Sunday, December 12, 2010

Zaman BN pentingkan kroni tak selesai, Zaman PR pentingkan rakyat boleh dapat geran

Penduduk Taman Mawar Lega Dapat Geran Hakmilik








AMPANG, 12 Dis. : Seramai 329 pemilik unit rumah Taman Mawar, Ampang menarik nafas lega apabila kerajaan Selangor hari ini menyerahkan geran hakmilik kepada mereka setelah menanti selama 26 tahun.

Disifatkan sebagai hadiah tahun baru, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad berpendirian untuk tidak membebankan rakyat dengan kegagalan pemaju Musytari Development Sdn Bhd yang diisytiharkan bankrap pada tahun 1996.

"Jadi bermakna kita telah menurunkan cukai tersebut kepada seringgit sahaja. Jadi mereka tidak perlu bayar. Dari segi premium kita bagi nominal yang paling rendah kepada mereka. Setakat ini mereka perlu bayar RM682.50 untuk kediaman dan untuk perniagaan RM723.50.

"Dari segi premium kita hilang hasil pun tidak apa tapi yang penting penduduk mendapat tanah ataupun hak milik mereka," ujar beliau di Majlis Penyerahan Hakmilik Penduduk Taman Mawar, Ampang.

Sebanyak 143 unit rumah murah, 90 unit rumah teres dua tingkat, 71 unit rumah link dua tingkat dan 25 unit perniagaan telah siap dibina dan diserahkan kepada pembeli pada tahun 1984.

Namun kegagalan Syarikat Musytari Development Sdn Bhd membayar premium sebanyak RM317,508.50 dan hutang cukai berjumlah RM40,152.50 sebelum ini mengakibatkan geran hakmilik tidak dapat dikeluarkan kepada pemilik.

Iskandar yang juga ADUN Chempaka berkata kerjasama daripada Pejabat Tanah Hulu Langat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Selangor menubuhkan jawatankuasa bertindak memudahkan urusan pemilikan geran hakmilik penduduk.

Sebelum ini Pejabat Tanah Hulu Langat mencadangkan pertimbangan pengecualian sepenuhnya atas semua pembayaran tunggakan cukai tanah dan bayaran denda lewat selain akan mengenakan bayaran cukai tanah semasa kepada pembeli melalui Notis 5A.

Menurut Iskandar lagi, masih terdapat 5 permasalah yang sama di sekitar Selangor dan beliau yakin kerajaan Selangor sedang berusaha keras untuk menyelesaikan masalah tersebut tanpa membebankan rakyat.

Program yang berlangsung di Galeri Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pagi tadi mendapat reaksi positif masyarakat justeru menyatakan sokongan terhadap usaha kerajaan Selangor membantu rakyat di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembancian Hakmilik Taman Mewah, Abdul Hanif Mohamad yang ditemubual Tv Selangor berkata, kegagalan kerajaan Barisan Nasional terdahulu mencari jalan keluar isu hakmilik geran mengakibatkan pemilik terpaksa menunggu hampir tiga abad untuk memperoleh pengiktirafan aset yang dimiliki mereka.

Justeru ujar beliau, usaha jawatankuasa mendapatkan 63 peratus responden pemilik unit Taman Mewar berjaya membantu kerajaan Selangor mempercepatkan proses kelulusan hakmilik selain menyifatkan kerajaan bertindak rasional dengan tidak mengenakan bayaran premium yang akan membebankan penduduk.

"Jadi selepas pilihanraya bulan Mei 2008, saya rasa terpaksa menyusuli dengan kerajaan baru dengan menulis surat kepada pejabat Menteri Besar. Nampaknya usaha mereka berterusan dan akhirnya hari ini berhasil.

"Sesungguh pun mereka (kerajaan Selangor) baru mengambil alih tapi mereka memberikan respon dengan cepat dan oleh sebab itu saya yakin perkara ini akan selesai,"katanya

No comments: