Wednesday, December 14, 2011

PUKULAN MAUT BUAT UMNO!!! Blogger UMNO secara terbuka isytihar diri sertai PAS


Blogger dan aktivis maya UMNO, Husaini Harun, yang terkenal dengan serangan-serangan terhadap PAS di alam maya sebelum ini, kini menyerahkan borang permohonan untuk menyertai PAS.

Borang diserahkan kepada Timbalan YDP PAS Kawasan Alor Setar, Haji Zulkifli Yahaya di pertemuan santai bloggers dan rakan maya PAS Daerah Kota Setar yang diadakan Pejabat PAS Kawasan Alor Setar.

Sementara itu satu majlis rasmi penyertaan beliau dan rakan-rakan muda secara beramai-ramai ke dalam PAS akan diadakan di kawasan DUN Bakar Bata.

Sementara itu seorang lagi blogger UMNO Kedah dijangka menyertai PAS dalam masa terdekat. Penyertaan mereka ke dalam PAS merupakan pukulan terhadap kumpulan aktivis maya UMNO Kedah kerana mereka adalah anak didik kepada Dr. Novandri dan Papagomo dan telah menyertai banyak kem latihan cyber troopers UMNO.

(HH dan AA bergabung kekuatan mewujudkan Blog Kedah Kita... siap BN Kedah lepas ni kena londeh sampai tinggai tel**)


http://lynx.my/blogger-umno-sertai-pas

Read more ...

FITNAH GUAN ENG!!! Utusan kena RM 225,000 , namun tak akan serik untuk terus fitnah

Guan Eng menang saman fitnah ke atas Utusan

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini mendapati akhbar milik Umno, Utusan Malaysia bersalah kerana memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung berita yang bertajuk 'Kebiadaban Guan Eng’ yang diterbitkan pada 20 Disember tahun lalu.

NONESehubungan itu, Utusan diarahkan membayar pampasan RM200,000 kepada setiausaha agung DAP itu dan RM25,000 lagi sebagai bayaran kos.

Utusan telah menuduh Lim sebagai seorang ‘rasis’ dan ‘anti-Melayu’ dalam artikel yang disiarkan sehari selepas konvensyen Pakatan Rakyat bulan lalu berdasarkan ucapanya yang bertema 'A People's Government for the Real Malaysians' pada 19 Disember lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk GV Varughese semasa penghakimannya menggariskan tujuh para yang Utusan dikatakan telah memfitnah Lim.

Beliau juga sempat memberi ucapan ringkas mengenai "kewartawanan bertanggungjawab” dan mengingatkan pemberita supaya melaksanakan tugas mereka secara profesional dengan mengesahkan kenyataan yang diterima jika tidak mahu dikenakan dakwaan memfitnah.

Pada sidang media di luar mahkamah, Lim berkata Utusan memang mahu memfitnah dirinya dan DAP.

Katanya, akhbar milik Umno itu mempersalahkan dirinya dan kerajaan negeri yang diterajui DAP kerana mengusir penduduk kampung dan merobohkan rumah mereka di Kampung Jalan Pokok Asam dan Kampung Genting di Balik Pulau, sedangkan pertikaian sebenar adalah antara pemaju dan penduduk.

"Saya berpendapat jika Utusan adalah media yang bertanggungjawab, ia mesti bertaubat, tetapi saya tidak yakin mereka akan berbuat demikian,” kata Lim.

"Saya fikir mereka akan membanyar pampasan itu dan terus memfitnah saya dan DAP.”

Read more ...

PAS GANTI UMNO!!! Ahli UMNO sertai PAS mencurah-curah di Terengganu

KUALA LUMPUR, 13 Dis: Umno di Terengganu diakui berada dalam keadaan semakin lemah sekarang oleh ahli-ahli parti itu sendiri, sehingga menyebabkan orang ramai semakin hilang keyakinan terhadap Umno BN untuk terus memerintah di negeri itu.

Realiti itu terserlah apabila ahli-ahli Umno di Terengganu kini semakin ramai yang mengambil keputusan keluar dari parti itu dan menyertai PAS, bagi bersama-sama merealisasikan harapan "PAS Ganti Umno" di negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 tidak lama lagi.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, perbezaan sikap dan tindakan para pemimpin Umno BN dan PAS dapat dinilai sendiri oleh rakyat Terengganu hasil dari pemerintahan PAS di negeri itu pada tahun 1989 lalu, walaupun hanya untuk tempoh sepenggal.

Menurutnya, sepanjang PAS memerintah, seluruh rakyat Terengganu sendiri dapat merasakan betapa mudahnya urusan antara kerajaan dan rakyat dalam pelbagai perkara termasuk berkaitan pengurniaan tanah kepada rakyat.


Katanya, selain itu, rakyat Terengganu sendiri mengetahui sejak PAS memerintah tidak lagi dikenakan cukai pintu di kawasan-kawasan perbandaran, di samping tidak mengalami kesukaran dari segi karenah birokrasi.

"Sepanjang PAS memerintah, rakyat Terengganu juga tahu tidak terdapat penyelewengan dan salahguna kuasa dan rasuah di kalangan para pemimpin PAS sehingga tak ada seorang pun pemimpin PAS yang boleh diheret ke mahkamah," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

9 Disember 2011 lalu, 80 orang ahli Umno dari cawangan Kampung Banggol Donas yang terletak dalam kawasan Dun Teluk Pasu, Parlimen Kuala Nerus, Kuala Terengganu telah mengambil keputusan keluar dari parti itu dan menyerahkan borang keahlian PAS kepada Salahuddin.

40 orang daripada mereka terdiri daripada bekas Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno cawangan kampung tersebut, dengan diketuai bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus, Salleh Embong, sempena Majlis Ceramah Isu-Isu Semasa di Markaz PAS yang baru ditubuhkan di kawasan itu.

Penyerahan borang keahlian PAS daripada bekas Puteri diketuai oleh bekas Ketua Puteri Umno Cawangan Kampung itu, Rosni Hassan, 37, atas kerelaan mereka sendiri tanpa paksaaan mana-mana pihak.

Bercakap kepada media pada majlis itu, Salleh dan Rosni mengakui tindakan mereka keluar Umno dan menyertai PAS berpunca dari kehilangan keyakinan mereka sendiri dengan sikap para pemimpin Umno BN di Terengganu yang kini semakin mengabaikan tanggungjawabnya kepada orang ramai, melainkan hanya kepada kroni-kroni mereka sendiri dalam parti itu.

Mereka turut mengakui tindakan mereka itu pasti memberi tamparan hebat kepada Umno Dun Teluk Pasu khususnya dan Umno Kuala Nerus serta negeri amnya, lantaran kekecewaan ahli-ahli parti itu sendiri terhadap para pemimpin mereka.

Antara contoh yang diberikan oleh kedua-dua mereka berhubung perkara itu termasuklah hal-hal yang berkaitan projek pembinaan jalan yang melibatkan tanah serta rumah penduduk di kampung tersebut yang jelas terdapat unsur salahguna kuasa.

Hadir sama pada majlis bersejarah itu, Yang Dipertua (YDP) PAS Kuala Nerus, M Sukrimun Shamsuddin; Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli; Naib YDP Kuala Nerus, Ustaz Ismail Mamat; Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Ridzuan Hashim dan Setiausaha PAS Kuala Nerus, Zakaria Dagang.

Menurut Salahuddin, kemasukan 80 orang ahli Umno ke dalam PAS itu sememangnya mencipta sejarah yang amat membanggakan PAS, memandangkan sebelum ini amat jarang ahli-ahli parti itu di Terengganu menyertai PAS secara serentak sebanyak itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian yakin tindakan 80 bekas ahli Umno itu merupakan sebahagian dari lambang kebangkitan golongan muda untuk bersama-sama melakukan perubahan politik di negeri itu.

"Banyak faktor yang dilihat oleh ahli-ahli Umno sendiri dan genarasi muda sekarang yang mendorong mereka menyertai PAS. Antaranya termasuklah perpaduan utuh di kalangan para pemimpin dan ahli-ahli PAS sendiri berbanding Umno BN, sehingga tidak berlaku kem-kem dalam PAS.

"Keadaan itu berbeza dengan Umno khususnya di Terengganu sehingga berlakunya kem Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Idris Jusoh ekoran perebutan jawatan dan kuasa, sehingga akhirnya rakyat sendiri yang mengakui mereka terabai," katanya.

Beliau berharap agar penyertaan 80 orang bekas ahli Umno itu ke dalam PAS akan dijadikan titik renungan oleh ahli-ahli Umno BN lain di Terengganu untuk bersama-sama berhijrah ke dalam PAS.

Tindakan itu, tegasnya, amat penting untuk membolehkan PAS merampas Terengganu dari Umno BN pada PRU Ke-13 akan datang, bagi membolehkan PAS melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik terhadap rakyat seperti yang diharapkan oleh orang ramai sendiri.

Read more ...

JAWAPAN KEPADA UMNO RASIS!!! Orang Islam lebih ramai dari Kristian dalam parti DAP

SHAH ALAM, 14 Dis: Penganut agama Kristian adalah paling minoriti dalam parti DAP, kata Teresa Kok, Pengerusi DAP Selangor.

"Pengerusi DAP, Karpal Singh adalah beragama Sikh, saya ingat Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tiada apa-apa agama tertentu.

"Penganut agama Hindu sebenarnya lebih ramai berbanding dengan Kristian dalam DAP," kata Teresa Kok dalam program Fokus Berita, TV Selangor.

Teresa menjelaskan perkara ini ekoran dakwaan Umno dan beberapa pihak lagi, DAP cuba untuk mengkristiankan umat Islam di negara ini.

Turut menjadi panel dalam diskusi itu adalah Dr Rani Othman (Pesuruhjaya PAS Selangor) dan Khalid Samad (anggota Parlimen Shah Alam) manakala Shariden Mahavira bertindak sebagai pengerusinya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selalu menyebut, bagaimana Umno boleh membuat tuduhan itu sedangkan beliau sendiripun bukan beragama Kristian.

Teresa pula selalu dituduh cuba menyebarkan agama Kristian di kalangan penganut Islam di negara ini.

Menjawab persoalan ini, Teresa berkata, ini adalah tuduhan melulu yang tidak berasas sama sekali.

"Dalam keluarga saya, hanya saya dan ibu saya sahaja Kristian. Bapa dan adik-adik saya Budhist.

"Kalau saya nak usaha tarik masuk Kristian, misalnya untuk menarik YB Dr Rani, baik saya ajak ayah dan adik saya masuk Kristian dulu," katanya.

Ketika ditanya penyataan beberapa bekas pendakwah Kristian yang mengatakan ada orang Kristian yang cuba mendakwah orang Islam, Teresa berkata, beliau tidak menafikan perkara itu.

"Memang ada tetapi terlalu kecil bilangannya. Orang Kristian, tidak ramai yang gigih untuk menyebarkan agama. Mereka lebih anggap, agama adalah hubungan antara dia dengan Tuhan sahaja," kata Teresa.

Bagi Teresa, isu ini hanya menjadi isu selepas pilihan raya umum 2008 dan bersifat agenda politik untuk melawan Pakatan Rakyat.

Read more ...

ISU NFC !!! Muhyiddin, Mustapa , Noh Omar terbabit ?

SHAH ALAM, 14 Dis: NGO Jingga 13 hari ini mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat tiga menteri yang didakwa mempunyai kaitan dalam skandal Pusat Fedlot Kebangsaan (NFC).

Berkata kepada media di lobi Pejabat SPRM Shah Alam hari ini, Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa memberitahu ketiga-tiga menteri terbabit adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan juga Datuk Seri Noh Omar.

Ini kerana Noh merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada ketika ini manakala Muhyiddin dan Mustapa adalah bekas menteri di kementerian tersebut sebelum ini yang didakwa ada kaitan dengan kelulusan pemberian dana RM250 juta kepada syarikat NFC yang dimiliki suami kepada Datuk Shahrizat Abdul Jalil.

"Kami mendesak agar satu siasatan dan tindakan oleh pihak SPRM wajar diambil terhadap ketiga-tiga menteri yang memegang jawatan sebagai Menteri Pertanian sekiranya mereka terlibat dengan tindakan penyaluran wang tersebut iaitu sebanyak RM250 juta," jelas Fariz selepas menyerahkan memoranduk kepada suruhanjaya itu.

Sebelum ini siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) merumuskan 'ada yang tidak kena' dengan projek berkaitan penternakan lembu yang bernilai RM250 juta itu.

"SPRM perlu siasat kerana Muhyiddin memegang jawatan tersebut dari 2004 hingga 2008, Mustafa dari 2008 hingga 2009 dan Noh dari 2009 sehingga sekarang.

"Kita merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid yang menyatakan bahawa pegawai-pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang hadir pada perjumpaan PAC memberitahu wang dikeluarkan kepada satu akaun khas sejak 2008 hingga 2009," kata seorang lagi koordinatornya Afzainizam Abd Rahman.

Tambah Afzainizam lagi, tindakan yang dilakukan oleh kementerian terbabit adalah merupakan satu tindakan salah guna kuasa yang amat nyata apabila telah menyalurkan wang kepada akaun khas NFC sebelum perjanjian dibuat seperti mana prosedur dan peraturan kewangan.

Dalam pada itu mereka juga mahu tahu siapa sebenarnya yang mengetuai mesyuarat Jawatankuasa Impak Tinggi yang didakwa dipengerusikan oleh Perdana Menteri sewaktu meluluskan pemberian dana RM250 juta itu pada tahun 2008.

Ia kerana pada waktu itu sedang berlaku peralihan kuasa antara Tuan Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.

Sebelum itu skandal NFC telah menyebabkan Umno tidak senang duduk sehingga beberapa pemimpin mereka mendesak Shahrizat melepas jawatan sebagai Menteri Pembangunan Keluarga Wanita dan Masyarakat serta jawatannya sebagai Ketua Wanita Umno.

Read more ...

KERANA UMNO!! Wang Rakyat Kedah dibazirkan, hilang begitu sahaja selama 28 tahun

KEDAH: Plaza terbengkalai 28 tahun dimaju semula,

projek hasil peninggalan menteri besar umno osman aroff

ALOR SETAR: Selepas 28 tahun terbengkalai, Plaza Tunku Yaakob di Lebuh Raya Darulaman di sini akan dibangunkan semula dengan pelan pembinaan strategik untuk menjadikannya pusat komersial terulung di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata pembangunan akan dibahagi kepada dua fasa untuk menempatkan pelbagai kemudahan dan ruang niaga bertaraf antarabangsa sekali gus menaikkan imej bandar raya itu di mata dunia.

"Ia akan menempatkan pusat membeli belah, ruang pejabat dan hotel bertaraf lima bintang yang bakal memangkin ekonomi Kedah dan tempoh pembinaannya mengambil masa tiga tahun.

"projek ini akan memberi peluang kepada peniaga kecil Bumiputera dan tempatan yang ingin menceburkan diri dalam pelbagai perniagaan, termasuk medan selera di kompleks ini.

“Ia akan membantu menggalak dan merancakkan aktiviti ekonomi yang akan memberi pulangan kepada kerajaan Kedah," katanya pada majlis menandatangani perjanjian usaha sama Projek Pembangunan Semula Plaza Tunku Yaakob antara Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dengan Bellview Group Sdn Bhd di sini, semalam.
wajah bangunan tengku yaacop yg di rancang oleh kepimpinan umno kedah zaman menteri besar osman aroff

sewaktu dalm pembinaan siap 70% pembinaan ..tetapi pembinaan terhenti sehingga kini th 2011.

banggunan yg hampir siap 80%.terhenti sehingga kini,megapa..??? mungkin ianya terhenti di sebab kan kerisis MB osaman Arooff yg sewaktu itu dalam delima dalam percaturan cantas mencatas dalam pemilihan menteri besar ..?? atau pergolakan umno kedah yg semakin meruncing dan peralihan kuasa Mb kedah..??maka projek yg di bina dulu tak menberi apa-apa sumber kepada pucuk pimpinan yg di ganti...?/itulah umno dulu kini dan selamanya...??

bangunan tengku yaacok yg ada berdiri megah di tengah-tengah bandaraya alor setar tunggu hari nak menyembah bumi...??projek yg menelan belanja jutaan ringgit ini menjadi usang tidak boleh di guna pakai lagi ...
projek pembaziran wang dana rakyat kedah hilang begitu sahaja....inilah lambang kesombongan pemimpin-pemimpin umno dulu kini dan selamanya.....


surau yg terletak bersebelahan banggunan tengku yaacop sedang inilah yg dimainkan isu oleh umno kedah ,utk menberi gambaran buruk kepada kerajaan pas kedah, banggunan tengku yaacop bernilai jutaan ringgit tidak lansung di ambik peduli oleh penyokong2 umno walau ia merugikan dana rakyat jutaan ringgit,tetapi surau yg lama di ganti dengan surau yg lebih cangih menjadi isu kebodohan mereka sendiri...?? megapa..sebab isu surau mereka mengangap sebagai isu umat islam nak marah.....???



pemimpin umno dan penyokong mereka sedang meludah air liur kelangit,air liur itu sedang gugur terkena ke muka mereka sendiri......ingatlah Allah itu maha mengetahui keburukan yg telah umno lakukan kepada rakyat kedah,saban hari umno kedah hilang haluan hala tuju...???

http://www.kedahkita.com/2011/12/projek-28th-hasil-peninggalan-mb-osman.html

Read more ...

UMNO HARU!!! BN akan terus gigit jari di Kedah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh3Iy3rSPqVCGBAtnooYr5_-HCgRb97isxpilZv2vXEhVWyrQi4X7kZwVlVUW0BjQRci0u_XBNIVr2qVqq1lnPjIOYIXo5k2TKcPP0qm4gJ-JLVh4z8H_kL6Qb1KXiUbHVd1Ih3kMe4oMjy/s1600/1malaysiarakyatdidahulukanpencapaia.JPGWATAN BERCINTA

Insya Allah BN akan gagal menawan Kedah malahan dijangka kalah lebih teruk kali ini.

Punca kegagalan BN di Kedah dalam pilihanraya umum ke-13 nanti mengikut pandangan/pendapat sebahagian besar pengundi di KEDAH adalah disebabkan faktor berikut: (faktor-faktor ini tidaklah mengikut keutamaan)


1) Dato' Ahmad Bashah sebagai pengerusi perhubungan memberi 'kelebihan' kepada PR, maklumlah rakyat Kedah hari ni makin berpelajaran tinggi, tahap pengajian pun depa buat perbandingan


2) Pengundi BN khususnya UMNO dah menyampah nak mengundi calon parti sendiri


3) Sedikit sebanyak apa yang Rosmah buat (bermewah2) rakyat Kedah semakin meluat


4) Pengundi di Kedah dah cemuih dengan ghebang deras dan kelaku menyombong puak2 UMNO


5) Pengundi Cina marah dekat BN gagal jana ekonomi negara, business tak berapa ok. Orang India pulak marah BN yang tak jaga kebajikan mereka, janji macam2 tapi HABUK PUN TAK DAK.


6) Penyokong BN sendiri selesa jadi pembangkang. Penyokong kata kami teruk2 penaik pemimpin, depa naik dok kalut ghebiah reta meredak kerajaan, projek sana projek... kami di bawah kenyang makan wap.


7) Puak2 dalam UMNO hebat kerat mengerat dan cantas mencantas sesama sendiri



PERHATIAN: Pengundi yang telah ditemui tidak ada seorang pun berpandangan KEDAH DITAWAN KEMBALI OLEH BN disebabkan faktor kekuatan dan kemantapan PR Kedah.


Kedah La

Read more ...

KETAKUTAN UMNO!!! Makin tertekan pertahan Putrajaya


Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah mengakui bahawa BN lebih tertekan berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 berbanding Pakatan Rakyat.

Katanya, walaupun kedudukan BN dan Pakatan Rakyat dilihat seimbang pada waktu ini, namun beberapa isu semasa yang membelit Umno BN ketika ini menjadikan parti pemerintah itu dalam tekanan.


"Saya akui kedudukan sekarang seimbang antara kedua-dua parti politik yang bertanding.


"Walau bagaimanapun terdapat tekanan kepada Barisan Nasional dengan isu-isu semasa, dan sebab itulah saya datang untuk mendapatkan 'feedback' bukannya 'feedlot'," jelasnya.


Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar Harian bertajuk PRU13 : Undi Siapa Jadi Penentu di sini semalam.


Pengundi realiti baru


Sementara itu, beliau yang juga Ahli Majilis Terttinggi Umno mendakwa rakyat khususnya golongan muda sebenarnya sudah menghukum kerajaan apabila menolak media arus perdana.


"Seperti saya katakan tadi rakyat sudah mula menghukum kerajaan melalui tekanan yang diberikan kepada media arus perdana dan kita lihat rakyat sekarang sebenarnya sudah mula muak dengan politik sempit," katanya.


Baginya, undi penentu pada PRU-13 nanti adalah golongan 'pengundi realiti baru' yang sudah tidak mempercayai lagi media arus perdana tersebut.


"Pengundi realiti baru adalah mereka yang mendapat maklumat serta menilai setiap apa jua maklumat tersebut.


"Mereka juga menolak setiap politik yang dilemparkan di dalam media-media arus perdana. Sebab itulah media tersebut telah dihukum sekarang," sambungnya.


Turut serta sebagai panel pada wacana itu adalah Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sains Sosial Universiti Malaya(UM), Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Presiden Kita Datuk Zaid Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Read more ...

FELDA!!!! Kedudukan Umno makin tergugat


Peneroka Felda di seluruh negara memberi amaran akan melakukan "transformasi politik" pada pilihan raya umum ke-13 yang akan memberi kesan buruk kepada Umno BN.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Mazlan Aliman berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti menarik balik cadangan menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke dalam Bursa Malaysia (BSKL) jika benar-benar mahu membela kepentingan warga Felda.


Justeru Mazlan berkata, pihaknya sedang menunggu jawapan positif daripada pejabat Perdana Menteri mengenai surat permohonan untuk bertemu Najib pada 20 Disember ini.


Pertemuan itu bagi menuntut Najib memecat Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang didakwa menyebabkan "huru-hura" dalam pengurusan Felda dan mengekalkan kedudukan Datuk Dzulkifli Abd Wahab sebagai Pengarah Besar Felda.


Tuntutan agar Isa dipecat juga kerana beliau dilihat sangat bersungguh-sungguh mahu FGVH disenaraikan ke BSKL, diyakini untuk mengaut keuntungan bagi kroninya dalam pada aset peneroka akan tergadai.


Sementara itu, arahan bercuti terhadap Dzulkifli, kata Mazlan merupakan cara untuk menyingkirkan beliau kerana dianggap sebagai penghalang usaha Isa untuk penyenaraian FGVH.


"Kami bersedia berdepan dengan golongan pengkhianat ini. Mereka adalah penjajah moden yang mahu merampas hak rakyat.


"Perdana Menteri mesti ada pendirian tegas dan meraikan warga Felda yang selama ini sabgai setia kepada kerajaan Umno BN. Jika tidak, pengundi Felda di 54 kerusi Parlimen dan 92 Dun bersedia membuat "transformasi politik" yang bakal menggegarkan keputusan pilihan raya ke-13 nanti," kata beliau selepas menyerahkan memorandum menyokong Dzulkifli di Ibu Pejabat Felda, Jalan Gurney, dekat sini, semalam.


Mazlan menegaskan, apa yang dibimbangi peneroka ketika ini adalah mengenai masa depan Felda yang semakin malap apabila FGVH disenaraikan di BSKL kerana 360,067 hektar tanah milik mereka akan dicagarkan kepada FGVH selama 99 tahun.


"Bukan itu sahaja, proses penyenaraian FGVH akan melibatkan Felda menjual kesemua sahamnya dalam FGVH. Sebab itulah Datuk Dzul menentang usaha penyenaraian ini dan peneroak tetap setia di belakang beliau," kata Mazlan.


Tambah memburukkan keadaan, tanah-tanah kosong di Felda yang selama ini dimanfaatkan untuk tanaman kontan, industri kecil, perumahan generasi kedua Felda dan projek hiliran akan menjadi milik FGVH.


Tanah yang dipohon pada masa hadapan juga menjadi hak FGVH bersimbolkan Felda manakala FGVH akan berkuasa penuh dengan istilah "diberi kenikmatan aman sentosa".


"FGVH mendapat hak kawalan mutlak ke atas tanaman, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya yang sedia ada dan pada masa depan termasuk mengenai jenis kontrak jual beli hasil dan harga.


"FGVH juga akan mengendalikan aktiviti menanam semula dan menerima segala insentif daripada kerajaan serta menyelenggara dan membina infrastruktur yang diperlukan. FGVH bakal menelan Felda," tegas Mazlan yang disertai 50 wakil peneroka daripada beberapa Felda yang hadir memberikan sokongan.

Read more ...

PANAS!!! Rosmah dijadikan bahan lawak di web antarabangsa..



Nampaknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu berbuat sesuatu untuk menghentikan dirinya dari terus dipermainkan akibat dari karenah isteri beliau.


Terbaru, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor telah dipermainkan dalam laman lawak antarabangsa terkenal, 9gag.com dengan tajuk "Prime Minister's wife".

"Rosmah telah didakwa membelanjakan US$203,150 wang awam untuk membeli bag tangan.

Tetapi menjelaskan telah menyimpan wang sejak berumur 5 tahun."

(Spent US$203,150 public funds on handbag, Claim to saved money since 5 years old).

Yang menariknya, selepas ia dinaikkan 21 jam, sudah 112 komen diberikan manakala 162 pelayar telah menandakan 'like' kepada gambar yang memalukan ini.
ASD

Photobucket

Gambar lebih jelas sila lihat di ( SINI )

Sehingga kini sudah 234 komen dan 480 telah kongsikannya.

Komen -komen pula bukannya datang dari Malaysia sahaja tetapi juga luar negara khasnya negara jiran, Singapura.

Komen pertama datangnya dari Chua Chem Fei, Nanyang Technological University yang berharap 'seluruh dunia tahu betapa teruknya 'this fat lady'.

Selain itu, ramai juga komen-komen yang dibuat oleh pelayar laman ini dari Malaysia.

"$9 a day since 5 years old. That's kinda like RM30 per day..i gues she really liked the bag..lol." tulis Faiz Mohamad Nor dari UTP.

Pendek kata, komen-komen yang diberikan dalam laman sangat memalukan Najib dan negara apatah lagi ia dibuat di peringkat antarabangsa dan oleh laman web antarabangsa.



Photobucket
Photobucket
Photobucket

Sila lihat komen yang lain-lain di 9GAG

Read more ...

Tuesday, December 13, 2011

TU DIA UMNO!!! Guna bomoh nak menang pilihanraya

AHLI politik dan pemimpin Umno dinasihatkan agar "jangan menggunakan bomoh untuk menang pilihanraya", itulah yang boleh difahami daripada artikel terbaru di blog Tun Mahathir [Chedet].

Umum mengetahui bahawa ramai pemimpin dan ahli politik Umno gemar menggunakan bomoh di dalam menentukan kemenangan mereka di dalam pilihanraya mahupun pemilihan di peringkat parti.



Tun Mahathir, bekas Perdana Menteri sememangnya sering menyampaikan amanat kepada pemimpin-pemimpin Umno melalui blog peribadinya chedet.co.cc baik secara tersurat mahupun tersirat.

Artikel terbaru di blog beliau yang bertajuk "TAKUT", menyampaikan mesej jelas menggambarkan situasi Umno yang kini begitu goyah dan gementar di dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Hal ini mengingatkan kita kepada sejarah yang pernah menggemparkan negara bagaimana salah seorang ahli politik Umno, Datuk Mazlan dibunuh oleh bomohnya sendiri, iaitu Mona Fendy [Mona Fendy]

Sudahlah wang banyak habis diberikan kepada bomoh, masa depan politik lebih cerah yang diharapkan, sebaliknya nyawa sendiri yang melayang.


ReJaM© "Harap-harap Lady Gajah pun baca blog Tun Mahathir..."


Read more ...

FAKTA!!! Saiful langsung tidak diliwat?


Fakta-fakta kukuh yang mahkamah buat-buat bangang:

1) Saiful mendakwa diliwat dalam keadaan menungging lebih 12 minit. Pasti ada bekas atau kesan lecet pada lutut akibat tekanan ditusuk, tetapi sebenarnya langsung tiada! Saiful boleh minum kopi dan makan karipap selepas kununnya diliwat antara jam 3.01 petang hingga 4 petang 26 Jun 2008!


2) Pemilik kondo, Hassanuddin Hamid tidak pernah dipanggil memberi keterangan sebagai saksi pendakwa sekiranya kejadian liwat itu benar-benar berlaku di premis miliknya.


Proktoskop yang digunakan untuk menentukan
sama ada tusukan berlaku atau tidak
3) Jeli KY yang sepatutnya jadi bahan bukti langsung tidak kelihatan padahal Saiful mendakwa Anwar meliwatnya menggunakan bahan pelincir tersebut. Bahkan bahan tersebut langsung tiada dalam rekod bukti jenayah menurut laporan polis sendiri!

4) Keterangan dan fakta perubatan oleh pakar tulang belakang dari Jerman, Dr Thomas Hoogland yang merawat sakit tulang belakang Anwar akibat terjatuh dari kuda pada 1997 mengesahkan bahawa amat mustahil seseorang yang masih mendapatkan rawatan berupaya melakukan hubungan jenis jauh sekali hubungan sejenis sekalipun. Anwar mendapatkan rawatan susulan pada 2004 dan 2008 di Klinik Alpha milik Dr Hoogland di Munich, Jerman.


5) Pakar DNA dari Australia, Dr Brian McDonald hairan kerana sepanjang kerjayanya, belum pernah dia berupaya membuktikan mahupun menjalankan kajian ke atas jangka hayat sperma yang boleh hidup lebih 72 jam di luar zakar sedangkan ASP Jude Preira hanya menyimpan sampel air mani di biliknya yang sudah pasti berada pada suhu bilik, dan boleh musnah!


Bukti Rosmah Mansor (RM) rapat dengan
Mumtaz Jaafar (MJ), ibu angkat Saiful
6) Ketua pasukan pendakwaan Yusof Zainal Abiden tidak pernah membuktikan secara fakta saintifik sama ada perubatan, klinikal mahupun rujukan sahih daripada sumber yang diperakui dan disahkan oleh badan profesional bahawa sperma manusia boleh bertahan sehingga 96 jam semasa perbicaraan berlangsung.

7) Keadaan Saiful yang menunjukkan rasa tidak tertekan atau menyembunyikan sesuatu bukti jelas bahawa Saiful berbohong mendakwa Anwar meliwatnya, malah tiada bukti sehelai bulu pun ditemui di atas katil dan cadar mahupun bilik, padahal manusia normal menggugurkan lebih kurang 100 helai bulu dari badan sehari secara normal!


Saiful bersama Khairil Annas Jusoh,
pembantu Najib Altantuya!
8) Dua hari masa untuk Saiful ambil untuk membuat pemeriksaan perubatan seterusnya langsung tidak bersolat Jumaat akibat kununnya berhadas besar. Mengapa sampai dua hari berlalu baru hendak bertindak? Alasan dia mahu mendapatkan kepastian dari rakannya hanyalah helah lemah untuk memberi masa dia menusuk lubang duburnya sendiri dengan objek bermaterial plastik!

9) Pertemuannya bersama ibu angkatnya Mumtaz Jaafar dan Rosmah Mansor antara fakta jelas tuduhan fitnah ini satu konspirasi terancang untuk memusnahkan kerjaya Anwar selepas gagal menentang hujah dan perjuangannya membanteras rasuah dan penyelewengan secara politik.


10) Najib Altantuya dalang sebenar konspirasi fitnah ini dengan berbohong kepada seluruh dunia Saiful berjumpa dengannya untuk mendapatkan biasiswa pelajaran sedangkan pada waktu pertemuan itu Saiful sudah pun dibuang dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)!



11) Keterangan bersama rajah pemeriksaan perubatan yang dikemukakan oleh doktor Hospital PUSRAWI, Dr Mohamad Osman Abdul Rahman membuktikan bahawa tiada sebarang tanda tusukan tumpul atau kesan lecet pada permukaan luar dubur Saiful jelas membuktikan pembohongan Saiful terang-terangan dilakukan tanpa rasa malu, bertanggungjawab, jauh sekali menyerahkan kesnya kepada Mahkamah Syariah kerana kedua-dua yang terlibat beragama Islam!!

JALAN PULANG



Siapa Sebenarnya Bapa Saiful Bukhari Azlan?




Bapa Saiful ialah seorang daripada Ahli Jawatankuasa Perpaduan Melayu yang merancang perundingan diantara Pas-Umno. Seorang lagi ialah Pengarah Urusan Sapura, Rameli Musa, seorang kroni Anwar. Nampaknya, Anwar sendiri tidak sedar bahawa sahabatnya sendiri merancang menjatuhkan beliau.

Jawatankuasa ini diketuai oleh seseorang dari Perisik tentera yang saya tidak akan beritahu buat masa ini.


Itulah sebabnya mengapa bapa Saiful enggan menunjukkan mukanya dikhalayak ramai, terutamanya didepan kamera.


Sekiranya wajahnya keluar dikaca TV, maka sudah pasti ramai yang mengenalinya. Dia sebenarnya tidak mempunyai pekerjaan tetap.Kerjanya ialah menjadi broker. Kalau anda mahukan sesuatu, dia boleh lakukan. Kalau mahukan kontrak kerajaan, kalau mahu memerangkap seseorang, kalau nak jumpa mana-mana menteri ataupun Timbalan Perdana Menteri, panggil saja Bapa Saiful, dan dia akan melakukannya.


Kerjanya senang. cipta satu kes liwat terhadap Anwar. Ini akan menyebabkan PAS menjadi risau dan mereka akan berfikir dua kali tentang Anwar dan Pakatan Rakyat.


Panggil Pas dan Umno duduk bersama dan bercakap tentang perpaduan Melayu.


Biar PAS nampak bahawa masa depan Pas ialah bersama Umno dan bukan dengan PKR, yang mana akan dijatuhkan dengan kes liwat terhadap Anwar ini. Beritahu kepada Pas bahawa Umno bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang Islam dinegeri-negeri yang dikuasai oleh mereka dan Umno akan bersetuju bahawa menteri besar akan diberikan kepada Pas.


Para perancang muzakarah Pas-Umno tentang perpaduan melayu ini juga sedar bahawa menawarkan jawatan Menteri besar kepada Pas dan pelaksanaan undang-undang Islam , masih belum cukup.


Mereka juga perlu memusnahkan kredibiliti Anwar untuk membuktikan kepada Pas bahawa masa depan Pas terletak bersama Umno dan bukan dengan PKR.


Tidak menghairankan, jawatankuasa muzakarah Umno-Pas adalah orang yang sama dengan 'jawatankuas memusnahkan Anwar' dan bapa Saiful, bersama dengan perisik tentera adalah pelakon penting dalam keseluruhan drama ini.


Ya.. Perisik Tentera lagi! Sekarang anda boleh lihat mengapa Perisik Tentera membocorkan maklumat tentang laporan rasmi mengenai pembabitan Rosmah Mansor didalam pempunuhan Altantuya.


Tujuannnya ialah untuk menjatuhkan Najib. Dan orang-orang sama ini juga terlibat didalam muzakarah Pas-Umno, yang mana diantaranya melibatkan orang-orang seperti bapa Saiful dan rakan baik Anwar, Rameli Musa.


Baru-baru ini, bapa Saiful, yang telah meninggalkan anaknya sejak kecil, kembali kedalam hidupnya.


Mengapa, setelah lebih 20 tahun lalu, tiba-tiba bapa ini kembali muncul menemui anaknya?


Senang saja. Dia mahu menghantar anaknya menemui Najib. Najib merasakan dia menghantar Saiful kepada Anwar untuk dijadikan sebagai ejen.


Apa yang Najib tidak tahu ialah, budak ini dihantar untuk mengenakan Najib.


Pernahkah terfikir, mengapa bapa saudara Saiful yang memanggil sidang akhbar untuk meminta Anwar bersumpah bahawa Anwar tidak pernah meliwat Saiful?


Mengapa tidak bapanya?


Sedangkan surat yang dibaca oleh peguam itu dikatakan ditulis oleh bapa Saiful.


Sebenarnya, Saiful tidak begitu mengenali bapanya.


Ibu bapanya bercerai ketika Saiful masih kecil, dan ibunya berkahwin lagi. Bila ibunya meninggal dunia, bapa tirinya pula menghilangkan diri dan Saiful seterusnya dijaga oleh bapa saudaranya.


Dan satu perkara penting didalam keseluruhan episod ini ialah 'ibu angkat' Saiful ialah Mumtaz Jaafar, yang merupakan proksi Rosmah Mansor dalam urusan perniagaanya.


Apakah ini dapat menerangkan mengapa Najib bersetuju berjumpa Saiful? Ramai yang tidak dapat memahami bagaimana seorang timbalan Perdana Menteri yang begitu penting dan sibuk , mahu membazir masa bertemu dengan seorang pelajar tercicir seperti Saiful.


Ini adalah kerana Saiful adalah 'anak angkat' kepada Mumtaz Jaafar. Itu sebab Najib berjumpa dengannya.


Melihat kepada perawakan bapa saudara Saiful, kita boleh memahami mengapa lelaki ini istimewa. Apakah doktor menemui contoh air mani bapa saudaranya didubur Saiful, dan mungkin itu sebabnya mengapa polis tidak mendakwa Anwar? mungkin ini dapat menjelaskan, mengapa polis membebaskan Anwar selepas penahanan yang dramatik sehari sebelum itu.



Sankara: Kes Pembelaan Anwar Kukuh




Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memetapkan Khamis ini, 15 Disember 2011 untuk pihak pembelaan membalas hujah pendakwaraya berhubung kes liwat II.

Peguam pembelaan, Sankara Nair berkata, setakat ini pihak pendakwaan masih gagal membuktikan Datuk Seri Anwar bersalah dalam kes ini yang dilihat lebih kepada satu konspirasi.


"Kita memang confiden dengan kes kita. Apa yang kita nampak kita tidak mempunyai banyak perkara untuk dijawab memandang tidak ada penentangan kes.


"Beban masih kepada mereka (pendakwaraya) dan kita rasa kita ada asas untuk mempertahankan Datuk Seri Anwar.


"Kami rasakan hujahan kami kuat untuk mengatakan tidak pernah berlaku (kejadian tersebut). Kita punya pendirian ini tidak berlaku. Pada kita ini semua satu konspirasi. Kami bertegas dengan pendirian kami," katanya.


Beliau menambah, beberapa isu berhubung teknikal akan dibincangkan bersama pakar sebelum menjawab hujah pihak pendakwaraya.


Bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau bertegas dengan pendirian dirinya wajar dan wajib dibebaskan memandangkan tidak ada fakta dan keterangan kukuh untuk mereka mnghukum dirinya.


"Kita di peringkat akhir keterangan tadi pihak pendakwa mengemukakan hujah pertama sepertimana Datuk Seri Najib menyoal mengapa saya memberi keterangan dari kandang tertuduh. Tentunya Datuk Najib tidak membaca ucapan saya itu keterangan itu adalah pilihan.


"Dalam mahkamah disebut bahawa tidak boleh ditafsir secara negatif kerana itu pilihan. Mengapa saya buat pilihan, kerana saya pertikai sistem. Sistem ini diperalat politik untuk menekan.


"Oleh yang demikian saya menggunakan hujah saya dalam peluang kandang mahkamah untuk menjelaskan kebobrokkan dan kerosakan sistem kehakiman dan politik yang menggunakan proses perundangan ini," katanya.


Mengulas lanjut katanya, pihak pendakwaraya tidak sepatutnya mempertikaikan saksi dan beberapa pakar yang dibawa dalam perbicaraan kes ini.


"Apa yang dibuat oleh Datuk Yusuf hari ini, mempertikai itu yang pertama yang kedua mempertikaikan beberapa saksi utama kita.


"Dr Hooglands itu pakar antarabangsa, Dr Brian McDonald, Prof. David Lawrence Wells juga pakar di peringkat antarabangsa. Jadi jika kita ingin peremehkan perkara itu agak sukar," katanya.


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini kembali meneruskan sesi penggulungan dengan giliran pihak pendakwaraya mengemukakan hujah.


Anwar, 63, didakwa meliwat Mohd Saiful, 25, di sebuah pangsapuri di Bukit Damansara di Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008 dan dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Read more ...

BERANIKAH NAJIB!!! Bertanding di Parlimen Lembah Pantai

http://topnews.com.sg/images/najib-tun-razak.jpgNaib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mencadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuktikan keikhlasan konsep 1Malaysia yang diterajuinya dengan bertanding di kawasan yang masyarakatnya berbilang bangsa seperti kerusi parlimennya di Lembah Pantai.

"Apabila bercakap tentang transformasi dan imej berbilang bangsa di Malaysia, saya berharap Saifuddin akan sampaikan kepada perdana menteri bahawa beliau harus mempertimbangkan kemungkinan bertanding di kerusi yang masyarakatnya berbilang kaum, kerusi 1Malaysia.


"Daripada apa yang saya tahu, Pekan mempunyai 93 peratus pengundi Melayu.


"Oleh itu, selaras dengan janji-janji 1Malaysia dan semua itu, Najib perlu bertanding di kawasan yang mempunyai pelbagai bangsa seperti di Lembah Pantai,” kata Nurul Izzah kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah pada sebuah forum politik di Shah Alam.


Cadangan beliau itu mendapat tepukan gemuruh daripada kira-kira 500 hadirin.


Walau bagaimanapun, Nurul Izzah kemudiannya memberitahu Malaysiakini bahawa kenyataannya itu bukan satu cabaran kepada Najib tetapi mahu perdana menteri membuktikan apa yang diperkatakannya.


Nurul Izzah dan Saifuddin adalah penceramah pada forum bertajuk ‘Pilihan Raya Umum ke-13: Undi siapa akan jadi penentu?’


Penceramah lain termasuk Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Ketua parti KITA Datuk Zaid Ibrahim dan pensyarah pengajian media Universiti Malaya Prof Abu Hassan Hasbullah.


Forum itu anjuran akhbaran Sinar Harian.


Nurul Izzah pertama kali dipilih sebagai ahli parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum lalu. Kerusi yang terletak di Kuala Lumpur itu mempunyai campuran penduduk pelbagai bangsa - i 52 peratus pengundi Melayu, 27 peratus Cina dan 18 peratus India.


Bagi Najib pula, beliau dilantik menduduki kerusi Pekan di Dewan Rakyat pada usia yang sangat muda iaitu 23 tahun. Kerusi pilihan raya parlimen di luar bandar di Pahang itu mempunyai 93 peratus pengundi Melayu, 2.7 peratus Cina dan satu peratus India.

Read more ...

TIKAM BELAKANG!!! Muhyiddin bakal tendang Najib?

Sememangnya presiden Umno Najib Razak dan timbalannya Muhyiddin Yassin tidak seia sekata. Malah, terdapat persaingan sengit antara mereka sebelum Najib ditabalkan sebagai presiden UMNO selepas Abdullah Badawi dipaksa pemimpin atasan untuk bersara awal.

Nama Muhyiddin sekarang semakin terkenal di kalangan komuniti Melayu. Telah beberapa kali timbul cakap-cakap tentang siapakah paling layak bertanding untuk jawatan presiden walaupun dirinya dan Najib sering dipersembahkan secara bergandingan oleh media kawaanl kerajaan supaya nampak akrab.


Jangan salah anggap kerana mereka sememangnya sentiasa bersaing.

Sejauh manakah setianya si timbalan?


Malangnya, pada tahun 2008, mantan perdana menteri Mahathir Mohamad telah memutuskan bahawa Najiblah yang layak mengambil alih tugas Badawi seperti mana yang dijangka oleh kebanyakkan orang.

Muhyiddin begitu kecewa kerana telah dikalahkan oleh Najib pada saat-saat akhir. Namun, apakan daya, Mahathir masih lagi merupakan tunggak yang mempunyai kuasa dalam UMNO. Jika ditentang, pasti geng-geng politik samsengnya akan menanti.


Anehnya, pada masa itu, Muhyiddin tiada kuasa langsung, umpama ahli biasa UMNO kerana dia tidak disokong oleh peringkat tertinggi dan pemimpin UMNO yang lain. Tiada juga wakil dari tempat asalnya, Johor. Pada masa itu, dia keseorangan dan terpaksa mula mengumpul penyokong dan juga pengikutnya sendiri.


Muhyiddin tidak dihiraukan oleh Badawi kerana dia terlalu sibuk menyiapkan menantunya, Khairy Jamaluddin pada masa pemerintahannya sebagai PM. Muhyiddin telah terbiar sendirian namun tidaklah dalam kegelapan. Pada masa itulah Muhyiddin belajar untuk berdikari sendiri walaupun tidak pernah bersendirian.


Keinginan untuk memegang jawatan tertinggi masih kuat bagi Muhyiddin lebih-lebih lagi pada masa ini. Ini kerana umurnya serta peluang yang ada di depan mata. Najib sangat lemah, dibebani pula oleh masalah dan dilemma yang tiada henti.


Tapi, jujurkah Muhyiddin bila berkata bahawa dia adalah timbalan yang setia? Bukankah dia telah berjanji untuk tidak mencabar jawatan presiden. Adakah Muhyiddin akan membiarkan Najib memijak-mijaknya?


Perpecahan


Sebenarnya, Muhyiddin sudahpun melancarkan beberapa strategi bersama beberapa orang penasihatnya dan sekumpulan kecil penyokong. Walaupun ada kekurangan, kita masih boleh merasakan kesannya apabila dia mempersoalkan konsep 1Malaysia apabila Najib mula-mula mengumumkannya dulu.


Muhyiddin kemudian menunjukkan keyakinannya apabila mengumumkan bahawa dia orang Melayu dulu, kemudian orang Malaysia. Muhyiddin kemudiannya semakin berani menentang Mahathir apabila memberhentikan pelaksaan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu dan bukan Inggeris seperti yang diperkenalkan oleh Mahathir.


Ternyata, Muhyiddin cuba untuk menunjukkan bahawa dia mampu untuk mengikut kata hatinya sendiri justeru mendapat sokongan yang lebih lagi dari akar umbi kerana keberaniannya ingkar kepada Najib di saat-saat akhir. Ya, sememangnya dia boleh buat apa saja yang dikehendakinya, seperti pada perhimpunan agung UMNO dimana dia melafazkan baiah untuk taat setia apabila realitinya, dia akan menentang Najib habis-habisan untuk kerusi presiden. Sama jugalah seperti Najib jika berada di tempatnya. Muhyiddin tidak akan kehilangan apa-apa pun.


Untuk menang, Muhyiddin tahu dia tidak memerlukan sokongan 100% dari UMNO. Apa yang diperlukannya adalah untuk membuat bising tentang isu-isu akan memecah-belahkan UMNO supaya Najib dan rakan-rakan pengampunya akan terpaksa akur.


Tekanan semakin memuncak untuk Najib melepaskan jawatan jika ingin menyelamatkan UMNO dari perpecahan yang lebih dasyat dengan bakal berlangsungnya pilihanraya ke 13.


Pencacai-pencacai Najib


Muhyiddin juga tahu bahawa orang-orang Najib sedang sibuk menjaga hal masing-masing. Mereka juga tahu bahawa kedudukan Najib amat lemah, dengan kelembapan ekonomi, ketidakstabilan politik dan parti pembangkang yang semakin popular saban hari. Tidak sukar untuk mempengaruhi mereka yang berada di atas pagar. Lebih-lebih lagi, Muhyiddin yang kurang skandal berbanding Najib dan telah membuktikan bahawa dia lebih berani.


Ramai yang berkata bahawa Muhyiddin telah terlambat. Namun, apa yang perlu dilakukannya adalah hanya berusaha dengan lebih gigih lagi dan fokus kepada cara untuk mendapatkan sokongan pemimpin akar umbi UMNO yang tidak senang akan Najib.


PM sememangnya terlalu sibuk untuk fokus pada apa-apa. Terlalu banyak jalan-jalan di luar negara dan aktiviti melancong yang telah dijadualkan. Memang ramai pemimpin UMNO yang tidak senang akan Najib. Jelaslah bahawa Najib sedang sibuk meletakkan orang-orangnya untuk menjadi calon di Johor dan bahagian lain untuk melumpuhkan kemaraan Muhyiddin.


Ramai yang berpendapat bahawa Mahathir sudah memberi lampu isyarat untuk Najib tapi tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk Najib. Dia telah berbuat begitu pada tahun 2008 tapi Najib gagal menunjukkan prestasi cemerlang. Ada kemungkinan Mahathir akan memilih orang lain pada tahun 2012, pada masa pemilihan parti dijalankan.


Pada usia 86 tahun, Mahathir masih bijak. Dia tidak akan menampakkan dirinya terlalu awal, tidak sehingga ia terlalu jelas bagi semua. Mahathir tidak boleh menyokong sesiapa saja. Dia perlu memastikan masa depan politik dan kewangan untuk anak-anak dan cucu-cucunya. Dalam erti kata lain, dia belum lagi membuat keputusan siapa hendak disokong untuk menjadi presiden UMNO yang seterusnya sehingga ia nampak dengan lebih jelas lagi.


Tanda lebih jelas


Dari Muhyiddin, buat masa ini, Mahathir mahu lihat lebih banyak bukti dan kesetiaan. Muhyiddin telah menunjukkan bahawa dia bebas melakukan apa saja dan ini menakutkan si autokratik Mahathir.


Najib hanya boleh diterima Mahathir semasa hayatnya. Mahathir boleh mengawal Najib yang sememangnya lembap.


Tapi, bila Mahathir sudah tiada Najib boleh jadi orang suruhan siapa saja. Apa akan berlaku pada anak cucu Mahathir? Isteri Najib, Rosmah Mansur, pasti tersenyum apabila membaca ini.


Selain daripada perang dingin antara si nombor 1 dan 2, ramai lagi pemimpin tertinggi UMNO yang sibuk merencanakan sesuatu untuk pemilihan parti pada tahun 2012, yang dijangka agak sengit.
~malaysiachronicle

Read more ...

40 bekas penyokong MCA Parit Buntar lawat Kelantan

PARIT BUNTAR, 13 Dis. : Seramai 40 orang peserta rombongan dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kawasan Parit Buntar menegaskan mereka tetap akan menyokong perjuangan di hadapan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mereka menyatakan demikian sempena lawatan rasmi mengunjungi Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan, di kediaman rasmi beliau, pada 27 November lepas.

Rombongan yang sebahagian besarnya terdiri dari kaum wanita serta bekas penyokong MCA diketuai AJK DHPP Parit Buntar, Ricky Tang.

Ricky dalam ucapannya memberitahu, masyarakat bukan Islam di negeri ini khususnya kaum Cina sering diberi bayangan buruk berhubung perjuangan PAS dengan tujuan menakutkan mereka.

“Bagaimanapun, semakin mereka ditakuti sokongan terhadap PAS semakin bertambah dari tahun ke tahun dan pihak lawan sudak tidak boleh berbuat apa berhubung ledakan sokongan ini,” ujarnya.

Sementara itu, Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu menyeru golongan terbabit meninjau perkembangan kehidupan masyarakat bukan Islam khususnya kaum Cina di negeri ini sejak 21 tahun lalu melalui golongan terbabit.

“Tuan-tuan boleh bertanya masyarakat Cina Kelantan, adakah saya selaku ketua kerajaan mengkhianati mereka sama ada dari segi ekonomi, agama, kebudayaan, sosial dan sebagainya?

“Tuan-tuan tidak boleh menerima bulat-bulat maklumat yang tidak tepat dari orang tertentu tanpa merujuk sendiri dari masyarakat bukan Islam di negeri ini,” ujarnya.

Tuan Guru turut melahirkan rasa bertuah serta terima kasih kerana sudi mengunjunginya, walaupun dalam keadaan kurang sihat, namun kerana rasa gembira untuk bertemu masyarakat terbabit, beliau gagahi juga.

Kerajaan Kelantan turut memberi penghargaan kepada DHPP Parit Buntar yang kerap membuat rombongan membawa orang-orang Cina melawat Kelantan.

Cenderahati penghargaan Kerajaan Negeri kepada DHPP Parit Buntar telah disampaikan sendiri Tuan Guru kepada Ricky Tan yang mewakili DHPP Parit Buntar.

DHPP Parit Buntar juga menyampaikan cenderahati kepada Tuan Guru Nik Aziz.


Tuan Guru Nik Aziz menerima cenderahati daripada Ricky

Read more ...