Tuesday, December 7, 2010

Songkok Tiga Jengkal Umno tak boleh tutup kemarahan rakyat



ORANG PERAK


Terima kasih diucapkan kepada Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin atas tulisan beliau bertajuk Iktikad ‘Ketuanan Melayu’ Menyanggahi Islam. Harap Melayu faham apa yang ditulis beliau. Heboh fasal isu ketuanan, tapi kuasa ekonomi dikuasai bangsa lain. Sampai harga gula pun tidak boleh di kawal. - TOK JANGGUT

Kenapa perlu bangunan warisan 100 tingkat. Mengapa tidak peruntukan ini digunakan untuk membina rumah kos rendah bagi rakyat kurang mampu. Kami pemuda negara bukan sahaja dibebani kos sara hidup tinggi malah hutang PTPTN tidak mampu bayar. Gaji masih ditakuk lama, apatah lagi hendak membeli rumah yang takut melihat harganya. Penarikan subsidi barang keperluan baru-baru ini bakal menyebabkan kenaikan harga barangan lain. Kepada kerajaan 1 Malaysia, dengarilah keluhan rakyat marhaen dan kepada rakyat Malaysia gunakan kuasa mengundi anda pada PRU 13 nanti untuk memilih kerajaan yang betul-betul mendahulukan rakyat dan pencapaian diutamakan. - DR KALA JENKING

Rakyat Didahulukan pencapaian diutamakan, harga gula dan minyak juga dinaikkan. Wahai pembaca yang budiman apalah yang ada pada setiap slogan yang dicipta jika tidak dilaksanakan. Wahai pemimpin kami rakyat yang berpendapatan rendah apabila mendengar perkataan harga barang akan dinaikkan, kami akan merasa kecut perut kerana pendapatan kami hanyalah sekadar cukup makan. Diharap janganlah ditambahkan beban yang sekian lama kami tanggung. Kenapakah pendapatan kami masih tidak dinaikkan? Bagi golongan orang yang berada akan berkata, eh tak mengapa bukannya banyak harga barang dinaikkan, tetapi bagaimana dengan kami. - PAK UDA

Mutakhir ini kemalangan jalan raya semakin membimbangkan. Setiap hari akan ada berita menyayat hati terpapar akhbar. Jika keluarga kehilangan ahlinya negara juga akan kehilangan rakyatnya akibat kecelakaan itu. Walaupun sebagai orang Islam takdir itu adalah penentu segalanya, namun dengan akal fikiran yang diberikan Allah kepada kita, jalan penyelesaiannya pasti ada. Cetusan idea perbagai pihak di dalam menangani isu kemalangan jalan raya di samping isu-isu lain juga sama beratnya membebani permasalahan negara seperti pembuangan bayi, dadah, rasuah, along dan lambakkan anak-anak luar nikah seperti tiada kesudahan. Kenapa pihak pemerintah masih mendabik dada bahawa merekalah yang terbaik menjaga perihal rakyat jelata?
- PEMUDA SEMANGGOL

Kepada Dr Aziz Bari, tiada bezanya antara PM Cina yang menolak konsep negara Islam dan hudud dengan PM yang memerintah melebihi gaya raja purba yang zalim. Kami tak kisah PM bukan Melayu, tapi mesti Islam yang mahukan negara Islam dan menerima hudud.
- PAS SELAMANYA

Menarik sungguh dalam ucapan PM di konvensyen BN dengan menyelit falsafah Cina India dan menggunakan banyak bahasa seperti Mandarin, Tamil, Bidayuh, Orang Ulu, Kadazan, Dusun, Murut, Iban dan lain lain. Namun lebih baik dan menarik lagi kalau digunakan sepotong ayat al-Quran dan terjemahannya. Ada satu parti politik walaupun hadirinnya 100 bukan Islam dalam ucapan pemimpinnya diselitkan ayat-ayat Allah SWT yang sesuai untuk semua bangsa. - AZIZIM

Tarian cuti-cuti 1Malaysia yang menghimpun ribuan rakyat Malaysia menyertainya menunjukkan tahap hiburan yang keterlaluan. Tua, muda, lelaki dan perempuan tidak segan silu menari di tempat terbuka yang sangat bertentangan dengan adab sopan dan ajaran Islam. Sangat mendukacitakan apabila program yang berbentuk hiburan begitu ramai yang menyertainya berbanding program keagamaan yang kurang atau tiada mahu menyertainya. - 6019465xxxx


ORANG KEDAH, PERLIS, PENANG

Isu kenaikan harga barang kurang diperkatakan, sebaliknya isu mansuh ketuanan Melayu diperbahaskan. Ke mana hilangnya pahlawan-pahlawan yang membela nasib rakyat miskin? - Lik Lau

Syabas kepada penasihat undang-undang UMNO Datuk Mohd Hafarizam Harun kerana menyarankan ISA digunakan ke atas Datin Seri Dr Wan Azizah. Apa pula pandangan Datuk terhadap golongan yang menggalakkan judi, maksiat, murtad, golongan yang mempromosi pakaian yang tak menutup aurat tetapi diiktiraf sebagai busana muslim dan yang penting golongan mempersenda dan menolak Hudud? -019546XXXX

Biasiswa, tulisan jawi dihapuskan, hakis kuasa raja Melayu pada tahun 1993, kehilangan saham Bumiputra RM52 bilion, tanah rizab Melayu dan banyak lagi isu melibatkan Melayu dikikis satu demi satu. Semuanya melibatkan hak istimewa fasal 153 dan ketuanan Melayu. Sampai bila Melayu mahu diperbodohkan? -TUAI RUMAH PANJAI

Kerajaan digesa mengkaji semula kenaikan harga gula, minyak dan gas baru-baru ini kerana walaupun rakyat tidak melakukan protes secara terbuka, tetapi dibimbangi mereka akan melaksanakan protes secara senyap dalam pilihan raya. - DZULKIFLI MOHAMAD, ALOR SETAR.

Siapa benar, siapa salah. Kalau nak kebenaran kena sila belajar depan ustaz. Belajar taksif, fekah, fardu ain,tauhid dan lain-lain mengenai Islam. Kalau asyik bergurukan televisyen, sampai bila tak tahu yang mana benar. Bergurulah wahai orang-orang Melayu. - D KAK AH

Sejak dulu, kini dan selama-lamanya kita asyik bergaduh sahaja kerana cuba mempertahankan hak masing-masing yang kian hilang. Begitulah juga semasa konvensyen BN lalu. Ada pemimpinnya cuba berprasangka terhadap parti orang lain. Melihat kepada situasi sekarang, nampaknya pemimpin parti politik masih belum berubah 100%, mereka terlalu banyak prasangka.
- KEBAYA MERAH, KEDAH

Di mana suara seperti murai tercabut ekor Pemuda UMNO Kedah apabila harga minyak dan gula dinaikkan. Dimana misi membela rakyat selama ini? Rakyat kini sudah dapat menilai Pemuda UMNO Kedah berjuang untuk rakyat atau hanya untuk tuan mereka. - SP 21

Rakyat kenalah terima apa yang Kerajaan Pusat lakukan, suara rakyat yang terbeban oleh kenaikan minyak, gas, gula dan sebagainya. Suara keluhan rakyat bagaikan lalat tak diendahkan pun, apa-apa pun rakyat terpaksa terima kerana kita sendiri yang memilih mereka sebagai pemimpin. - AHMAD ALBAB

PKR perlu melakukan sesuatu yang lebih baik dari BN jika ingin menang banyak kerusi DUN dan Parlimen dalam pilihan raya umum ke-13 nanti. Kalau BN boleh ada konvensyen, takkan PKR tidak mampu buat perkara sama bagi menyelesaikan isu semasa setelah ditimbulkan oleh pemimpin UMNO dan NGO yang tidak sebulu dengannya itu. Buat, jangan tak buat walaupun BN menjadi pertubuhan yang hebat dulu, kini dan selama-lamanya. - BATU API, KEDAH

Pada wakil rakyat bebas sedarlah diri jangan jadi batu api melagakan dua pihak yang sedang bertelagah ketika ini. Muhasabahlah diri dan fikirlah secara waras bagaimana, siapakah yang memberi peluang hingga bergelar Yang Berhormat. Apakah ayat bersyukur dan terima kasih sudah lenyap di fikiran anda. -013440XXXX

Menjelang PRU 13 debat perdana patut diadakan untuk rakyat memahami susur galur negara ini tertubuh. Antara tajuk paling sesuai ialah ketuanan Melayu dan Ketuanan Rakyat. Selagi debat tidak diadakan selagi itulah Melayu akan berpecah kerana masing-masing tetap pertahankan hala tuju, ideologi dan maksud sendiri untuk memerintah. Di kala bangsa lain berlumba mengukuhkan ekonomi, orang Melayu masih keliru apa itu hak istimewa. -TRP

Kerajaan memberi alasan dangkal dalam isu kenaikan harga minyak dan gula masih rendah bila dibandingkan dengan negara jiran rasa lucu pula apabila difikirkan macamlah rakyat bodoh tidak tahu membezakannya, Singapura dengan nilai dolarnya tinggi, di Thailand lebuh rayanya tidak dikenakan sebarang tol, kepada menteri KPNDKK syabas dan sekalung tahniah diucapkan. JAN’SBERIS

Harga petrol dan gula naik lagi sebelum menutup tirai 2010. Terima kasih kepada rakyat yang masih setia menyokong. Konvensyen BN tak sebut pun beban kenaikan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat!
- PEMUDA POKOK SENA

Pemimpin pandai berbicara, rakyat terus menderita pemimpin gaji beribu rakyat cukup makan saja hairan rakyat masih angguk kepala kerana barang keperluan naik harga. -012483XXXX

Harga garam juga patut dinaikkan. Kerana rakyat kita juga banyak menghidap penyakit darah tinggi sebab banyak makan benda masin dalam makanan. Kalau nak bgi alasan harga gula naik sebab kencing manis saja tak adillah. Sekarang rakyat cerdik dah. - MUS PAY

Tahniah pada Kerajaan Pusat, kerana memberikan rakyat hadiah yang paling istimewa kepada rakyat yang tidak jemu memberi sokongan. Kenaikan harga minyak dan gula serta gas tidak membebankan menteri-menteri yang bergaji puluhan ribu. Tapi bagi rakyat biasa ia adalah satu beban yang perlu ditanggung. Untuk tahun ini saja sudah berapa kali harga barang naik, jangan bandingkan dengan negara jiran. Mereka lebih maju dari negara kita. Kita tunggu PRU ke-13 nanti. - AYIE P SENA



ORANG SELANGOR

PADA Zarif Long memang anda tidak faham kerana yang manipulasi ketuanan Melayu adalah UMNO sendiri. Kerajaan PKR tidak bermaksud meminggirkan Raja Melayu tapi tauke Melayu yang cuba mengaut keuntungan dari rakyat dan bertopengkan pejuang Melayu. Harap Zarif faham dan merasa malu. - PRO KEAMANAN

KERANA politik sanggup memakan daging saudara kamu. Baik akhbar televisyen media elektronik takut hendak keluarkan kebenaran masih lagi berselindung kerana periuk nasi. Selagi ada noktah perkauman dalam hati bukan orang Islam. Seperti Hang Tuah taat pada raja, Jebat mati kerana rakyat berjuang untuk Allah SWT. -SELANGOR

Kerajaan BN naikkan harga minyak petrol, diesel, gas dan gula serentak. Tapi bila kerajaan Kedah dan Selangor hendak buat sesuatu, ada makhluk yang menjerit. - X POL KL

KALAU hendak naik harga barang naikkan sahaja tapi tidak perlu bandingkan nilai mata wang kita dengan negara lain. Nilai mata wang kita bukan besar jika hendak dibandingkan dengan Singapura. Kenapa tidak bandingkan gaji pekerja Malaysia dengan Singapura?. FOOART TANJONG KARANG

PELIK apabila pihak berkuasa membenarkan GAPS dan NG0 lain untuk berarak ke Istana Kayangan tapi dalam masa yang sama menyekat dan memberi amaran kepada Kerajaan Negeri melakukan perkara yang sama. Memorandum yang ingin diserah pula, berkaitan dengan kebajikan rakyat. Mana keadilan untuk rakyat?. -X RAY.

MINYAK ron 97 RM2.30 seliter, ron 95 RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, gas RM1.90 sekilogram, gula RM2.10 sekilogram. Menteri kata kenaikan munasabah dan tidak membebankan rakyat. Gaji Menteri RM14,907.20 memang munasabah bagi menteri bukan kepada rakyat. - X RAY



ORANG PAHANG

Kalau kita bangsa Melayu suka membaca dan menghadiri kuliah agama, tidaklah menjadi Melayu subsidi dan Melayu wang ihsan. Dek kerana ilmu tiada, iman pula kosong, maka jadilah Melayu tiada maruah. Sentiasa mengharapkan wang ihsan daripada pemimpin-pemimpin UMNO/BN. Sebab itulah undi orang Melayu yang hilang maruah boleh dibeli oleh UMNO/BN. Jika Pas mahu ganti UMNO dalam pentadbiran negara dalam pilihan raya akan datang, mereka hendaklah berusaha memulihkan orang Melayu yang sudah hilang maruahnya. Selagi ramai orang Melayu mengharapkan wang ihsan daripada UMNO/BN. Selagi itulah pas menjadi parti pembangkang. - 01696XXXXX

Pembaziran wang rakyat berterusan akibat kelemahan pentadbiran dan mempunyai motif tersirat dalam kalangan pemimpin peringkat kampung dan mukim. Jalan raya yang masih elok, diturap lagi sedangkan masih banyak jalan rosak tidak dipedulikan. Masih terdapat jalan yang tidak pernah diturap dan jalan sempit yang perlu dinaikkan taraf. Penurapan jalan terbabit tidak membawa sekelumit makna kepada rakyat banyak tetapi hanya menguntungkan segelintir puak sahaja. - CHEKA 1

Warga asing yang menetap dalam negara ini terlalu mudah mendapat taraf kerakyatan diberikan oleh kerajaan parti pemerintah disebabkan mudah meraih keuntungan dengan cara tertentu. Sedangkan ramai warga tempatan yang lahir di sini masih merempat sebab tidak mempunyai tempat tinggal akibat penempatan dikuasai warga asing yang dimanjakan tetapi rakyat sendiri dianaktirikan. Inikah erti slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan? - INSAN MELAYU KELIRU

Ada rupanya judi halal, judi haram. Ini sudah parah memandangkan agama Islam dianaktirikan oleh pemerintah negara. Amat ditakuti adalah takut remaja-remaja yang kurang atau langsung tidak faham mengenai halal haram menyatakan bahawa berjudi tidak haram. Kerajaan yang mengaku Islam (UMNO), tolonglah katakan kepada rakyat jagaan kamu bahawa judi itu haram sama ada berlesen ataupun tidak. - HAQUE

Seronok membaca tulisan A Aziz Deraman tentang UMNO dan Pas, sayang kerana bacaan politiknya kurang tepat, tersasar dari fakta. Ternyata beliau sukar keluar daripada kepompong UMNO untuk melihat secara jelas fenomena politik negara. Tidak sebagaimana Profesor Dr Aziz Bari yang dilihat kupasannya selari dengan suasana politik semasa. Sebagai orang sastera, A Aziz Deraman gagal memahami politik yang tidak pernah terikat dengan sebarang peraturan tertulis. Sebaliknya, politik yang menulis setiap patah peraturan dan hukuman. Tidak ada keperluan untuk mendesak supaya Melayu bersatu kerana sejarah membuktikan mereka tidak pernah bersatu. Jika ada pihak inginkan Melayu bersatu, pecahkan dulu tembok penghalang dibina penjajah dulu iaitu Melayu Orientalis dengan melayu berjiwa Islam. - ORANGKAYA SSSB

Tetap setia pada raja dan negara? Satu-satunya nama samaran yang boleh diertikan kepada maksud bermuka-muka atau berpura-pura setia pada Raja tanpa taat. Orang seperti anda seperti gunting dalam lipatan. Dalam diam-diam, turut serta menyokong UMNO/BN dalam melucutkan kekebalan Raja-raja Melayu hingga boleh dibawa ke mahkamah kerana setitik nila, rosak susu sebelanga . - TEMBAGA KARAT PP

Teringin mengulas tulisan PAK NGAH JENGKA. Jangan terlalu cepat menuduh sampai tidak perasan antara 20 tahun dan 52 tahun mana lebih lama. Adakah Kerajaan Negeri dan setiap ahli Parlimen negeri Kelantan PR dapat peruntukan yang sepatutnya disalurkan kepada mereka. Hairan, negeri-negeri yang tiap-tiap tahun dapat pertolongan kerajaan adalah adik-beradik kroni. Itu pun tak maju-maju setimpal dengan duit peruntukan Sabah serta Sarawak. Lihat juga keadaan Jengka yang indah khabar dari rupa. Baca akhbar lain juga. Asyik tengok media parti sendiri saja. - 01794XXXXX


ORANG TERENGGANU

TERIMA kasih kepada pihak berkenaan yang menaikkan petrol Ron95, diesel dan gula. Apakah ini balasan terhadap sokongan rakyat selama ini? - SEDIH.

HARGA minyak naik lagi, alasan kerajaan tetap sama. Syor supaya keuntungan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) disalurkan dalam bentuk subsidi untuk membantu meringankan beban rakyat khasnya golongan berpendapatan rendah. - HIDUP SEDERHANA.

Sejak akhir-akhir ini kerap kemalangan jalan raya yang melibatkan kereta, ada yang terbakar. Diminta pihak yang berkenaan dan kerajaan menjalankan siasatan terperinci. Mungkinkah disebabkan minyak RON 95 yang kebanyakan kita gunakan? -RAKYAT KECEWA


ORANG JOHOR

KEPADA Biar Adil, isu kenaikan harga air di Selangor dan di kedah adalah berbeza. Kerajaan Negeri kedah terpaksa menaikkan harga air kerana menanggung hutang. Perkara ini boleh dielakkan jika Kerajaan Negeri terdahulu menerima geran dan bukannya pinjaman daripada kerajaan pusat untuk pembinaan loji air di Kedah. Namun begitu, harga air di kedah masih lagi rendah dan menjadi negeri kedua rendah harga airnya selepas Pulau Pinang. Berbeza di Selangor, jika UMNO-BN masih lagi berkuasa selepas PRU yang lepas, harga air akan dinaikkan 37 peratus pada bulan tiga tahun depan yang mana harga air yang terbaru nanti lebih mahal daripada harga petrol di pam sekarang. Ini perjanjian yang dipersetujui. Selepas PR berjaya menguasai Selangor, persetujuan ini dibantah kerana ianya akan membebankan rakyat dan kerajaan negeri PR berusaha untuk mengambil alih pengurusan air kerana air adalah hak semua rakyat dan bukannya untuk diniagakan. - MELAYU BAHARU PG

SH

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT


No comments: