Tuesday, October 30, 2012

BERITA INI!!! Baik untuk rakyat tapi pahit buat UMNO


SHAH ALAM 30 OKT : Sebanyak 6,470 unit rumah kos rendah berjaya disiapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sejak mengambil alih pemerintahan pada 2008 sehingga tahun ini.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, jumlah tersebut tidak termasuk yang sedang dalam proses pembinaan dan yang sedang dirancang untuk pembinaan pada masa terdekat.


“Bagi rumah kos rendah iaitu dengan harga RM42,000 ke bawah, sebanyak 1,696 buah berjaya disiapkan bagi daerah Petaling, Hulu Langat (1,510), Gombak (2,193), Sepang (880) dan Kuala Selangor (191),” kata Iskandar dalam kenyataan medianya.

Jelas Iskandar, sejumlah 12,481 lagi masih dalam pembinaan iaitu bagi daerah Petaling (4,242), Hulu Langat (923), Gombak (3,871), Kuala Selangor (3,423) dan Sabak Bernam (22).


Sementara itu, sejumlah 9,990 unit diluluskan yang melibatkan daerah Petaling (1,540), Klang (5,059), Hulu Langat ( 1,300) , Gombak (1,278), Sepang (280), Kuala Selangor (357) dan Kuala Langat (176).


Katanya, bagi rumah kos sederhana pula, iaitu RM100,000 ke bawah, sejumlah 3,925 buah telah disiapkan iaitu Petaling (1,324), Klang (362), Hulu Langat (428), Gombak (642), Sepang (484), Kuala Selangor (512) dan Kuala Langat (173).



Ujarnya lagi, terdapat banyak projek yang sedang dalam pembinaan dan sudah diluluskan oleh Kerajaan Negeri yang berjumlah 1,682 meliputi projek di Bandar Baru Bangi, Sungai Long Kajang, dan Bukit Botak Selayang.

“Rakyat Selangor memerlukan pemimpin-pemimpin yang jujur dan bukan yang hanya pandai memutarbelit untuk kepentingan politik masing-masing,” katanya.


Tegas Iskandar, fakta dan statistik yang dikemukakan beliau sekaligus menyangkal dakwaan bahawa Kerajaan Negeri mengenepikan pembinaan rumah untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu.


“Cara yang terbaik bagi Kerajaan negeri untuk menjawab tohmahan ini adalah melalui fakta.


“Kerajaan Negeri berharap agar pihak-pihak yang melemparkan tohmahan-tohmahan ini supaya menarik balik dakwaan mereka kerana ternyata ia tidak benar.


“Kegagalan menarik balik dakwaan ini mengesahkan bahawa mereka mengamalkan politik murahan yang tidak berdasarkan fakta sebenar tetapi fakta-fakta ciptaan mereka semata-mata,” kata Iskandar. ~
selangorku

No comments: