Thursday, September 22, 2011

KANTOI!!! Katak belaan UMNO silap melompat

6 September lalu Lidah Rasmi UMNO telah melaporkan..

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek pembinaan tempat letak kereta bertingkat Bukit Bendera yang didakwa mempunyai unsur penyelewengan dan salah guna kuasa.


Pengerusi KITA negeri, Tan Tee Beng berkata, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang dipengerusikan Ketua Menteri, Lim Guan Eng didakwa menyalurkan dana RM50 juta bagi pembinaan tempat letak kereta tersebut walaupun projek itu tidak mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Sehubungan itu katanya, SPRM diminta menyiasat Guan Eng serta MPPP berhubung pelaksanaan projek berkenaan yang salah di sisi undang-undang..

Itu sebahagian dari laporan Lidah Rasmi UMNO.

Nampaknya dalam isu ini Tan Tee Beng telah menyerbu membabi buta kerana beliau telah menuduh Lim Guan Eng menyalurkan dana RM50 juta bagi pembinaan tempat letak kereta tersebut walaupun projek itu tidak mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Cuba baca kenyataan dari Pengerusi PDC Consultancy Sdn Bhd merangkap Pengurus Besar Penang Development Corporation(PDC) Dato Rosli Jaafar, dipetik dari kenyataan Media Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru diterima sebentar tadi..

Perhatikan tahun projek ini mula dilaksanakan..

Kenyataan Pengerusi PDC Consultancy Sdn Bhd,Dato Rosli Jaafar.

“Projek sebanyak RM5 juta dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan. Projek ini telah diluluskan oleh EXCO pada 2007 kepada PDC sebagai agensi pelaksana yang seterusnya diberikan kepada PDC Consultancy Sdn Bhd. Oleh kerana ia melibatkan PDC Consultancy Sdn Bhd pada 2007, Pengerusi PDC yang baru selepas Mac 2008 tidak diminta untuk memberikan kelulusan atau dimaklumkan tentang projek ini.

Memang wujud kelemahan isu rekabentuk yang tidak memenuhi kehendak piawaian yang boleh menjejaskan keselesaaan pengguna Pihak PDC Consultancy Sdn Bhd telah sebaik mungkin memperbaiki kelemahan rekabentuk khususnya mengurangkan kecuraman ‘ramp’ agar lebih landai dan boleh digunakan oleh semua jenis kenderaan.

Walaubagaimanapun, PDC Consultancy Sdn Bhd sebagai jurutera perunding sememangnya bertanggungjawab atas penyediaan rekabentuk dan pelaksanaan projek ini. Sebarang kesilapan dan kelemahan yang berlaku, sudah tentunya pihak pegawai PDC Consultancy Sdn Bhd bertanggungjawab dan bersedia diambil tindakan yang sewajarnya.

Buat masa sekarang, laporan dan langkah pembetulan kini dijalankan demi memastikan rekabentuk sejumlah 6 hentian bas dan 112 tempat letak kereta dapat beroperasi di atas lot yang seluas 0.62 ekar ini. PDC akan mematuhi arahan YAB Ketua Menteri agar sebelum dibuka, keselamatan awam dan peraturan MPPP mestilah dipatuhi.”

Dato Rosli telahpun memohon maaf bagi pihak PDC Consultancy Sdn Bhd atas segala kesulitan yang timbul dan akan secepat mungkin menyelesaikan masalah ini. Walaupun begitu, demi menegakkan prinsip akauntabiliti dan ketelusan, satu jawatankuasa siasatan bebas akan ditubuhkan kerana kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak ada apa-apa untuk disembunyikan.

Jawatankuasa siasatan bebas ini akan diadakan agar sesiapa yang bertanggunjgawab atas kelemahan yang timbul, boleh diambil tindakan dan cara penyelesaian mengatasinya mendapat pandangan bebas ketiga. Penubuhan jawatankuasa siasatan dan terma rujukan siasatan ini akan diputuskan dalam mesyuarat EXCO hari ini.anak sungai derhaka

No comments: