Monday, January 24, 2011

Felda bukan lagi ‘fixed deposit’ BN

Pembangkang mampu pecah dominasi BN di Felda

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiMzyWet9fPxLqztZIfXVlQP0eOKKQZp00gKRne_nynRgFHzGYPRTbozoB_o0B2zpHDxWYUApYEf8AhN-mCtdZWmZrsU6jSmvLJf-HTkUMN7qJt3z-9QDxQR1bPIs6WAEHjWqQVi7knkt6M/s1600/PKRYouthchiefShamsulIskandarMohdAkin.jpgBEMBAN, 25 Jan. : Pakatan Rakyat (PR) mampu mencapai kejayaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang sekiranya berjaya memecahkan dominasi Barisan Nasional (BN) di kawasan tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, cabaran besar PR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Tenang ialah meyakinkan pengundi di kawasan Felda.

Menurutnya, ia satu cabaran yang agak besar kerana ada tiga kawasan Felda di DUN Tenang.

“Sebagaimana kita tahu, Felda adalah ‘fixed deposit’ BN selama ini. Sebab itu kita kena yakinkan mereka bahawa patut ada perubahan.

“Saya yakin peluang PR untuk menang adalah cerah sekiranya kita dapat pecahkan dominasi BN di kawasan Felda, di sini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Keadilan Melaka yang diadakan di ibu pejabat PKR Jasin, di sini.

Shamsul Iskandar berkata, peruntukan RM1.6 bilion yang dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk Felda di DUN berkenaan jelas menunjukkan BN turut gusar dengan peningkatan sokongan dalam kalangan peneroka terhadap PR.

Ini katanya, ditambah pula dengan perkembangan positif membabitkan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dan 'task force' Felda.

"Saman terhadap Felda turut memberi tekanan yang hebat kepada jentera BN,” katanya.SH

No comments: