Friday, September 2, 2011

RM80,000 berjaya dikumpul oleh PAS Parit Buntar

PARIT BUNTAR , 28 Ogos : Sejumlah RM80,000.00 dikumpulkan tahun ini untuk Infaq Ramadan 1432 untuk Program kebajikan anjuran PAS Kawasan Parit Buntar dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar.

Pengarah Program Infaq Ramadan, Abdul Baharin Mat Desa berkata, program ini telah memasuki tahun keempat dan ia merangkumi program sumbangan pengimarahan masjid dan surau,pesakit hospital, fakir miskin dan guru Al-Quran serta iftar (berbuka puasa) perdana bersama-sama anak yatim, guru pasti bersama pimpinan PAS Parit Buntar.

Menurutnya, gerak kerja program ini telah dijalankan sejak bulan Jun yang lalu bagi mencari dana untuk sumbangan tersebut.

Katanya, setiap jawatankuasa PAS yang terdiri dari pimpinan PAS Kawasan, Pemuda, Muslimat, Urusan Ulama' termasuklah Ahli Parlimen, Dr Mujahid Yusof Rawa diminta mencari dana bagi menjayakan program ini.

“Program Sumbangan Pengimarahan Masjid dan Surau sempena Ramadhan telah diadakan awal sebelum Ramadan lagi.

“Ia telah diadakan di Masjid Mahyudin Batu Lima dan sumbangan telah diserahkan kepada 26 buah masjid dan 110 buah surau di seluruh Parlimen Parit Buntar kemudian program kedua menyusul dengan sumbangan untuk pesakit di hospital.

“Sekitar 40 orang pesakit dan 60 kakitangan hospital menerima sumbangan daripada pihak kami,”katanya.

Beliau berkata,pada 20 dan 21 Ogos lalu, sejumlah 300 fakir miskin serta 150 guru Al-Quran pula menerima sumbangan.

“Program ini telah diadakan di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husain, Titi Serong dan Pejabat PKR Cabang Parit Buntar, Kuala Kurau. Buat pertama kalinya pada tahun ini kita meraikan guru Al-Quran yang begitu besar jasanya pada masyarakat khususnya mendidik generasi muda mengenal serta membaca Al-Quran.

Menurut Abdul Bahrin, program kemuncak telah diadakan pada 26 Ogos lalu iaitu Iftar Perdana bersama anak-anak yatim dan guru-guru pasti.

“Dalam program ini sejumlah 200 anak-anak yatim serta 26 guru pasti telah diraikan dengan sumbangan duit raya dan cenderahati.

“Kira-kira 300 tetamu hadir termasuk pimpinan PAS Kawasan, Pemuda, Muslimat, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Nisa', Unit Amal dan cawangan-cawangan.

“Ahli DHPP dari kalangan kaum Tionghua dan India turut diraikan dengan menerima sumbangan hamper.

Turut diraikan adalah wartawan yang begitu komited dan turut menyiarkan berita PAS dan Ahli Parlimen Parit Buntar.

Mujahid ucap terima kasih – Penafian peruntukkan bukan alasan

Sementara itu Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, beliau mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada para penyumbang yang banyak memberikan sumbangan dalam bentuk tunai, beras serta barangan keperluan dapur untuk kami serahkan kepada masyarakat yang memerlukan di Parit Buntar.

“Bagi saya penafian peruntukan daripada kerajaan pusat kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat bukanlah alasan untuk kita tidak mencari dana untuk membantu mereka di Parit Buntar.

Katanya, saban malam dalam bulan Ramadan ini saya ke masjid dan surau termasuklah di Kuala Lumpur memohon sumbangan orang ramai yang bersimpati dengan nasib masyarakat miskin dan anak yatim di sini.

“Alhamdulillah berkat kesungguhan dan kerjasama yang diberikan oleh PAS Parit Buntar yang turut bertungkus lumus mencari dana akhirnya sasaran mencari RM80,000 tersebut tercapai.

“Di dalam majlis iftar tersebut turut sama hadir memeriahkan adalah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Husain, Yang Dipertua PAS Parit Buntar, Harun Hashim, Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari serta seluruh kepimpinan PAS Parit Buntar dan Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Parit Buntar Dan Jawatankuasa PAS, Pemuda, Muslimat Dan Dewan Himpunan Penyokong PAS Parit Buntar Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin.


Dr Mujahid ketika memberi ucapan pada majlis berkenaan


Dr Mujahid, memerhati Ust. Abu Bakar Husain yang menerima hamper yang diberikan oleh Haji Harun Hashim sambil diperhatikan Abdul Bahrin


Salah seorang kaum Tionghua menerima sumbangan dari Dr Mujahid


Ust. Abu Bakar Husain ketika menyampaikan hamper kepada kaum tionghua yang hadir termasuk Dewan Himpunan PAS Parit Buntar


Haji Harun Hashim turut menerima sumbangan mewakili PAS kawasan yang disampaikan sendiri oleh Dr Mujahid


Dewan Muslimat menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim


Sebahagian kaum tionghua yang hadir memeriahkan majlis




Sebahagian anak-anak yatim yang menerima sumbangan





Anak yatim dirai berbuka puasa


No comments: