Monday, June 13, 2011

Khir Toyo minta transaksi pembayaran tidak direkod


http://www.arakian.com/blogs/2/Rumah_Banglow_Datuk_Khir_Toyol_0avr4i45wchok2aj5bh2hjyv60849371.jpgSHAH ALAM 13 JUN : Pereka dalaman, Nasir Ismail menegaskan di mahkamah hari ini bahawa dia dibayar lebih daripada RM6 juta oleh bekas Menteri Besar Selangor, Dr khir Toyo untuk kerja- kerja mengubahsuai banglo mewahnya di Shah Alam.

Nasir berkata demikian setelah disoal balas peguambela, M Athimulan pada hari keempat perbicaraan tuduhan rasuah keatas Khir Toyo.

Athimulan sebelum itu mencadangkan bahawa Nasir berbohong berhubung kadar bayatan tersebut berikutan tiada sebatang catatan yang menunjukkan berlaku transaksi pembayaran sejak 2006, seperti yang didakwa Nasir.

Athimulan juga mengasak dengan mengatakan perjanjian bernilai RM1.5 juta, yang ditandatangani Nasir dan Khir menunjukkan kerja- kerja pengubahsuaian itu hanya berlaku pada Mei 2007 dan bukan sebelumnya.

Nasir sekali lagi menegaskan kerja- kerja pengubahsuaian itu berlaku pada tahun 2006 dan dia dibayar lebih RM6 juta.

Nasir menambah, transaksi pembayaran sebelum ini tidak direkodkan atas permintaan Khir sendiri.

No comments: