Wednesday, February 16, 2011

Bukan Umno dan Perkasa sahaja perjuang nasib orang Melayu

Konvensyen anjuran Pas bukan persaingan Perkasa

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhLLACkv2i74uBgrT3iJePtyN9yNtWvN0yqs05nar7zcADd59kTsHLfBhflFDUyq4uN15WZr65Nk2x9bQ0zmcUiRu36W1HrQ_FPzPcaXpAAQW_i_N21ZaktiiSiV55jHLk0ZeEzKk2kmhge/s320/mahfuz+omar_3.jpg
KUALA LUMPUR, 17 Feb. : Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa yang dianjurkan Pas bukan untuk bersaing dengan mana-mana pihak yang memperjuangkan Orang Melayu dan Bumiputera termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Pengarah Konvensyen yang juga Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya memberi jaminan tidak mengetepikan dasar perjuangan Islam yang dibawa selama ini.

“Kita bukan nak atasi sesiapa termasuk Perkasa tetapi kita mahu memberi keyakinan kepada orang Melayu dan Bumiputera tentang hak mereka walaupun Pakatan Rakyat memerintah, kita hanya mahu memberi penerangan kepada mereka.

“Kita juga bukan nak berlawan dengan DAP dalam perkara ini, mereka tahu apa yang kita buat,” katanya dalam sidang media semalam.

Menurut Mahfuz, konvensyen satu hari itu akan memberi penerangan menjawab isu-isu berbangkit terutamanya yang melibatkan tuduhan UMNO terhadap Pas dengan hasrat untuk menghakis keyakinan rakyat kepada parti Islam itu.

“Dalam konvensyen ini, kita akan bincang soal masalah orang Melayu dan Bumiputera selain menjawab isu-isu berbangkit tentang segala tuduhan yang dibuat UMNO terhadap Pas.

“Ini yang dimainkan pemimpin UMNO selama ini yang mana mereka mahu memberikan sentimen bahawa Pas dan Pakatan Rakyat tidak akan mempertahankan orang Melayu dan Bumiputera,” katanya.

Beliau juga mendakwa keadaan orang Melayu dan Bumiputera yang terpinggir disebabkan kelemahan sistem pemerintahan negara yang gagal untuk mempertahankan perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam tempoh 53 tahun, soal-soal orang Melayu dan Bumiputera tidak diambil berat.

“Kelemahan politik dan pemerintahan negara dilihat sebagai punca kegagalan untuk mempertahankan agenda orang Melayu dan Bumiputera, semua yang dilakukan dalam tempoh ini berkecamuk,” katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, keadaan orang Melayu dan Bumiputera yang terpinggir adalah disebabkan kegagalan Barisan Nasional (BN) selama menjadi pemerintah.

“Melayu dan Bumiputera terpinggir dan terancam disebabkan UMNO dan BN, mereka gagal membawa perubahan. UMNO yang menyebabkan kepada masalah orang Melayu dan Bumiputera,” katanya.

Konvensyen yang akan diadakan di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu akan turut disertai Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.SH

No comments: