Tuesday, October 30, 2012

RM 3 BILION!!! Kos Projek Langat 2 untungkan kroni bebankan rakyat




Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mahu mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum sidang Dun bermula bagi membincangkan isu air di Selangor.

Salah satu perkara yang akan dibincangkan dengan Muhyiddin yang merupakan ketua jawatankuasa kabinet untuk Projek Langat 2 adalah mengenai teknologi membran bagi menggantikan Langat 2.

Khalid menegaskan, kos teknologi membran yang dapat meningkatkan penghasilan air jauh lebih rendah berbanding Langat 2 yang hanya dapat menyelesaikan masalah air pada 2016.

"Saya sudah tulis surat kepada beliau tapi belum ada jawapan tapi saya akan tulis surat lagi dan akan bertemu beliau sebelum sidang Dun pada 19 November ini kerana saya akan menjawab semua soalan berhubung isu air di Selangor.

"Saya sudah siapkan kertas kerja teknologi membran ini dan kalau cadangan saya diterima pakar, saya akan buat penyusunan semula industri air di Selangor," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu juga berkata, kos teknologi membran hanya menelan belanja RM800 juta berbanding Langat 2 RM3,000 juta.

“Kos lebihan (projek Langat 2) terlalu tinggi sebab itu kerajaan negeri jaga hak rakyat,” katanya.


Turut bersama dalam sidang media ialah Dzulkifly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan Azmin Ali (PKR-Gombak).

Terdahalu, Ahli Parlimen Rembau dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat menuduh Kerajaan Negeri Selangor degil kerana tidak mahu membenarkan Kerajaan Persekutuan melaksanakan Langat 2.

Suasana menjadi kecoh seketika apabila Khalid bangun memberikan penjelasan.

“Adakah Timbalan Menteri pernah baca kertas kerja untuk menentukan pilihan air dari Pahang? Bagaimana unjuran dan kos bandingan dibuat?

“Ada pilihan lain lebih baik dari segi kos dan kecekapan pengurusan. keluaran air terawat melebihi 5 juta liter sehari, yang dipakai 3.5 juta liter dan 1.5 juta liter bocor,” katanya.


Berita berkaitan Teknologi MEMBRAN

8 comments:

Anonymous said...

Wow! Khalid duduk sebelah assmin aiskrim. I like

Anonymous said...

Kih! Kih! Komen yg aku tulis kene delete. Nampak sgt blogger paspb tak dpt terima kritikan. Blogger umno kalau kene kutuk dgn org pas steady je

Anonymous said...

Dzulkefli ahmad dari geng anwarinas pun ada sekali? Respect.. Dia ni kan yg cakap pas tidak memperjuangkan Islam, tp memperjuangkan Islam demokrat?

Anonymous said...

Baik betul geng anwarinas dgn pkr. Ulama pas takde ke?

PASPB said...

admin tak pernah delete komen . harap jangan buat fitnah

Anonymous said...

Wow, hidup rupanya admin paspb ni. Ingatkan robot

Anonymous said...

Beruk umngok yg x perlu dilayan…
Biar dia sendiri meroyan…

mfadhlan said...

syukur dinaungi pemimpin yang sangat berjimat dlm menggunakan dana duit rakyat.
penjimatan yang boleh digunakan di tempat lain.