Tuesday, August 9, 2011

Isu peranan Israel dalam PDRM : Memang patut PERKASA dipanggil PERKASAM

Perkasa 'Berlakon' Dedahkan Peranan Israel Dalam PDRM

http://1.bp.blogspot.com/_hdENzYS5MNk/TKtRCW2DzJI/AAAAAAAAA64/GGP1UWO2khY/s1600/pekasam.JPGPertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) dianggap berpura-pura mendedahkan peranan Israel dalam pasukan Polis di Raja Malaysia, kata Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Azmizam Zamanhuri. Beliau mengulas tindakan NGO itu membuat laporan polis pada 4 Ogos lalu, mendakwa penyelewengan dan penglibatan pihak Israel dalam kontrak PDRM.

“Saya percaya mereka cuba untuk menonjolkan Perkasa sebagai sebuah pertubuhan yang neutral dan kononnya tidak berpihak kepada mana-mana pihak.

“Namun, kita percaya orang ramai tetap tahu Perkasa adalah sebuah pertubuhan yang amat intim dengan Umno kerana Presidennya sendiri, Ibrahim Ali adalah bekas ahli Umno,” katanya.


Menurut Azmizam, isu mengenai hubungan Israel dan polis telah dibongkar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat sejak lebih setahun lalu sehingga menyaksikan Anwar digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat.


“Kalau Perkasa hendak buat laporan tentang elemen Israel dalam PDRM, Pakatan Rakyat dah lama dedahkan,” katanya ketika dihubungi. Perkasa minggu lalu mendesak siasatan dijalankan ke atas dakwaan berhubung penyelewengan dan penglibatan pihak Israel dalam kontrak PDRM.



Dalam laporan polisnya, ketua pemuda pertubuhan itu, Irwan Fahmi Ideris berkata siasatan itu perlu dijalankan ke atas dakwaan pengagihan dan pemberian projek melibatkan polis Bukit Aman.

Laporan polis itu dibuat selepas lebih setahun Datuk Seri Anwar mendedahkan kewujudan perisik Israel dalam pasukan polis yang telah disahkan sendiri oleh cawangan khas Bukit Aman.

Anwar pada April tahun lalu membongkar penglibatan syarikat berkenaan melalui subkontrak daripada sebuah syarikat tempatan untuk menaiktaraf sistem komunikasi analog PDRM kepada sistem digital.

Kontrak yang dikenali dengan nama APCO 425 itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia pada tahun 2008. Dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC. Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC dan berpengkalan di Israel./kd

Addin

1 comment:

Anonymous said...

Perkasa buat lapur polis? Polis nak siasat polis? smpi matahari nak dari sebelah barat pun x de kesudahan nya.. buang masa aje.. Perkasa = PDRM = UMPORNO = satu mazhab = faham2 aje le tak kemane siasatan nya...