Thursday, March 18, 2010

Rakyat boleh nilai agenda politik wakil rakyat lompat

KAMPUNG RAJA UDA , 18 Mac : Mana-mana pihak yang menerima wakil rakyat yang keluar parti boleh diumpamakan sebagai tempat pembuangan sampah dan tidak wajar mendapat tempat dalam masyarakat.

Ketua Pemuda Pas Kawasan Klang, Ahmad Nazri Mohd Nawi berkata, penerimaan wakil rakyat yang keluar parti itu memperlihatkan agenda jahat yang boleh dinilai oleh rakyat yang semakin matang dalam hal berkai- tan politik.

Menurutnya, sepanjang dua tahun pemerintahan Pakatan Rakyat (PR), tinda- kan keluar parti oleh sesetengah pemimpin adalah cabaran terbesar yang perlu dilalui, namun yakin, dengan komponen itu dalam menangani situasi berkenaan.

“Adat berpolitik, kawan ketika senang tidak terkira ramainya, namun apabila tiba waktu getir begini, tindakan tidak bermoral (keluar parti) diambil oleh mereka yang inginkan kepentingan diri melebihi berbakti kepada parti dan rakyat.

“Saya yakin, kelompok ini tidak mampu bertahan lama kerana rakyat pasti tidak akan memaafkan apa yang mereka lakukan itu” katanya.

Ahmad Nazri berkata, Barisan Nasional (BN) termasuk UMNO tidak layak untuk menyalahkan PR dalam pentadbiran sehingga terdapat wakil rakyat daripada komponen bertindak keluar parti kerana mereka (BN) mempunyai lebih masalah dahsyat.

“Mereka (BN) perlu melihat terlebih dahulu diri sendiri kerana PR kini dalam keadaan yang cukup yakin untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

:“Sokongan rakyat kian bertambah dan mereka mulai muak dengan taktik kotor sesetengah pihak yang sanggup membelakangi kepercayaan rakyat demi mencapai kepentingan politik ma- sing-masing,” katanya.SH

No comments: