Sunday, December 5, 2010

Seperti biasa permohonan Anwar ditolak















KUALA LUMPUR , 6 Dis. : Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak permohonan supaya beliau berundur daripada perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan mendakwa beliau tidak bertindak secara berat sebelah kepada pendakwaraya.

Peguambela Anwar mengesahkan akan merayu keputusan Zabidin itu.

Dalam memberi keputusannya itu, Zabidin menafikan tuduhan bahawa beliau telah bertindak secara intimidasi dengan mengugut untuk mengenakan tindakan menghina mahkamah ke atas peguambela Karpal Singh.

Beberapa keputusan hakim yang menafikan hak Anwar untuk mendapatkan bahan dokumen dan kenyataan bagi membolehkan beliau menyediakan pembelaan tuntas, turut dibangkitkan oleh peguambela sebelum ini.

"Beliau (Zabidin) sepatutnya berhenti jika timbul keraguan dari orang ramai tentang keputusan-keputusan penghakimannya," tegas Karpal kepada pemberita selepas Zabidin berkata beliau akan terus mengadili kes itu.

Pemerhati dan pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin dunia berulang kali menggesa supaya Anwar diberi perbicaraan yang adil setelah beberapa keputusan hakim dilihat sebagai membelakangkan asas-asas perundangan.

Pasukan pembelaan Anwar pada 24 November lalu telah membuat permohonan untuk menggugurkan hakim Mohamad Zabidin.

Dalam afidavit bertulis berserta notis usul, Anwar memohon Zabidin berundur dari kes itu, setelah Karpal memberi peringatan bahawa hakim tidak boleh bertindak di luar batas undang-undang.

Anwar berkata walaupun hakim telah menarik balik kenyataan yang dilihat sebagai memberi tekanan kepada Karpal, tindakan intimidasi itu menunjukkan Zabidin mempunyai kecenderungan untuk bertindak secara berat sebelah yang menghalang Anwar daripada menerima perbicaraan adil.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

No comments: