Sunday, January 2, 2011

Mari menjaga alam sekitar, sokong kerajaan Pulau Pinang

PPIM Saran Pengguna Bawa Bekas Sendiri Waktu Membeli-Belah



KUALA LUMPUR 2 Jan.: Bawalah raga dan beg daripada bahan kitar semula apabila mengunjungi pasar raya untuk membeli-belah untuk mengurangkan penggunaan beg plastik, demikian saranan Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

"Jumlah beg plastik yang dibuang oleh pengguna di negara ini dapat dikurangkan dan pada masa yang sama pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan,"katanya, sambil menambah beliau sendiri membawa raga ketika membeli-belah dipasar raya dan premis perniagaan lain.

Sambil menyatakan sokongan terhadap Kempen Hari Tanpa Beg Plastik padasetiap hari Sabtu bermula semalam, Nadzim berkata beliau menganggarkan sejuta tan sampah terutamanya plastik dibuang oleh pengguna di Pulau Pinang.

"Bayangkan berapa banyak jumlah sampah yang boleh dikurangkan sekiranyaperkara ini dilaksanakan secara berterusan," katanya kepada Bernama.

Beliau mengambil contoh beberapa negara maju seperti Korea dan Jepun di mana golongan ibu yang mempunyai bayi menggunakan lampin yang boleh dibasuh berbanding di negara ini yang kebanyakannya menggunakan lampin pakai buang.

Dianggarkan tiga perempat daripada bahan buangan di negara ini adalah lampin pakai buang, katanya.

Beberapa pasar raya besar dan kedai Mesra Petronas melaksanakan kempen Hari Tanpa Beg Plastik pada setiap Sabtu bermula semalam.

Pengguna yang ingin menggunakan beg plastik akan dikenakan caj 20 sen.

Penasihat Gabungan Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (Fomca) Prof Datuk Hamdan Adnan pula berkata premis perniagaan di negara ini seharusnya menggunakan bahan-bahan boleh dikitar semula seperti kain dan kertas sebagai bekas mengisi barang jualan.

"Dulu lagi patut ditukar kepada bahan yang mesra alam dan tak jadi masalah pun," katanya.

No comments: