Tuesday, December 7, 2010

Lepas ni tak boleh kutip derma dah














KUALA LUMPUR , 7 Dis. : Tindakan Kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) yang sedang mengkaji untuk memperkenalkan garis panduan melarang individu mengutip wang bagi membiayai aktiviti politik bercanggah dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala itu merupakan usaha terdesak pemimpin Umno-BN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Ia merupakan satu ugutan terbaru pemimpin Umno-BN terhadap parti pembangkang yang mana hak berparti dijamin di bawah perlembagaan persekutuan.

"Rakyat Malaysia sepatutnya bebas untuk memilih dan terlibat dalam mana-mana parti politik yang ditubuhkan di bawah undang-undang pertubuhan.

"Kalau tidak, apa gunanya berparti kalau tidak mendapat kelulusan mencari dana untuk sesebuah parti sedangkan di negara-negara maju yang mengamalkan demokrasi seperti Jerman, kerajaannya memberikan peruntukan dana untuk parti yang bertanding bagi melakukan gerak kerja parti," ujarnya ketika dihubungi TVSelangor.

Dalam pada itu, beliau turut tidak menyangkal ia merupakan taktik terbaru Umno-BN bagi menghadapi Pakatan Rakyat dalam PRU akan datang.

Justeru, Shamsul menyeru supaya rakyat berfikir secara terbuka dan membuka mata dengan kenyataan Menteri tersebut yang jelas bertentangan dengan negara yang kononnya mengamalkan prinsip demokrasi mengikut perlembagaan negara.

Sementara itu, Idris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) berkata semua kutipan dana pada masa depan hanya boleh dilakukan oleh parti politik dan bukannya atas kapasiti peribadi individu.

Menurut beliau, langkah untuk membanteras perbuatan rasuah di negara ini akan mengambil masa yang panjang berikutan terdapat sebilangan penduduk yang telah menerima perbuatan itu sebagai adat budaya di Malaysia.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

No comments: