Sunday, December 5, 2010

Rakyat Selangor merayu kepada Yang Dipertuan Agong














SHAH ALAM, 5 Dis. : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Badul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan media berkata, memorandum yang disokong oleh 150,000 rakyat Selangor telah berjaya diserahkan kepada Pegawai Akhbar Istana Negara, Khairi Abdul Rahman.

Memorandum tersebut berjaya diserahkan pada jam 2.15 petang.

Memorandum tersebut antara lain memohon Yang di-Pertuan Agong agar:

1. Menitahkan agar Hak Air ini dikembalikan kepada rakyat melalui pengambil-alihan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

2. Mengingatkan Kerajaan Persekutuan agar tidak berdolak-dalik untuk mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006) menjelaskan keperluan Industri Perkhidmatan Air ini distrukturkan semula secara holistik dan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

3. Menghak-upaya rakyat dengan memastikan bahawa sebarang perjanjian baru yang mahu dibuat perlulah dirunding dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

4. Mengembalikan kuasa Kerajaan Negeri Selangor dalam isu berkaitan perkhidmatan air kerana perkhidmatan air yang telah dimasukkan dalam Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan 1957 memberikan kuasa bersama Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan dalam hal berkaitan.

5. Mengingatkan janji Kerajaan Persekutuan untuk segera menghapuskan kronisme kerana teah terbukti bahawa usaha membolehkan syarikat-syarikat penerima konsesi ini mendapat sejumlah keuntungan tertentu, mereka dibenarkan untuk menaikkan kadar tarif yang tinggi dengan pemberian jaminan pinjaman Kerajaan Persekutuan yang bermaksud rakyatlah menjadi pembayarnya.

Khalid turut berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong perhimpunan ini dan menyeru semua pihak untuk terus menyokong usaha Kerajaan Selangor mengambil alih industri air.

“ Kerajaan Persekutuan membelakangkan kepentingan rakyat dalam isu air. Mereka sepatutnya bersama menyokong kerajaan negeri untuk menghentikan perjanjian tidak adil yang hanya memberi kebaikan kepada syarikat konsesi sedangkan kebajikan dan kepentingan rakyat terus dilupakan,” ujar Khalid.

Sementara itu, Khalid kesal dengan tindakan polis yang tidak menunaikan janji untuk membenarkan perhimpunan secara aman sehingga berlaku tangkapan.

“ Saya berharap dan mengesa pihak polis melepaskan mereka tanpa syarat,” tambahnya lagi.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

No comments: