Wednesday, August 3, 2011

PANAS!! Najib dan Taib Mahmud buat skandal antarabangsa lagi




Sekiranya rakyat Malaysia merasakan bahawa busana kuning Ratu Elizabeth dan skandal Scorpenes-Altantuya adalah perkara yang memalukan, tunggu dulu.

Ada lagi perkara lebih memalukan yang daripada skandal ini.

Sebuah lagi skandal yang akan menggegarkan dunia.

Kali ini, beliau akan menarik bersama beberapa rangkaian penyiaran gergasi antarabangsa ; CNBC, CNN dan BBC World.

Skandal ini dijangka lebih besar dan boleh menandingi skandal Rupert Murdoch di Britain.

Dalam kes terbaru yang disiarkan Sarawak Report yang berpangkalan di United Kingdon, Najib dan beberapa pemimpin Malaysia seperti Abdul Taib Mahmud dikatakan membayar jutaan wang rakyat untuk membeli berita yang memberi liputan positif di arena antarabangsa untuk memperbaiki imej mereka.


Pengerusi FBC Media, Alan Friedman menemubual Najib Altantuya - satu daripada SEPULUH slot
temuramah bersama Najib Altantuya sejak dua tahun lepas dalam program CNBC World Business

Amalan memasukkan kandungan berita sebegini adalah setara dengan membayar untuk pengiklanan kerana berita editorial bebas adalah salah disisi undang-undang UK dan US.

“Sekiranya pendedahan kita ini sampai ke pengetahuan pihak berkuasa yang mengeluarkan lesen penyiaran kedua-dua negara; Ofcom (UK) dan Federal Communications Commissions (US), ia akan mencetuskan penyiasatan terhadap CNBC, CNN, BBC World dan banyak lagi program lain yang dihasilkan FBC.


“Tegas Clare Rewcastle-Brown, editor Sarawak Report dalam posting beliau yang bertajuk Taib Paid Out $5 Millions to Attack Sarawak Report- International Expose.


Walaupun badan penyiaran ini bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua kandungan yang mereka siarkan, tiada siapa akan mengenepikan kenyataan yang para pemimpin Malaysia sanggup menghabiskan jutaan wang rakyat untuk menaikkan ego mereka.

Sememangnya pemimpin-pemimpin ini akan dikecam kerana cuba untuk menyebarkan berita palsu mengenai diri mereka sendiri dan negara untuk mengaburi mata dunia dalam usaha meraka mendapatkan sokongan terhadap rejim meraka dan projek perniagaan yang menguntungkan mereka.

Respon Anwar terhadap laporan ini: “Media untuk disewa?

Amat malang sekali kita harus berhadapan dengan amalan sebegini di media antrabangsa dan negara.

Najib syorkan FBC kepada Taib


Sarawak Report telah membongkar kes FBC Media, sebuah syarikat produksi televisyen yang juga bertindak sebagai sebuah syarikat “komunikasi strategik” dalam penipuan selama sedekad beberapa slot berbentuk berita yang berunsur berat sebelah kepada pelanggan antarabangsa mereka termasuk Najib Razak dan bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi bersama Sime Darby sebuah syarikat perusahaan kelapa sawit.

“Amalan ini yang direka untuk menipu jutaan penonton telah menguntungkan syarikat sebanyak puluhan juta dollar dengan memaparkan orang seperti Taib Mahmud sebagai seorang yang berimej positif. Semestinya ia dibayar dengan menggunakan wang hasil kutipan cukai rakyatnya sendiri yang mereka ingin tipu dan tarik perhatian.” Kata Clare.

“Siasatan kami juga menunjukkan bahawa FBC Media juga mempunyai pertalian dengan blog-blog berniat jahat di US yang cuba memfitnah Anwar Ibrahim dan juga Sarawak Report beberapa bulan yang lepas [laporan Sarawak Report- Dirty Tricks Coverage]”

Menurut Sarawak Report, “FBC Media juga jelas mempunyai hubungan dengan syarikat PR yang kontroversi APCO.




Video haram mempromosi Taib Mahmud di
CNBC
memakan belanja RM800 ribu!!

“Terdapat dokumen yang didedahkan kepada kerajaan Amerika Syarikat bahawa FBC Media telah membayar $70, 000 kepada APCO dalam masa 2 tahun untuk menjalankan kempen melobi di US untuk Kerajaan Malaysia.

“Kerja melobi ini merupakan sebahagian daripada perkhidmatan yang dibayar oleh pemimpin Barisan Nasional kepada FBC Media.

Syarikat produksi/PR tersebut juga tidak menyangkal bahawa Kerajaan Malaysia sering mendapat slot dalam program-program terbitan mereka.” Ujar Clare lagi.


“Maklumat yang kita perolehi daripada orang dalam, ialah Najib mencadangkan Taib untuk mengambil FBC Media untuk melakukan kempen yang sama setelah Ketua Menteri itu mengalami krisis publisiti berikutan pendedahan terhadap kes-kes rasuah beliau.


Menurut Clare, Taib juga membayar FBC $5 juta (RM 15 juta) setahun untuk menjalankan kempen media global yang memburuk-burukkan Sarawak Report.


Kebergantungan terhadap publisiti yang melampau


Sememangnya apa yang dapat dilihat ialah kebergantungan Najib terhadap publisiti melampau dalam 2 tahun tempoh perkhidmatan beliau.


Beliau telah dituduh sebagai indah khabar dari rupa.


Sikap tidak ambil kisah terhadap hakikat sebenar telah menimbulkan keresahan rakyat yang sering hairan dengan tindak tanduk beliau yang sukar diramal.


Di Vatican baru-baru ini, beliau mencanangkan kesederhanaan dalam beragama dan menolak pandangan ekstrimis ketika berhadapan Pope.


Akan tetapi, setelah tiba di Kuala Lumpur, beliau terus membuat komen ala fanatik yang menakutkan pengganut agama Kristian di sini.



Semua ditanggung beres!! - Begitulah kata-kata Pengerusi FBC Media, Alan Friedman kepada
Abdullah Badawi sambil ditunjukkan sebotol wain mahal selepas slot temuramah di stesen TV Itali

Sekarang adalah lebih mudah untuk memahami kenapa rakyat di sini memberi jolokan “Raja yang tidak memakai sebarang baju” kepada beliau.

Sebenarnya yang menerima batunya adalah negara ini.


Malaysialah yang akan menjadi bahan ketawa dan pembayar cukai yang membayarnya.


Rekod rasmi menunjukkan bahawa dari 2008-2009, sebanyak RM57.68 juta telah dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri kepada FBC Media untuk menjalankan “Kempen Komunikasi Strategik Global” untuk Kerajaan; RM29, 337, 650 telah dibayar pada 2008 dan RM28,350,000 pula dibayar pada 2009.


Najib Altantuya dan Presiden Kazahstan, Nurusultan Nazarbayev -
kedua-duanya merupakan pelanggan FBC Media yang dikaitkan

dengan APCO Worldwide!!

RM42 juta pula dihabiskan untuk “Hal Ehwal Awam dan Perkhidmatan Kerajaan dan Komunikasi Strategik, Perhubungan Awam dan Jangkauan Media” seperti yang terdapat dalam buget tambahan.

Menurut Clare lagi, “Pihak FBC Media mahupun Kerajaan Malaysia belum lagi menyangkal dakwaan mengenai kontrak tersebut.


Mereka juga tidak menafikan jumlah yang telah didaftarkan dalam buget kerajaan,”JALAN PULANG

2 comments:

Hamdan Rukun said...

TAK TERKEJUT LANGSUNG. INI SEMUA DISEDIAKAN SEBAGAI BAHAN KEMPEN HANGPA.

HANGPA YANG TAK TAU APA APA SANGAT TERUJA SEDANGKAN IA TAK BETUL.

DALAM MASA YANG SAMA IA DAH JADI BAHAN CERAMAH .

NANTI BILA DAH JADI ISU, DIDAKWA DIMAHKAMAH...KELAM KABUT KUTIP DERMA.

HE!HE!HE!

Anonymous said...

komen yang tak da kelas dari luncai, itu saja yang dapat dikomen. dasar pencacai umporno