Sunday, December 5, 2010

PRU 13 dah dekat : Khir Toyo ditahan akan dibawa ke Mahkamah Seksyen



KUALA LUMPUR, 6 Dis. : Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamad Khir Toyo hari ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di pejabatnya di Shah Alam kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali berkata, Khir Toyo akan dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam untuk dituduh di bawah Sekyen 165 Kanun Keseksaan atas kesalahan rasuah.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung penangkapan tersebut.

Di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, seseorang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Difahamkan, penahanan Khir Toyo berkaitan dengan dakwaan bahawa beliau menerima rasuah berhubung pembelian tanah untuk 'Istana Khir' iaitu rumahnya yang ala Bali di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Khir Toyo, 45, menjadi Menteri Besar Selangor yang ke-13 pada Ogos 2000 ketika berumur 35 tahun dan merupakan penjawat jawatan Menteri Besar yang termuda.-Bernama

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

No comments: