Sunday, January 2, 2011

Umno dahulukan rakyat tanggung beban, utamakan kroni untung lumayan

Slogan 'Umno Dahulukan Rakyat' Tidak Berpijak Realiti- PR


SHAH ALAM 2 Jan. : Pemimpin Pakatan Rakyat menyifatkan kempen 'Umno Dahulukan Rakyat' tidak berpijak kepada realiti apabila kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) tidak prihatin kepada masalah rakyat dengan menaikkan harga barangan dan petrol.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan hari ini sebagai berkata slogan 'Umno Dahulukan Rakyat' akan diperkasakan pada 2011 bagi memberi mesej jelas bahawa Umno sentiasa mahu melakukan yang terbaik dalam hal pembangunan rakyat dan negara.

Menurut Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyatakan ia sekadar propaganda murahan Umno kerana kenaikan harga barang dan petrol berlaku apabila subsidi untuk rakyat ditarik balik sedangkan subsidi kepada kroni-kroni besar tidak disentuh.

"Pada saya pendirian parti jelas dalam isu ini kalau apa pun propaganda murahan Umno yang mahu canangkan isunya masih berbalik kepada dasar kerajaan BN yang sentiasa mendahulukan rakyat yang perlu apabila menanggung beban hutang dan ekonomi yang semakin meruncing tetapi malangnya apabila menyentuh kepada penjana-penjana bebas dan kroni tidak disentuhkan atau diapa-apakan," katanya.

Sementara itu menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menganggap slogan yang diuar-uarkan Umno tidak konsisten untuk mendahulukan rakyat sedangkan realitinya kerajaan Umno-BN tidak prihatin kepada kenaikan dan beban rakyat mutakhir ini.

" Mereka tidak konsisten dan tidak boleh mempengaruhi rakyat atau menyakinkan rakyat tentang rakyat didahulukan banyak yang melibatkan urus tadbir negara isu yang lebih besar seperti memerangi rasuah,seperti meringankan beban ibu bapa dalam menghadapi persekolahan anak-anak yang terpaksa membayar yuran-yuran tambahan kesan daripada beberapa kenaikan cukai yang kita lihat yang tidak banyak mengubah dan kepada rakyat di negara kita," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Sementara itu, menurut Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata kempen itu hanya diperingkat slogan dan tidak nampak perlaksaannya dalam membela rakyat dalam polisi dan dasar-dasar kerajaan pimpinan Umno-BN.

"Itu nampaknya masih diperingkat slogan, slogan sahaja dan cogankata sahaja dan bukan mengenai tindakan dan dasar-dasar yang sebenarnya di mana rakyat didahulukan dan ini kita boleh lihat daripada kenaikan harga barang-barang.

"Dan setakat ini semua ini rakyat diutamakan hanya diperingkat slogan tidak banyak bermakna untuk rakyat jelata," kata Kit Siang.

Dalam pada itu menurut Nurul Izzah, Buku Jingga yang dikeluarkan oleh Pakatan Rakyat sebenarnya menimbulkan ketakutan kepada Umno sehingga parti itu terpaksa mencipta pelbagai slogan selepas kehilangan sokongan rakyat.

"Pada saya Buku Jingga penting kerana memaparkan realiti masalah semasa ekonomi, sosial di bawah BN, dari segi gaji minima yang belum dilaksanakan, jadi penting untuk seluruh rakyat Malaysia melihat statistik yang dikemukakan dan jalan-jalan penyelesaian yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat," jelasnya.

Hal ini juga disepakati oleh Salahuddin Ayub yang menegaskan Buku Jingga Pakatan Rakyat membuatkan Umno hilang hujah untuk berhadapan rakyat sambil menyatakan rakyat tidak mudah dipercaya dengan kempen terbaru Umno ini.

"Maka dengan sebab itulah mereka agak terkejut dengan 100 hari Pakatan Rakyat itu dan mereka terpaksa menjawab ke tahap mengatakan negara akan bangkrap, itu menyatakan mereka tidak mempunyai hujah dan konkrit untuk menghadapi apa yang ada dalam buku jingga dan rakyat mudah untuk diyakinkan sekiranya apa yang kita janjikan itu praktikal dan ditunaikan dengan penuh tanggungjawab.

"Saya rasa rakyat khususnya orang muda mudah dan cepat boleh akses dan menerima maklumat dan saya rasa mereka tidak mudah dipengaruhi dan mereka tidak mudah untuk memperngaruhi semua rakyat dalam menentukan keputusan dan pemikiran politik mereka dalam menghadapi isu-isu seperti ini," katanya.

No comments: