Akhirnya, segala analisis dan pengalaman Datuk Kapten Nik Huzlan Nik
Hussain membawa kita kepada kunci jawapan terhadap misteri kehilangan
MH370 yang sudah menghampiri sebulan lamanya. Sama ada kita suka atau
tidak - beliau telah bercakap benar dan jujur, sekali gus melenyapkan
seluruh teori berkenaan dakwaan bahawa pesawat MH370 mengalami masalah
teknikal atau kerosakan.
Pada peringkat awal kehilangan MH370 - dengan segala data dan bukti yang ada dalam tempoh seminggu sejak peristiwa kehilangan pesawat ini berlaku, Datuk Kapten Nik Huzlan telah membuat beberapa kesimpulan yang lain daripada pakar-pakar penerbangan paparkan.

Beliau seolah-olah lebih
cederung mengaitkan kehilangan MH370 dengan perbuatan "yang tidak
bertanggungjawab" yang dilakukan secara sangat rapi dan terancang.
Antara kesimpulan awal Datuk Kapten Nik Huzlan adalah seperti berikut :
1)Mustahil sebenarnya untuk sebuah kapal terbang seperti MH370 terputus isyarat atau komunikasi kerana setiap pesawat ada 3 peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini memang berkualiti.
2)Selaian daripada itu, agak mustahil juga untuk kita semua mengatakan pesawat MH370 mengalami total ‘electrical shutdown’ dan sekiranya berlaku sekalipun, pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat pendaratan kecemasan. Bukan sahaja itu, setiap pesawat mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat.