Tuesday, October 30, 2012

TEMBELANG UMNO PECAH!!! YDP MPS sahkan projek kondominium di Batu Caves diluluskan kerajaan BN , ditangguhkan kerajaan PR

Yang DiPertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Datuk Zainal Abidin Aala telah menafikan tuduhan UMNO/ Barisan Nasional bahawa Dolomite Park Avenue projek kondominium di Batu Caves telah diluluskan oleh kerajaan Selangor Pakatan Rakyat (PR).

Dalam sidang akhbar selepas mesyuarat MPS hari ini, Zainal Abidin memberitahu pemberita bahawa "Kelulusan Perancangan" yang diluluskan pada 30 November 2007 adalah kunci kepada pembinaan setiap yang dianugerahkan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

"Sebenarnya, Perancangan. Kelulusan adalah kunci kepada pembinaan yang diluluskan.

"Projek ini melibatkan dua fasa, kedua-duanya dianugerahkan pada tahun 2007, dan pembinaan siap lot kedai adalah fasa pertama. Fasa kedua adalah pembinaan unit kondominium, "jelasnya.

Zainal Abidin juga mendedahkan bahawa projek oleh Dolomite Properties Sdn Bhd telah diluluskan oleh Jabatan Mineral dan Geosains semasa pemerintahan BN Selangor walaupun penolakan daripada Jabatan Alam Sekitar dalam laporan awal
.

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kenyataan di Parlimen memberi kenyataan kerajaan negeri telah menghentikan sementara pembinaan kondo 29 tingkat tersebut dan akan menubuhkan jawatankuasa khas peringkat esok pada esok untuk mencari jalan penyelesaian isu terbabit.

Beliau turut berjanji kerajaan negeri akan menyelesaikan perkara tersebut secepat mungkin walaupun mengakui arahan penghentian itu akan menyebabkan pemaju tersebut mengalami kerugian kewangan.

“Kami mesti bertindak cepat... kerana kami tidak mahu membuat sesuatu keputusan yang tidak adil dalam urusan perniagaan. Penangguhan akan akibatkan kehilangan wang tetapi kita juga perlu memastikan semuanya mengikut garis panduan yang ditetapkan,” kata Abdul Khalid semasa sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Pembinaan kondominium yang dirancang sejak 2007 itu kini berhadapan tekanan terutamanya daripada pihak jawatankuasa kuil yang kini memperoleh sokongan daripada pemimpin MIC yang turut sama membantah pembinaan itu.

Hujung minggu lalu, kira-kira 200  penganut agama Hindu dan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) menyertai himpunan di perkarangan Batu Caves  bagi menyatakan bantahan ke atas pembinaan kondo tersebut yang dikatakan akan memberi ancaman kepada alam semulajadi bukit itu.

Bekas menteri kerja raya, Datuk Seri Samy Vellu yang hadir atas jemputan pihak jawatankuasa kuil turut sama menyertai dan  memberikan ucapan dihadapan kira-kira 200 orang ramai yang hadir pagi semalam.

Dalam himpunan sama, bekas ahli majlis MPS, Senator Kohilan Pillay bertindak menunding jari dengan menuduh pihak kerajaan PR sekarang yang bertanggungjawab meluluskan projek kondo tersebut.

SEKARANG TEMBELANG SUDAH PECAH!!!!.. SUDAH KANTOI LUMAT LUNYAI!!!!!.. YANG BUAT KERJA DURJANA ADALAH KERAJAAN UMNO/BN YANG DIKETUAI KHIR TOYO DULU TAPI TUDUH KERAJAAN PKR/PR PIMPINAN TAN SRI KHALID YANG LULUSKAN..

KALAU BUKAN MENIPU DAN MEMFITNAH BUKAN UMNO NAMANYA.OMAK KAU

10 comments:

Anonymous said...

Kih! Kih! Kelulusan perancangan, bukannya kelulusan pembinaan. Pasal kelulusan perancangan tu memang semua org taulah, dlm tv3 pun senator kohilan cakap, kelulusan perancangan dilakukan semasa bn memerintah, TAPI KELULUSAN PEMBINAAN DILAKUKAN OLEH KERAJAAN PAKATAN.

Oleh sbb org pas bodoh tak tau berfikir, aku kasi contoh. pas MERANCANG MEMBINA MASJID DI KELANTAN, tapi selagi KELULUSAN PEMBINAAN tidak diperolehi oleh kroni pimpinan atasan, pas tidak dpt membina masjid. So ada faham beza kelulusan perancangan dan kelulusan pembinaan?

Anonymous said...

Kelakar betul lah. Aku tak sangka blogger paspb bodoh mcm ni. Kelulusan perancangan dan kelulusan pembinaan pun tak tau. Kah! Kah! Blogger paspb kantoi lagi

Anonymous said...

Kalau kelulusan perancangan tidak di keluarkan oleh BN dulu, tidak timbul dah pasal benda lain termasuklah kelulusan pembinaan ke apa ke...

Kalau cikgu dah bagi kebenaran murid keluar pergi ke tandas, perkara lain macam buka pintu tandas, buka seluar, kencing dan lain lain tu dah jadi perkara standard.

Kalau cerdik bukan lah UMNO namanya. Yang menjawab no 1 dan 2 kat atas tu kalau dari UMNO, dah tentu lah dia tak cerdik.

Anonymous said...

Entah..beruk 2 komen kat atas tu org sama sbnarnya..dasar beruk makyeh..haha

Anonymous said...

Lagi contoh aku kasi

Pas telah MELULUSKAN PERANCANGAN penubuhan negara Islam, tapi sebab dap tidak MELULUSKAN PEMBINAAN negara Islam, maka ia tidak menjadi kenyataan.

So, sekarang org pas faham tak beza antara KELULUSAN PERANCANGAN dan KELULUSAN PEMBINAAN? takkan bodoh sgt tak faham kot.

Anonymous said...

ko la bangang beruk

Hamdan Rukun said...

HE! HE! HE!

KELULUSAN MERANCANG JER..

TERIMA KASIH PASPB. MAKNANYA SETAHUN TAK SELESAI RANCANG LAGI. YANG MENYELESAIKANNYA....PAKATANLAH !

HE!HE!HE!

Anonymous said...

kenapa la ko bodoh sangat luncai. baca la dulu, projek tu BN yg lulus bodoh

Paradigmshift said...

Inilah problemnya kalau ada orang yang tak tahu peruntukan-peruntukan di bawah Akta Perancang Bandar dan Desa , lantas terus keluarkan komen yang menunjukkan kebodohannya. Di bawah Akta Perancang Bandar dan Desa, mana-mana cadangan untuk membuat projek perumahan, komersial atau industri mestilah mengemukakan permohanan untuk mendapatkan Kebenaran Merancang (KM)dari Pihakberkuasa yang berkenaan dengan mengemukakan pelan susunatur projek dan lain-lain dokumen yang perlu seperti hakmilik tanah,resit-resit batayaran cukai dll. Pihakberkuasa Kerajaan Tempatan yang berkenaan akan meneliti permohonan itu dan akan mendapatkan komen dari agensi-agensi berkaitan seperti JKR, TNB, JPS dll.Setelah semuanya ok, permohonan itu akan dibawa kepada mesyuarat Majlis Pihakberkuasa
Tempatan itu untuk dipertimbangkan.Sekiranya diluluskan pemilik projek diberi masa tertentu untuk menyemak syarat-syarat kelulusan yang mungkin dikenakan oleh Majlis dan mengemukakan kembali kelulusan itu dengan pindaan-pindaan jika ada , untuk disahkan (endorse) oleh Majlis. Sekiranya OK maka pemaju bolehlah mengemukakan pula permohonan untuk mendapatkan kelulusan pelan bangunan bersekali dengan pelan kerja-kerja tanah dengan mengemukakan cadangan pelan bangunan dan cadangan kerja-kerja tanah. Sekiranya diluluskan , maka pemaju bolehlah memulakan projeknya. Untuk makluman kelulusan pelan bangunan dan pelan kerja-kerja tanah adalah 'formality' sahaja kerana pada asasnya apabila Majlis Kerajaan Tempatan meluluskan KM , maka projek itu sudah boleh dianggap "on" atau berjalan. Sekian untuk makluman kepada mereka yanmg tidak arif mengenai amalan dan prosedur pemajuan hartanah di Malaysia.