Thursday, September 22, 2011

PANAS!!!Rakaman aksi lucah yang didakwa Pegawai Kastam tersebar

Blog-blog pro kerajaan hari ini telah mendedahkan mengenai satu video klip yang mereka dakwa sebagai rakaman seorang Pegawai Kastam bersama pelacur yang disyaki warga Russia atau Uzbekistan.

Blog The Unspinner, House PK dan juga PapaGomo dipercayai antara yang terawal memuatkan link video berkenaan.


Rakaman yang berdurasi selama 5 minit dan 21 saat itu dipercayai dirakam menggunakan cctv yang dipasang didalam bilik berkenaan. Tarikh di rakaman itu menunjukkan ianya dibuat pada 31 May 2011 manakala kes kematian seorang pegawai Kastam pula ialah pada bulan April tahun yang sama..


Mereka mempersoalkan, apakah ini ada kaitannya dengan kes kematian mengejut seorang pegawai Kastam di SPRM dimana keputusan inkuesnya akan diketahui hari ini?


Sudah pasti dengan pendedahan oleh blog pro kerajaan ini akan sedikit sebanyak menjatuhkan imej Kastam di dalam negara.Rujuk

Rakaman aksi lucah yang didakwa Pegawai Kastam tersebar.

3 comments:

kalamnurani said...

tak habis-habis dengan Video lucah puak-puak UMNO hangit. lepas satu, satu lagi datang,benda kalau dah jadi mainan sendiri,depa akan anggap orang lain pun sama macam depa juga.

Amar mungkar Nahi ma'ruf, nak mengagungkan kebesaran Allah orang sebut TAKBIR, puak-puak depa sebut
"TAKE BEER" ; Satu sudut jelas menghina Nama Allah dan Islam, keduanya memang dah jadi amalan puak-puak "bermoral" take beer....

Anonymous said...

kaki blue la deme-deme ni...

Unknown said...

kita patut bangga, inilah transformasi 1 malaysia tu, dasar kelucahan negara, memperluas pasaran kelucahan demi nama kehidupan UBN. kelucahan adalah senjata tajam untuk membunuh karakter dalam politik, kelucahan adalah elemen penting dalam memupuk sahsiah pemuda, kelucahan adalah produk utama yang boleh dipasarkan di pasar rakyat, harga patut, kelucahan digemari semua orang, digalakkan budak-budak tadika mempelajarinya, murid-murid sekolah, sekolah menengah atas subjek seks. kemudian kelucahan inilah yang menjadi agenda ekonomi negara, kelucahan juga menjadikan orang berfikir apa sahaja tentang kelucahan, satu fakulti kelucahan perlu diwujudkan, kajian mengenai kelucahan malaysia, tokoh-tokoh kelucahan perlu dinobatkan, diberi bintang, gelaran, dan adakan simposium kelucahan malaysia, undang pakar kelucahan dari luar negeri, hebat you! kini kita menuju alaf baru, kelucahan juga makin maju, melayu juga tak segan silu bercakap hal lucah, macam cerita lucah, murid-murid digalakkan tulis cerita lucah, kerja kursus wajib, buat filem pendek kelucahan, agaknya begitulah, sebagaimana yang dimonologkan oleh watak Pak Mud yang rasa-rasanya elok ditulis, sebagai gambaran minda melayu masakini hasil pupuk benihbaja UBN. maka bendera kelucahan pun berdiri tegak, billboard di simpang jalan tak segan-segan berbau lucah, di pasaran terbuka video seks dijaja, inilah kejayaan Dasar kelucahan kita. majulah negara...ini dah geramlah ni.