Thursday, March 18, 2010

Kerajaan Kelantan tidak abaikan kaum minoriti

CHERANG RUKU , 18 Mac : Kaum minoriti turut mendapat pelbagai bentuk bantuan daripada Kerajaan Negeri sama seperti yang dinikmati kaum Melayu di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, bantuan disediakan kepada siapa saja yang layak tanpa mengira kaum.

Katanya, sejak memerintah Kelantan 20 tahun lalu, Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan kaum minoriti.

“Sama ada bantuan untuk pesakit kronik, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal atau Skim Kifalah, kaum Siam turut mendapat manfaat daripadanya,” katanya selepas menyampaikan bantuan kepada 45 OKU termasuk 27 pelatih Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Semerak.

Pada majlis penyamp:aian itu, pelatih PDK, Nu Criem Ea Jum, 14, dari Kampung Ketik Buloh turut menerima sumbangan.

Ibunya, Keing Mel, 41, berkata, dia mengucapkan terima kasih kepada ADUN Semerak yang sering membantu warga Siam.

Menurutnya, bantuan yang sering diterima membolehkan dia menguruskan anaknya, Nu Criem menjalani kehidupan dengan lebih baik.

“ADUN di sini berkhidmat dengan baik untuk masyarakat sehingga kami daripada kaum Siam juga mendapat banyak bantuan selain hubungan muhibah antara kaum yang sentiasa ditingkatkan,” katanya.

Nu Criem bukan sahaja menerima elaun RM450 untuk tiga bulan sebagai pelatih PDK, malah turut menerima cek bantuan OKU daripada Kerajaan Negeri berjumlah RM400.SH

No comments: