Wednesday, February 16, 2011

Merlimau : Bukan kawasan felda, PAS tidak mustahil menang

Jangan pandang rendah pembangkang

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgietPlvqyER6YVfQXKHwu0ZC5B9K16iP38nB5Nam_usil4lHeope3Rl9F2uvULNA1dvkXLNWvGWnSHSDRPWrEVJV5hv4HET1sc-kVg71EE3uBH09f3Cq5Yzv64hLbNBnqQIGVMy_bzRmGy/s1600/Blog+170-2.jpgKUALA TERENGGANU ,17 Feb.: Pengarah Pilihan Raya Pas Terenganu, Ariffin Deraman mengingatkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak memandang rendah terhadap keupayaan pembangkang menawan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Menurutnya, walaupun DUN tersebut disifatkan sebagai kubu kuat UMNO sebagaimana DUN Tenang, namun kebangkitan pembangkang pada pili-han raya umum lalu perlu dijadikan pengajaran oleh parti kerajaan.

“Walaupun Melaka negeri kuat UMNO tetapi tidak mustahil Pas boleh menguasai kawasan itu, kita boleh buat yang mengejutkan dan kita mengingatkan supaya mereka tidak pandang ringan kebolehan Pas,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Ariffin dengan yakin berkata, calon Pas berkemungkinan diletakkan di DUN Merlimau memandangkan calon daripada parti itu diletakkan di kawasan tersebut pada pilihan raya umum lalu.

Beliau berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan calon wanita ditempatkan di kawasan terbabit berdasarkan populasi wanita di DUN Merlimau mencecah kira-kira 53 peratus.

Bagaimanapun, perkara tersebut masih dalam perhatian kepimpinan parti itu bagi memastikan calon yang diletakkan mampu memberi kemenangan kepada Pas.

Mengulas berhubung DUN Tenang, beliau kecewa dengan kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Yahya Khatib Mohamad yang menyifatkan kemenangan BN di DUN Tenang boleh dijadikan garis panduan untuk menentukan sokongan rakyat di negeri lain.

Beliau berkata, pemimpin UMNO itu perlu melihat kepada banyak faktor kerana banyak hala-ngan yang berlaku seperti banjir sepanjang tempoh mengundi menyebabkan peratusan keluar me-ngundi dalam kalangan bukan Melayu merosot.

“Undi bukan Melayu yang diperoleh pembangkang tidak merosot tetapi disebabkan faktor cuaca dan juga banjir, selain persiapan untuk menyambut Tahun Baru Cina telah menjadi penghalang untuk mereka keluar mengundi,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau meramalkan, keputusan undian mungkin berubah sekiranya keadaan berjalan lancar.SH

No comments: