Thursday, September 22, 2011

DOLAK DALIH!!! Mahathir bila tak ada kuasa suruh laksana hudud, Muhyidin yang ada kuasa kata belum bersedia

Apapun alasan Muhyiddin, Umno-APCO
sememangnya tidak mahu hudud dilaksanakan

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno bersetuju dengan hukum hudud pada dasarnya kerana ia sebahagian daripada Islam, tetapi Malaysia belum bersedia untuk melaksanakan undang-undang sedemikian buat masa sekarang.

Katanya, ada keperluan untuk mengembangkan maklumat mengenai undang-undang hudud agar orang ramai memahami sebelum parti yang memerintah boleh berfikir untuk melaksanakannya.


“Ini adalah pendirian kami sejak dari dahulu lagi,” kata beliau (gambar) kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Kabinet mengenai harga barang dan bekalan di sini.


“Lebih-lebih lagi, dalam konteks masyarakat pelbagai kaum dan agama, kita harus mengembangkan pengetahuan secara meluas sebelum kita boleh sampai ke satu tahap di mana kita merasakan bahawa sudah sesuai masanya (untuk melaksanakan), tetapi saya tidak fikir kita sudah sampai (di situ),” kata Timbalan Presiden Umno.


JALAN PULANG

3 comments:

Anonymous said...

Menurut perlembagaan persekutuan, Perkara 76 (1), kerajaan negeri boleh melaksanakan sesuatu enakmen undang undang hanya dengan perkenan daripada Sultan....jadi kalau kerajaan x setuju pun kerajaan negeri tetap boleh laksanakan dengan perkenan sultan.

p/s: laksanakan saja hukum hudud di negeri yg pembangkang perintah jangan di kelantan sahaja.

Anonymous said...

undang2 dah jelas tetapi mengapa mereka masih menuding jari ke arah pihak lain sedangkan kuasa di tangan mereka??? kenapa pula hukum hudud yang ingin dilaksanakan berbeza mengikut negeri??? dan jika mereka tidak berani melaksanakan hudud hanya sebab diugut oleh kerajaan pusat....adakah mereka lebih takutkan kerajaan pusat daripada tuhan???

p/s:jangan hanya sebab politik isu ini ditimbulkan dan jika mereka berani teruslah laksanakan hukum hudud yang adil tanpa takut atau gentar kepada mana2 pihak.

Anonymous said...

inilah pencacai umporno yang bodoh perlembagaan negara. padanlah umno kata negara kita tak pernah dijajah sebab pencaci umporno pun macam tu juga.

jika pas laksana hudud di kelantan mudahlah umno melalui kerajaan pusat isytihar darurat maka tumbanglah kerajaan pas kelantan.