Thursday, December 23, 2010

Umno kelirukan MCA mengenai Islam

DAP terima Islam bukti kejayaan PR

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgWtDD8mPTuKIbxC_YFn8btDhg9JBdoMDU43CTG37GWjxGQoN6uAEYbAhmrrUOGClVdelUaYQCSbJvRauVENsFZD2kxkVa7hF836s32i65guGIfq0FSwf6_ggDttJQ-x0gWN3I6smXFMio/s1600/DSC_1040.JPG
KUALA TERENGGANU, 23 Dis. : Kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa parti itu menerima Islam sebagai agama rasmi negara membuktikan kejayaan Pakatan Rakyat (PR) mendekatkan bukan Muslim kepada agama Islam.

Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata, pada masa sama, UMNO gagal memberikan kefahaman yang jelas mengenai agama Islam terhadap kedua-dua parti komponennya iaitu MCA dan MIC.

“Bukti terbaru, wartawan MCA menganggap negara Islam adalah sebuah negara yang primitif.

“Bahkan, UMNO juga menjauhkan golongan bukan Islam dengan mengambil pendekatan salah mengenai isu bacaan ayat suci al-Quran oleh orang bukan Islam dan isu larangan memasuki masjid oleh bukan Islam,” katanya, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong menegaskan, hal itu perlu dilihat secara terperinci oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Terdahulu, dalam kongres kedua PR, Karpal Singh menyatakan bahawa isu negara Islam perlu segera dibincang oleh PR kerana beliau tidak mahu Barisan Nasional (BN) mengeksploitasi isu berkenaan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau juga buat pertama kalinya membuat kenyataan terbuka dan membuat ketetapan bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi negara serta menzahirkan permuafakatan yang semakin kukuh antara ketiga-tiga parti komponen PR.SH

No comments: