Thursday, December 9, 2010

Umno dah lemah, cetus polemik ketuanan Melayu



















SHAH ALAM, 9 Dis. : Isu 'Ketuanan Melayu' telah dipolemikkan dengan begitu dahsyat sekali setelah Umno gagal menjaga hak dan kepentingan orang Melayu walaupun negara sudah 53 tahun mencapai kemerdekaan.

Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika dihubungi TV Selangor berkata banyak perkara yang dilakukan oleh pemimpin Umno telah menunjukkan orang Melayu jauh ketinggalan kebelakangan daripada bangsa-bangsa yang lain maka hari ini peranannya dipertikaikan.

"Saya ingin tegaskan, PKR dan Pakatan Rakyat tidak menolak institusi Raja-Raja Melayu yang mana peranannya sebagai raja berpelembagaan seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

"Ini selaras dengan permuafakatan bersama yang telah ditandatangani oleh ketiga-tiga pemimpin parti iaitu Lim Kit Siang (DAP), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR),"katanya.

Ujarnya, ketiga-ketiga pemimpin utama di dalam PR telah bermuafakat yang mana mereka telah menandatangani satu perfahaman atau piagam bersama bagi menjaga hal-hal yang berkaitan dengan Hak Keistimewaan Orang Melayu di bawah Artikel 152 dan juga institusi raja-raja Melayu yang dipertahankan di negeri-negeri serta di peringkat persekutuan.

"Pada saya, tidak timbul soal memperlekehkan kedudukan raja-raja Melayu. Kita perlu ingat dan rakyat juga perlu memahami bahawa sebenarnya, yang bersungguh-sungguh cuba menghapuskan kekebalan dan imuniti Raja-Raja Melayu adalah pada zaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kononnya, ingin mempertahankan Melayu tetapi merekalah yang daripada awal dan secara konsisten menyerang institusi tersebut dengan pelbagai alasan.

"Kalau tidak percaya...kita minta mereka rujuk hansard Parlimen pada tahun 1993 di mana isu kekebalan dan imuniti raja-raja dibahaskan dan pemimpin Umno pada ketika itu dengan lantang mengkritik Raja-Raja Melayu secara terbuka," ujarnya.

Justeru, Shamsul dalam nada yang kesal berkata tindakan pemimpin Umno itu telah memberikan imej buruk terhadap institusi itu di kaca mata masyarakat majmuk yang terdiri daripada bangsa Cina, India dan pelbagai lagi kaum yang lain.

Tambah beliau, semenjak PKR, PAS dan DAP ditubuhkan, tidak pernah sekali PR membahaskan dengan tujuan menghina atau mengkritik institusi raja-raja Melayu.

Shamsul mengulas isu tersebut, selepas media pro Umno berkali-kali mengeluarkan artikel ucapan Raja-Raja Melayu berhubung isu ketuanan Melayu.

Semalam, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam titahnya, ketuanan Melayu merujuk kepada kedaulatan di negeri Melayu dengan kedudukan Raja sebagai puncak kerajaan negeri Melayu.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

No comments: