Sunday, December 12, 2010

Konvensyen untuk perkasa Pakatan Rakyat






















GOMBAK ,12 Dis. : Isu negara Islam yang menjadi polimik bagi memecahkan Pakatan Rakyat diminta jangan dibangkitkan lagi oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini.

Beliau yang ditemui selepas mesyuarat jawatankuasa kerja pusat bulanan PAS di Taman Melewar meminta semua pihak supaya tidak lagi membangkitkan isu negara Islam yang selama ini menjadi pegangan parti Islam itu sekiranya menguasai pentadbiran kerajaan pusat.

“Benda ini (negara Islam) sudah tidak ada isu, tak usah nak bangkitkan lagi isu ini.

“Tak usah nak bangkitkan lagi,” kata.

Sebelum ini, Mustafa mengarahkan kesemua pemimpin PAS agar tidak menyentuh berkenaan,

Ia dipercayai berkaitan dengan dasar negara Islam dan jawatan timbalan perdana menteri dipegang bukan Melayu sehingga parti itu mengambil satu pendirian hari ini.

Pada mesyuarat bulanan PAS kali ini, Mustafa memaklumkan ia adalah untuk membincangkan mengenai Konvensyen Pakatan Rakyat yang akan diadakan minggu depan di Pulau Pinang.

Tambahnya, ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat tidak akan membentangkan kertas kerja masing-masing, sebaliknya hanya akan membentangkan kertas kerja Pakatan Rakyat.

“Kita hanya ada satu kertas kerja bersama iaitu kertas Pakatan Rakyat yang diluluskan bersama.

“Kita tidak ada kertas sendiri, ini adalah kertas Pakatan Rakyat. Bukan kertas PKR, PAS dan DAP.

“Hanya kertas ini sahaja yang akan dibentangkan dan dibahaskan ketika konvensyen minggu depan,” katanya.

Sebelum ini, dalam satu mesyuarat Pakatan Rakyat semalam Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam konvesyen di Pulau Pinang Ahad ini tidak akan membincangkan isu-isu sensitif termasuk soal negara Islam.

No comments: