Thursday, December 9, 2010

Dah perangai Umno bersorak kot jauh, berdebat tak berani


























SHAH ALAM, 9 Dis. : Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Luar Bandar Selangor Dr Yaakob Sapari kesal dengan sikap ahli Umno Selangor membawa juru sorak yang mengganggu ketika beliau sedang berucap.

Majlis persidangan Penghulu dan Penggawa Semenanjung Malaysia yang diadakan di Dewan Politeknik Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, Shah Alam hari ini, turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tercemar dengan insiden ahli-ahli Umno yang menggangu suasana majlis.

Turut hadir Datuk Sri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Dalam ucapan Dr Yaakob Sapari yang mewakili Datuk Menteri Besar Selangor, beliau menekankan gesaan agar rakyat Selangor menjadi bangsa bermaruah dan bertakwa berbanding menjadi bangsa yang menggagungkan Ketuanan Melayu.

Ujar beliau, orang yang mulia di sisi Allah adalah orang yang bertaqwa, dan orang yang bertaqwa adalah mereka yang bermaruah tinggi.

“Penguasa yang bermaruah akan disanjung, pentadbiran yang bermaruah akan dihormati dan rakyat yang bermaruah akan dipandang mulia,” tambah Dr Yaakob sewaktu menyampaikan ucapan kepada para hadirin yang hadir.

Namun, tindakan ahli-ahli Umno dan Jawatnkuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) yang bersorak sambil mengganggu ucapan tersebut dilihat sebagai tidak beradab dan bermaruah. Hal ini begitu kontradiksi dengan semangat Ketuanan Melayu yang dilaungkan oleh Umno yang dilihat sebagai satu slogan retorik.

Pihak pengajur berasa begitu kecewa atas tindakan biadap pimpinan Umno. Pihak penganjur juga menggesa agar mereka yang terlibat tampil memohon maaf atas kelakuan buruk mereka.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

No comments: