Sunday, January 16, 2011

Kata Markom Giran " kakitangan awam tidak dibenarkan berkempen" , Kalau begitu Markom Giran bukan kakitangan kerajaan tapi kakitangan Umno

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgOfeygZOSagKb7jLL1kYAk-eE3BcSDL1o-OHGYZFPnUTiFGQuMw69yrzPGV8EmQHWrTRlqV1NMBcGzBmfkiIIR_XUoZpjU71NMZTGXazhxqOvTevo16ejTVLW5aROXSHOqC7trHYtsnrE/s1600/hj+markom.pngKUALA LUMPUR, 17 Jan. : Jabatan Pelajaran Johor hari ini menafikan dakwaan bahawa pihaknya telah memberi arahan pertukaran sekolah 24 jam kepada suami Normala Sudirman, yang akan turun sebagai calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Tenang.

Pengarahnya Markom Giran bagaimanapun memberi amaran kepada Makrof Abdul Mutalib supaya tidak terlibat dalam sebarang kempen membantu Normala yang mesra dikenali sebagai “Cikgu Mala”.

“Tidak ada sebarang arahan pertukaran 24 jam. Ini hanya propaganda dibuat parti politik,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Khabar angin menerusi Twitter mengatakan Makrof telah diarah berpindah sekolah disebar malam tadi, sejurus selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Normala sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat di kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang.

Normala, 38, merupakan bekas guru sekolah menengah di Tenang. Beliau telah meletakkan jawatan bulan lalu.

Normala juga merupakan pengerusi Lajnah Pendidikan Muslimat PAS pusat dan naib ketua Muslimat Johor.

Difahamkan Makrof yang turut mengajar di sekolah berdekatan dengan sekolah isterinya dilaporkan telah berpindah ke Johor Baru, namun arahan itu ditarik balik selepas dibantah pasangan suami isteri itu.

Markom juga menafikan dakwaan bahawa ada arahan pertukaran dikeluarkan terhadap Makrof.

“Beliau (Makrof) masih mengajar di sekolah sama, tapi jika beliau didapati berkempen kita akan mengambil tindakan disiplin. Kakitangan awam tidak dibenarkan berkempen.

“Apa yang saya katakan tidak melanggar perintah tetap,” kata beliau merujuk kepada arahan sebagai kakitangan awam.

Sementara itu, Makrof ketika dihubungi berkata perkara tersebut sudah selesai dan enggan mengulas lanjut.

“Ia sudah selesai, tiada apa-apa lagi. Saya masih mengajar di sekolah yang sama,” katanya.

Pilihan raya kecil diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha, 59, pada 17 Disember tahun lalu.
Kawasan DUN Tenang merupakah salah satu kubu kuat Umno di Johor.

Dalam pilihan raya umum 2008, Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS, dengan kelebihan 2,492 undi.

Penamaan calon akan diadakan 22 Januari manakala pengundian pada 30 Januari.

Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calonnya Rabu ini.

No comments: