Friday, September 2, 2011

UMNO PENGKIANAT!!! Ada hubungan dengan Parti Komunis China dan lulus akhbar Komunis di Malaysia

Malaysia menjadi antara rakan dagang utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara memboikot Israel.

PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengucapkan tahniah kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kerana berjaya menarik perhatian umum untuk memasuki ruang perbahasan yang selama ini dianggap taboo untuk dibincangkan.

“Malaysia sebenarnya begitu terasing dengan sejarah perlawanan penjajah. Kita selalu disajikan oleh cerita sejarah yang telah disunting untuk kepentingan pihak tertentu yang mewarisi kepentingan penjajah dan pemodal British.


“Malah dalam beberapa hal pewaris itu lebih melampau dari penjajah asal khususnya dalam bab pembodohan minda,” kata presidennya Badrul Hisham Shaharin dalam satu kenyataan media hari ini.



Badrul Hisham atau CheguBard berkata, setiap kali kemerdekaan maka disajikan hanya Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman hinggalah Najib Tun Razak… adakah ini saja hero negara? Sajian sejarah yang disunting ini menjadikan anak muda hilang minat dengan sejarah negara.

“Namun kemerdekaan kali ini yang awalnya dijangka tidak menarik perhatian kerana ditenggelami suasana 1 Syawal telah menjadi begitu menarik. Sejarah yang selama ini taboo telah dibincangkan secara terbuka,” kata beliau yang juga Pengerusi PKR Cabang Rembau.

Ujarnya, “jika benar polemik ini dianggap menghina bekas polis dan tentera maka bagaimana pula dengan pentadbiran kerajaan Umno-Barisan Nasional pimpinan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi lesen penerbitan kepada lidah rasmi Parti Komunis China?”

‘The People’s Daily’

Katanya, mengikut laporan Malaysiakini pada 10 Januari 2005, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah meluluskan untuk penerbitan suara rasmi Parti Komunis Malaya bernama ‘The People’s Daily.’

“Mengikut Wikipedia ‘The People’s Daily ialah sebuah akhbar Republik Rakyat China. Akhbar ini merupakan suara rasmi Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, yang diterbitkan diseluruh dunia dengan edaran sebanyak tiga hingga empat juta naskhah,” katanya lagi.

“Yang menghairankan katanya, akhbar Harakah diterbitkan dengan 1001 satu syarat, Suara Keadilan tak diberi permit dan banyak lagi terbitan tidak dibenarkan tetapi lidah parti komunis dibenarkan.

“Kalaulah permit ini dibawah urusan kerajaan negeri dan ada negeri Pakatan Rakyat yang memberikan kelulusan maka muncullah tuduhan seperti satu penghinaan kepada bekas-bekas tentera kita yang telah terkorban menentang PKM satu masa dahulu?,” terangnya.

Bukankah PKM bernaung di bawah Parti Komunis China di mana segala kelengkapan mereka datang dari Parti Komunis China? Tidakkah tindakan seperti ini juga seperti meludah di atas pusara mereka yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong juga?,” soal beliau.

Menurut CheguBard, Umno sendiri menjalinkan hubungan istimewa dengan Parti Komunis China, sehingga ada program pertukaran latihan dan malahan ramai yang tidak sedar Ramadhan yang lepas regim Najib telah menghantar pulang pelarian-pelarian politik Uighur China secara paksa.

“Menghantar pulang pelarian Uighur tersebut akan mendedahkan mereka kepada siksaan, kezaliman dan juga kepada kematian. Bangsa Uighur ini ialah kelompok Islam yang bermasalah dengan Beijing, mereka punya sejarah perjuangan untuk membentuk sebuah negara Islam yang merdeka.

“Menghantar pulang mereka ke China seperti menghantar mereka untuk mati, ini merupakan satu kezaliman yang dilakukan oleh regim Najib lebih-lebih lagi ketika Ramadhan,” jelasnya.

Beliau menyoal, “adakah tindakan Umno ini adalah disebabkan hubungan formal di antara Umno dan Parti Komunis China yang terjalin sejak lama dulu dan diformalkan beberapa tahun lepas.

Hubungan Umno-Parti Komunis China

“Barang diingat, hubungan ini bukan hubungan Kerajaan dengan Kerajaan. Ia adalah hubungan antara parti Umno dengan Parti Komunis China,” tegasnya.

Ujar beliau, “kalau nak kata menghormati pejuang-pejuang yang menentang komunis, ratusan ribu kaum Uighur gugur syahid menentang kebangkitan komunis sekitar tahun 30an dan 40an dahulu.”

Menurut beliau, sebaik sahaja dasar Apartheid di Afrika Selatan ‘runtuh’ maka pada tahun 1994 dibawah kabinet bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dasar kerajaan telah diubah dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7).

“Perubahan ini bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagang dengan Afrika Selatan tetapi kesempatan diambil untuk menjalin hubungan dagang dengan Israel,” kata CheguBard.

Sejak itu katanya, Malaysia menjadi antara rakan dagang utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara memboikot Israel.

Katanya, di Perpustakaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan jelas terdapat banyak bahan untuk mempromosi produk Israel seperti majalah Israel-Asia Trade, Israel Review, buku Advantage Israel, Trade Policies Review (Israel), Advance Technology From Israel, Opportunity Israel, The Economics of Israel, Douanes (Buku kod tarif perdagangan Israel) dan beberapa lagi.

“Oleh itu kita tidak hairan, jika Dr Mahathir membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantunya merangka strategi pilihan raya umum (PRU) 1986. Najib pula mengunakan Apco Worldwide untuk persediaan PRU 13,” katanya.

Dipetik dari Free Malaysia Today

9 comments:

Anonymous said...

agak2 DAP sokong x kenyataan mat sabu...??cuba tgok apa yang karpal sigh cakap....kalau mat sabu mintak maaf lepas ni memang mat sabu ikut cakap karpal sigh. sama2 kita tengok pendirian mat sabu...

Anonymous said...

"Menyentuh tentang satu isu sensitif yang berusia lebih 61 tahun selepas ia berlaku adalah tidak adil dan saya fikir beliau (Mohamad Sabu) perlu secara serius mempertimbangkan untuk menarik balik kenyataannya memandangkan penerimaan negatif pelbagai pihak terhadapnya," kata Karpal Singh.

Anonymous said...

Saya bukannya anti-PAS dan saya juga tidak anti-Sabu, tetapi saya tidak bersetuju dengan kenyataan beliau dalam perkara ini," karpal singh

Anonymous said...

pencacai umporno nak bagi komen copy paste baik tak payah. nak perlaga la konon, sebelum ni belasah karpal singh sekarang bila karpal suruh mat sabu tarik kenyataan sokong la pulak.

tak perlu nak selindung la umporno. dah sah umno la yang intim dengan komunis kemudian tuduh mat sabu

Anonymous said...

sokong apabila benar dan bantah jika salah.....x kira la pembangkang ataupun kerajaan.kenyataan mat sabu bawak banyak tanggapan negatif daripada positif. Dengar suara majoriti bukanya minoriti..

p/s: apasal mat sabu x cakap tentera singh dulu talibarut british...takut dengan karpal singh ka?? kalau dengan bangsa sendiri berani sangat...

Anonymous said...

macam mana kalau yang tak sokong mat sabu tu tak tahu perkara yang sebenarnya..

kebanyakkannya sokong pun sebab ada yang ajak dan tak tau apa yang sebenarnya diucapkan oleh mat sabu..

media prima hanya mengatakan kata-kata mat sabu yang menyokong komunis adalah hero sebenar di bukit kepong bukannya polis..

tapi tidak menayangkan rakaman penuh yang mengatakan beliau berbuat sedemikian. . .

Anonymous said...

Masa peristiwa Bukit Kepong 1950, Polis dibalai tu dibwh British memang patutlah mat hendra bunuh tali barut british tu, Skrg PDRM memang kita hormat sbb KPN pn melayu, PDRM kebangaan rakyat Malaysia walu pun kaki rasuah pun ade dlm pasukan... faktanya MatHendra memang wira kita pada masa tu krn melayan penjajah british... ade fhm ke MELAYU SEMUA....? Tapi skrg barang2 buatan negara Komunis (China) byk di Malaysia... Ngape melayu2 bodoh sgt nak beli jugak.... fikiO sikitlah BAHALUL?

Anonymous said...

Masa peristiwa Bukit Kepong 1950, Polis dibalai tu dibwh British memang patutlah mat hendra bunuh tali barut british tu, Skrg PDRM memang kita hormat sbb KPN pn melayu, PDRM kebanggaan rakyat Malaysia walau pun kaki rasuah pun ade dlm pasukan... faktanya Mat Hendra memang wira kita pada masa tu krn melawan penjajah british... ade fhm ke MELAYU SEMUA....? Tapi skrg barang2 buatan negara Komunis (China) byk di Malaysia... Ngape melayu2 bodoh sgt nak beli jugak.... fikiO sikitlah BAHALUL?

Anonymous said...

sebelum merdeka orang cina dan india masih lagi dianggap sebagai pendatang asing dinegara ini. mereka bukan warganegara di tanah melayu ketika itu....jadi kenapa bila orang2 cina komunis menentang british dianggap memperjuangkan kemerdekaan..?? tanah melayu bukan negara mereka....mereka sebenarnya menentang british kerana ingin menjajah tanah melayu.

p/s: hanya orang melayu yang memperjuangkan kemerdekaan...x kira haluan kiri atau kanan. cuma cara mereka berbeza.matlamat mereka sama