Sabu.jpgKANGAR - “Biarpun penduduk kecewa dengan kelemahan dan tindakan kerajaan yang memerintah, mereka masih menyokong kerajaan itu kerana mereka tidak berani membuat perubahan.

“Mereka yang tidak berpuas hati hanya merungut di belakang tetapi terus membiarkan diri mereka dipimpin kerajaan sedemikian yang tidak prihatin kepada masalah mereka,” kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu berkata demikian ketika mengadakan sesi dialog PR bersama penduduk dan nelayan di Kuala Perlis, petang kelmarin.

Dalam sesi dialog itu, Mat Sabu berdialog tentang beberapa masalah yang diutarakan penduduk termasuk isu pemansuhan subsidi diesel terhadap beberapa jenis pengangkutan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Antara yang terkena tempias terhadap pemansuhan itu ialah nelayan dan pihak yang pekerjaan mereka berkait rapat dengan laut.

Mat Sabu berkata, sepatutnya rakyat perlu lebih berani membuat perubahan dengan memberi peluang kepada pihak lain tidak kira apa kerajaan yang memerintah supaya mereka boleh menilai mana yang lebih baik.

“Selepas kita lihat kerajaan yang kita pilih itu tidak bagus, kita tukar kerajaan lain pula jika masih tidak bagus kita tukar lagi. Kita mesti berani, jangan terlalu bergantung kepada satu kerajaan sahaja,” katanya.

Sementara itu, Mat Sabu berkata, sekiranya PR dipilih memerintah kerajaan, usaha pertama yang akan diambil ialah untuk menyelesaikan isu pemilikan tanah yang dihadapi penduduk di sini terutama di Kuala Perlis.

Katanya, masalah tanah yang dihadapi di perkampungan nelayan Kuala Perlis sudah lama namun, belum berjaya diselesaikan kerajaan sehingga kini.

“Banyak tanah yang diduduki penduduk sejak berpuluh-puluh tahun lalu tidak mempunyai geran hingga menyukarkan penduduk membuat pembangunan di tempat mereka.

“Kami akan memastikan semua penduduk memiliki hak milik tanah yang diduduki mereka sekiranya PR dipilih memerintah.

“Kami dah buat perkara yang sama di perkampungan Kampung Baru di Perak ketika Pas memerintah tidak lama dulu. Penduduk kena berani berubah untuk menyokong PR,” katanya.

No comments: