Saturday, January 22, 2011

"saya Perdana Menteri saya tahu semua perkara," tapi bila dicabar berdebat penakut

Tidak konsisten: PAS bidas pendirian Najib

http://www.tukartiub.org/wp-content/plugins/wp-o-matic/cache/48477_najib2.jpgLABIS, 23 Jan: Kenyataan tidak konsisten Datuk Seri Najib Razak berhubung beberapa isu besar negara menunjukkan Perdana Menteri itu banyak dolak dalih, kata AJK PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar.

Beliau memberi contoh, Najib ketika mula memegang jawatan Perdana Menteri ada mengumumkan bahawa zaman kerajaan tahu semua perkara sudah berakhir.

Namun apa yang dihairankan katanya, dalam isu debat dengan Datuk Seri Anwar, Najib mendakwa beliau selaku perdana menteri tahu semua benda dan tidak takut dengan Anwar.

"Bila Najib jadi PM dulu, dia umum zaman kerajaan tahu semua sudah berakhir.

"Kononnya beliau merendah diri dan menghormati pihak lain yg juga berpengetahuan.

"Tapi berbeza dalam isu debat, beliau secara terbuka menjawab dengan angkuh, "saya perdana menteri saya tahu semua perkara," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tumpat, berkata demikian ketika ditemui di pusat penamaan calon PRK Tenang semalam.

Tambahnya, Najib sekali lagi membuka pekung dirinya apabila tidak mahu merespon berhubung dakwaan penyeludupan wang secara haram ke luar negara yang dianggar bernilai lebih RM67.7 bilion.

Najib sebaliknya hanya mahu pihak Bank Negara Malaysia membuat ulasan berhubung perkara itu.

Terdapat laporan berita yang mengatakan Malaysia menduduki tempat kelima di kalangan negara-negara yang mencatatkan pengaliran keluar wang haram paling banyak.

Laporan tersebut didakwa berdasarkan laporan oleh badan pengawas kewangan yang berpangkalan di AS, Global Financial Integrity (GFI).

Menurut laporan itu pengaliran keluar wang haram dari Malaysia pada 2000 berjumlah RM67.7 bilion (US$22.2 bilion) yang, lapan tahun kemudian, melonjak kepada RM208 bilion (US$68.2 bilion).

"Beliau bukan seorang yang konsisten. Hanya bercakap untuk lepaskan diri sahaja," kata Kamaruddin.

Sehubungan itu, beliau mahu Najib sekali lagi menyatakan pendirian beliau terhadap cabaran debat yang dibuat Ketua Umum PKR itu.

No comments: