Wednesday, July 21, 2010

Tak perlu bincang


IPOH, 21 Julai : PAS Perak tidak perlu mengadakan sebarang perbincangan dengan mana-mana pihak termasuk UMNO berhubung kerjasama-dua parti, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS II, Dr Khairuddin Abd Malik.

Menurutnya, segala keputusan yang dibuat perlu melalui perbincangan padaMuktamar PAS dan ia tidak boleh dibuat secara individu.

“Ahli Pas termasuk pemimpin tertinggi juga tidak boleh membuat keputusan kerana kita berpegang teguh pada pendirian ‘Syura Didahulukan, Taqwa Diutamakan’,” katanya pada sidang media di Pejabat PAS Perak di sini, semalam.

Kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bahawa PAS mesti ikhlas dalam isu mewujudkan perpaduan turut disangkal malah beliau meletakkan Zambry sebagai tidak layak menyuarakannya.

“Siapa dia (Zambry) yang boleh menentukan sama ada PAS ikhlas atau tidak. Adakah dia mempunyai kuasa ghaib yang boleh membaca hati manusia lain,” katanya.

Beliau berkata, bagi PAS Perak, perpaduan bukan sesuatu yang boleh dipaksa namun ia wujud bila ada kesatuan pada masa akan datang.

“Mufti seharusnya menasihati pemimpin UMNO melakukan perubahan ke arah mematuhi syariat Islam dalam semua urusan pentadbiran negeri Perak berbanding perkara lain,” katanya.

Menurutnya, tidak ada mana-mana ahli dalam PAS Perak bertemu Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria secara rasmi bagi membincangkan isu perpaduan itu.

“Kami tidak pernah mengarahkan atau membenarkan sesiapa dalam kalangan PAS berjumpa dengannya melainkan perjumpaan secara kebetulan di majlis keramaian,” katanya.SH

No comments: