Tuesday, August 9, 2011

Britain huru hara akibat tindakan polis nak tunjuk kuasa , ekonomi terjejas teruk


Rusuhan yang bermula di London yang kini sudah merebak ke hampir separuh Britain sebenarnya bermula dari perasaan tidak puas hati masyarakat kulit hitam terhadap tindakan polis menembak mati kaum tersebut.

Akibatnya dengan bantuan laman sosial seperti BlackBerry Messanger (BBM), Facebook dan Twitter, berita mengenainya tersebar meluas hinggakan samapi satu tahap pentadbiran David Cameron mahu mengisytiharkan kawasan terbabit sebagai kawasan hitam, yang mana pasukan tentera diberi kuasa penuh untuk melaksanakan undang-undang darurat.


Kesannya, ekonomi negara itu turut berdepan dengan krisis paling buruk kerana pelancong asing makin menjauhi negara itu atau membatalkan tempahan yang telah dibuat lebih enam bulan lalu.


Pengajaran yang dapat kita perolehi adalah, jangan sesekali pihak berkuasa menggunakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan yang mengadakan protes secara aman seperti perhimpunan Bersih di Malaysia sebulan lalu.


Nampaknya polis Britain kena belajar dengan Polis "Raja" Di Malaysia bagaimana mahu mengelakkan pertumpahan darah tapi dalam masa sama lebih 1600 orang ditangkap hanya kerana mahu menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.


JALAN PULANG


Bermula dengan satu protes kecil secara aman di pinggir kota London di Tottenham, Sabtu lalu, berpunca seorang remaja kulit hitam ditembak mati oleh polis.


*Ekoran itu, protes bertukar menjadi rusuhan dan merebak ke seluruh kota itu sebelum ke tiga bandar raya utama iaitu Birmingham, Bristol dan Liverpool, semalam.


*Perkhidmatan Ambulans London merawat 16 mangsa rusuhan, 15 daripadanya dimasukkan ke hospital, manakala polis menangkap 334 orang dan mendakwa 69 lagi atas pelbagai kesalahan.


*Seorang pelajar Malaysia mengalami patah tulang rahang dan gigi selepas dibelasah sekumpulan perusuh ketika keluar membeli juadah berbuka puasa.


SEMENTARA ITU


Seorang pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) jurusan Perakaunan sebuah kolej di London tercedera ringan dalam rusuhan di kota itu semalam.


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata bagaimanapun, pelajar itu, Asyraf Hazlan, 20-an, tidak kritikal dan hanya cedera di bahagian rahang dan kini dirawat di Royal London Hospital.


“Pelajar ini tidak terlibat dalam rusuhan, tetapi beliau diserang oleh sekumpulan perusuh ketika keluar dari tren bawah tanah ketika dalam perjalanan menziarah rakannya untuk berbuka puasa di utara London.


“Beliau kemudian dipukul dan dirompak, tetapi telahpun dibawa ke hospital untuk rawatan, di mana beliau perlu menjalani pembedahan untuk merawat kecederaan itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama warga kementerian berkenaan dan agensi di bawahnya, di Institut Kemajuan Desa (Infra).


Dipetik Bernama Online, Mohd Shafie berkata keluarga mangsa, yang berasal dari Selangor, telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.


Beliau berkata Mara turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan memindahkan pelajar di kawasan berisiko tinggi di kota itu ke sebuah penempatan di Leicester Square bagi menjamin keselamatan mereka.

No comments: