Tuesday, December 7, 2010

Potong subsidi rakyat, kayakan kroni Umno

















KAJANG, 7 Dis. : Rakyat digesa untuk lebih berhati-hati dengan janji gula-gula daripada kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) yang akhirnya beracun dan merugikan rakyat, buktinya subsidi ditarik secara tiba-tiba, ujar Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin berkata demikian ekoran pemotongan subsidi kerajaan menyebabkan harga barang naik secara tiba-tiba tanpa pengumuman awal sekaligus menghimpit ekonomi rakyat.

Kesan daripada rasionalisasi subsidi Kerajaan apabila harga bagi petrol RON95, diesel, gas asli cecair (LPG) naik 0.05 sen dan kenaikan 0.20 sen bagi gula.

Saifuddin dalam ucapannya pada Program Makan Malam Rakyat Marhaen di Stadium Kajang semalam memberitahu subsidi RM126 juta yang ditarik oleh kerajaan atas alasan ingin berjimat sebenarnya satu usaha yang sia-sia kerana dana tersebut digunakan untuk projek yang membazirkan wang rakyat.

"Banyak ke tidak RM126 juta ini, untuk rakyat 26 juta di negara kita, harga gula naik kerana Najib nak berjimat hanya untuk dua projek sahaja dibawah Jabatan Perdana Menteri, baik pulih rumah Perdana Menteri di Sri Perdana dengan kos RM65 juta," katanya.

Tambahnya lagi, perbelanjaan kerajaan Umno yang membazir ini jelas berbeza dengan dasar Pakatan Rakyat yang mana menekankan dasar berjimat cermat dan berbelanja hanya pada keperluan.

"Kenapa mesti berbelanja melampau tetapi subsidi rakyat bawahan ditarik, pemimpin apa macam ini dan bagaimana mereka lena tidur ditengah kesengsaraan rakyat," ujarnya.

Lebih menyedihkan projek pembinaan kawasan perkuburan untuk golongan VVIP dikawasan hijau Tugu Negara menjangkau RM70 juta turut akan dilakukan sedangkan subsidi untuk rakyat ditarik begitu sahaja.

"250 lubang kubur untuk VVIP muslim dan 250 untuk VVIP bukan muslim RM70 juta jika dicampur dengan RM65 juta jumlahnya RM135 juta untuk dua projek," katanya yang juga Ahli Parlimen Machang.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

No comments: