Wednesday, January 9, 2013

TERKINI!!! Pengurusan Stadium Merdeka membenarkan penggunaan stadium itu untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat

KUALA LUMPUR: Maklumat tidak rasmi diterima Harakahdaily sebentar tadi memaklumkan pihak pengurusan Stadium Merdeka membenarkan penggunaan stadium itu untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari ini.

Jawatankuasa HKR ketika ini difahamkan sedang mengadakan perbincangan di Pejabat Agung PAS di sini.

Satu kenyataan rasmi oleh jawatankuasa itu akan dibuat pada sidang media khas sejurus pertemuan itu sebentar nanti.

Read more ...

Tuesday, January 8, 2013

ARAHAN MAHKAMAH!!! Keahlian Isa Samad dibuang dari Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF)


KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Zaleha Yusuf hari ini memutuskan bahawa Panel Pertikaian Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) tersilap apabila mengekalkan keahlian Tan Sri Isa Samad di dalam Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF).

Justeru itu, beliau telah membenarkan permohonan semakan kehakiman yang dibuat oleh lima  orang peneroka Felda Jengka, Pahang bagi mencabar keputusan SKM tersebut.

Pada pendengaran pagi tadi, Zaleha bersetuju dengan hujah peguam para peneroka dan memerintahkan perintah deklarasi bahawa keputusan SKM adalah tidak sah dan terbatal.

Read more ...

LAYANAN 5 BINTANG!!! Perkembangan baru polis yang dipuji


MACHANG: Pakatan Rakyat menyifatkan ada perkembangan baru dalam politik negara apabila pegawai tertinggi polis bersedia mengadakan pertemuan dengan penganjur perhimpunan 12 Januari ini.

Pada pertemuan yang diadakan di Bukit Aman semalam pasukan polis diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan turut disertai pegawai-pegawai kanan lain.

Manakala Pakatan Rakyat diketuai Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, suasana layanan yang disifatkan lima bintang jarang berlaku sebelum ini.

Read more ...

TAWARAN RM 1000!!! Sesiapa yang dapat kesan Blogger UMNO pisau.net yang sedang bersembunyi

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjiNLXdDfdFQXzb_4w2wKLqI17EPhC7BvfRh9k7mPUOZfDc3nzRiZjv8cnKfEQqQHgHGm1Mcmfq3xho7Q2lSyrDohhdnU17eXI9HuAVBiQ5k3EAlvMTYtYXYQidNbcR3yoYyOQiVseMRZj7/s220/umno+m%27sia.gif 

IPOH -  Kepimpinan DAP menawarkan RM1,000 kepada mana-mana individu yang dapat memberi maklumat untuk mengesan pengendali laman blog pisau.net.

Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming berkata, pihaknya kini sedang menjejaki pengendali blog berkenaan bagi menyerahkan writ saman berhubung artikel yang dikeluarkan laman blog berkenaan.

"Orang yang fitnah berdosa besar. Perbuatan baling batu sembunyi tangan merupakan perbuatan yang keji dan bersifat pengecut.
 

Read more ...

TAKTIK KOTOR!!! 5,000 pengundi Umno dipindah ke Lembah Pantai

KUALA LUMPUR 9 Jan: Sekurang-kurangnya 5,000 ahli Umno yang merupakan pengundi Wilayah Persekutuan dipindah ke Parlimen Lembah Pantai dipercayai untuk bantu kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).

Mendedahkan demikian, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, taktik kotor itu dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bersekongkol dengan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin yang berminat untuk bertanding.

“Pertembungan kali ini paling sengit kerana semua ahli Umno Wilayah Persekutuan dipindah ke Lembah Pantai. Sengaja dilancar bagi memenangkan calon Umno BN itu.

Read more ...

KALIMAH ALLAH!!! Milik seluruh umat manusia - Dr Yusuf Al-Qardhawi



Artikel ini diambil berdasarkan teks khutbah Jumaat Dr Yusuf Al-Qardhawi pada 22 Januari 2010 yang lalu di Masjid Umar bin Al-Khattab di Doha, ibu negara Qatar. 

Anda boleh melihat kenyataan penuh beliau melalui laman web rasmi Dr Yusof Al-Qardhawi dan juga saya perolehi terjemahan beliau melalui laman web saudara Ridzuan Abdul Aziz. Syukran diatas perkongsian.

Ianya merupakan penjelasan yang ringkas dan padat dalam usaha untuk memahamkan orang Malaysia keseluruhannya berkaitan dengan keadaan dan situasi sebenar menurut kaca mata Islam berkenaan dengan isu penggunaan kalimah Allah. 


Apa yang dinyatakan oleh beliau terdapat beberapa perkara yang boleh disimpulkan bagi menutup isu ini yang kian berlarutan di Malaysia.

Read more ...

PENCACAI UMNO MENGAMUK!!! Bukan pasal tak dapat komen, tapi BTN dah jadi Biro Tendang Najib




Heboh diperkata dalam  Blog Pro -BN


Semalam aku pick up isu BTN ini dari blogger Jawa Bernam dan facebooker Apa Sengeh Sengeh tanpa mahu turut mengulas dan cuma meminta sedikit pencerahan.
Hari ini dua lagi bloggers turut mengenegahkan isu yang sama dan dua bloggers ini bukan calang calang blogger kerana mereka adalah dari kumpulan blogger TERSOHOR dan punya nama besar di blogsphera.

Read more ...

UMNO PUNYA TAMAK!!! 'Wang Darah' RM 207 bilion hilang ke mana?


PC PR 1PETALING JAYA, 8 JAN: Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menubuhkan satu suruhanjaya bebas bagi menyiasat kes berhubung pampasan ‘Wang Darah’  berjumlah RM207 bilion daripada kerajaan Jepun kepada rakyat Malaysia.

Wang berkenaan diberikan sebagai pampasan kepada rakyat negara ini  yang terlibat di dalam pembinaan landasan maut sepanjang 415km daripada Siam ke Burma ketika perang dunia kedua 1942-1946.

Menurut Anwar, beliau sekali lagi menegaskan sekali lagi bahawa kewangan tersebut tidak diagihkan kepada Perbendaharaan Negara ketika beliau masih bertanggungjawab sebagai Menteri Kewangan.

Read more ...

DEEPAK BUAT HAL LAGI!!! Dah jual nak beli semula

KUALA LUMPUR, 8 Jan - Ahli perniagaan Deepak Jaikishan menawarkan diri untuk membeli semula Astacanggih Sdn Bhd dari Boustead Holding Berhad, pembelian yang dikaitkan dengan pertukaran tanah kepada projek kontroversi Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas).

Ahli perniagaan kontroversi itu enggan memberi sebarang komen terhadap penjualan syarikat tersebut tetapi mengatakan beliau mahu membeli kembali Astacanggih. "Saya mahu membeli kembali saham dari Boustead," kata Deepak kepada wartawan di sini hari ini.

Read more ...

Monday, January 7, 2013

MAKLUMAT BOCOR!!! Isteri tokey balak bakal calon UMNO Dun Changkat Jering

Dari sumber yang digali,dikorek dan ditemui menyenaraikan 2 nama bakal calon UMNO untuk DUN Changkat Jering. 


Mereka ialah Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Gantang,Cik Jamilah Binti Zakaria dan Setiausaha UMNO Bahagian Bukit Gantang, Jama'ei Idris telah disenaraicalon oleh pimpinan UMNO Pusat bagi bakal calon DUN Changkat Jering dalam PRU13 nanti.


Read more ...

KALAU IKUT UMNO!!! Lagu Negeri ada kalimah Allah tidak boleh dinyanyikan orang bukan Islam ?

Mantan Mufti Perlis Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin melontarkan satu persoalan yang mencuit minda dan mengoncang jiwa untuk dirungkai secara realiti tetapi berhemah dan berilmiah.

Read more ...

KASIHAN FATHUL BARI!!! Letak nama penceramah UMNO orang tak mari, letak nama penceramah bebas pun orang tak mari


Ini bukan kisah dongeng atau direka-reka....Tetapi cerita bergambar sebagai bukti nyata.

"Ulama" Muda UMNO yang paling tersohor seantaro dunia, Ustaz Fathul Bari bin Hj Mat Jahya kini dilihat seolah-olah berasa malu namanya dikaitkan dengan UMNO.

Ini jelas dengan sebidang kain rentang dalam Ceramah ISLAM ISU & CABARAN SEMASA KEMANA SELEPAS PRU 13......Pada 4hb Januari 2013 yang lalu di Perkarangan SK Assam Jawa.... Beliau dihebohkan sebagai penceramah muda "BEBAS" dan bukannya "ULAMA" MUDA UMNO.

Read more ...

MAI TENGOK!!! Pelawak veteran popular era 90an yang bersama Pakatan Rakyat


Artis yang dimaksudkan bersama Pakatan Rakyat ialah Ahmad Busu merupakan seorang pelawak dan pelakon di Malaysia yang cukup popular di era 1990an.

Ahmad Busu atau polular juga dengan watak Mat Deris ini berasal dari  kampung Temelok Trong Perak (Parlimen Bukit Gantang).


Popularitinya memuncak ketika beliau muncul serentak dalam 3 buah sitkom popular iaitu Pi Mai Pi Mai Tang Tu (PMPMTT), 2+1 dan Camni Camtu.

Read more ...

PARIT BUNTAR!!! 30 pelajar terima uniform lengkap sekolah

PARIT BUNTAR : Seramai 30 orang anak yatim dan miskin mendapat perhatian Pas Kawasan Parit Buntar untuk membantu mereka menyediakan pakaian serta beg sekolah sempena pembukaan sesi persekolahan tahun 2013. 
 

Penyelaras program, Hamdan Fadel Ahmad berkata, Program ‘Kembali Ke Sekolah’ merupakan program tahunan Pas Kawasan Parit Buntar bagi membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan membuat persediaan untuk kembali ke sekolah.
“ Pas Kawasan Parit Buntar dengan kerjasama pihak korporat akan membantu pelajar-pelajar yang terpilih untuk menyediakan kelengkapan persekolahan sebelum bermulanya sessi persekolahan 2013.
“Program ini memfokuskan kepada anak-anak yatim miskin dan anak-anak golongan fakir miskin di Parit Buntar.

Read more ...

PARIT BUNTAR!!! PAS Parit Buntar sambut baik penganjuran forum perdana ambang tahun baru


PARIT BUNTAR : Pas Kawasan Parit Buntar menyambut baik penganjuran forum perdana ambang tahun baru yang dianjurkan Yayasan PAKSI cawangan Parit Buntar dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Parit Buntar. 
 

Ketua Penerangan Pas Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khalid berkata, umat Islam kini sudah sedar untuk menyambut tahun baru dengan tidak melanggar batas agama. 


“ Pada mulanya, umat Islam khususnya di negara kita menyambutnya dengan mengikut kebiasaan dunia iaitu dengan berkumpul beramai-ramai, menonton konsert nyanyian dan tarian beberapa jam sebelum detik 12 malam 1 Januari.

Read more ...