Presidennya Mohd Yusuf Harun berkata parti itu akan bermesyuarat di Kuala Lumpur esok bagi menentukan calon yang akan bertanding pada PRK.
"Kita akan umum dan perkenalkan calon pada Majlis Pengenalan Calon Parti Berjasa bagi PRK Teluk Intan dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata parti itu yang selama ini menjadi pemerhati pasif kepada senario politik semasa, mengambil keputusan untuk menyertai gelanggang politik secara aktif, proaktif dan inovatif.


Semalam Najib Razak menyatakan meskipun MCA memutuskan tidak tidak mahu
meletakkan calonnya dalam pilihanraya kecil Bukit Gelugor, tetapi BN
tidak akan memberi laluan mudah kepada DAP yang meletakkan anak Karpal
Singh, Ramkarpal dalam pilihanraya itu.

