Tuesday, December 7, 2010

'pop.. pop.. pop.. pop' bunyi tembakan













SHAH ALAM 8 Dis. : Saksi utama kes Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis April lalu menjelaskan kepada mahkamah hari ini bahawa kedudukan terakhir Aminulrasyid berlainan dengan apa yang dirakamkan oleh polis forensik.

Azamuddin Omar, 15 tahun merupakan kawan karib arwah yang berada di dalam kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid pada malam Aminulrasyid ditembak mati polis.

"Dia berbaring atas kerusi saya, kerusi penumpang depan kiri dan kakinya masih berada di pedal kereta," jelas beliau.

Kenyataan Azamuddin jelas bercanggah dengan apa yang diberitahu oleh saksi pendakwaraya, penyiasat tempat kejadian, Inspektor Mazli Jusoh sebelum ini yang mengatakan bahawa kedudukan terakhir Aminulrasyid adalah berlutut di luar pintu pemandu kereta dengan mukanya tercekup pada kerusi pemandu.

Beliau juga menafikan adanya parang di dalam kereta tersebut dan menyatakan tidak pernah melihat parang yang didakwa oleh polis ditemui di bawah kerusi pemandu kereta tersebut.

Kenyataan Azamuddin jelas bercanggah dengan laporan Mazli yang mengatakan Mazli telah menjumpai parang tersebut di dalam kereta tersebut.

Azamuddin juga memberitahu mahkamah hari ini bahawa 12 das tembakan yang dilepaskan ke arah kereta yang mereka naiki dipelaskan dalam jangkamasa 12 saat.

"Tembakan dilepaskan satu persatu, setiap tembakan dengan bunyi kuat, seperti 'pop.. pop.. pop.. pop," jelas beliau.

Menurut beliau lagi, polis masih melepaskan tembakan walaupun selepas tembakan mereka mengenai Aminulrasyid, dan selepas kereta mereka terlanggar tembok dan berhenti, beberapa anggota telah menyerangnya dengan menendang kepala dan badannya.

Walaubagaimanapun, beliau menyatakan beliau berjaya melarikan diri dan terus kembali ke rumahnya.

Azamuddin memberitahu mahkamah, beliau tidak dapat mengecam anggota yang menyerangnya dan hanya dapat mengagak bilangan mereka dengan membezakan suara anggota-anggota berkenaan.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

No comments: