Tuesday, February 1, 2011

Gobala terikut sentimen Umno ?

Gobalakrishnan didakwa terperangkap mentaliti perkauman

http://www.thenutgraph.com/user_uploads/images/2009/07/01/Gobala-sms.jpgPETALING JAYA, 2 Feb. : PKR mendakwa Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan, seorang yang terperangkap dengan mentaliti perkauman dan tidak sepatutnya berada di dalam parti yang mengamalkan politik pelbagai kaum.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, parti itu tidak pernah meminggirkan masyarakat India di negara ini, malah ramai pemimpin PKR telah menjawab tuduhan yang dilemparkannya.

“Saya ingin menafikan dakwaan tersebut kerana perkara berkenaan tidak berlaku dalam PKR. Parti ini menjaga semua kaum. Kami melihat perkara ini timbul selepas beliau kalah dalam pemilihan parti dan tidak dilantik menjadi naib presiden.

“Perkara ini juga pernah ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang menuduh PKR mengabaikan masyarakat Melayu, tetapi perkara tersebut tidak pernah berlaku. Mereka berbuat demikian bagi menutup kelemahan diri.

“Kami yakin dalam pilihan raya umum akan datang, rakyat tahu menilai dan akan memilih mereka yang membela nasib pengundi sahaja,” katanya.

Nik Nazmi berkata, beliau juga ingin membetulkan laporan yang dikeluarkan oleh sebuah laman portal bahawa 40 peratus anggota PKR adalah masyarakat India, tetapi Gobala mendakwa 90 peratus pemimpin parti adalah dari masyarakat Melayu.

“Sebenarnya daripada 371,612 ahli, Melayu 45 peratus, Cina 11 peratus, India 23 peratus, Bumiputera Sabah, Sarawak dan lain-lain hanya 21 peratus.

“Bagi kepimpinan Majlis Pimpinan Pusat bagi sesi tahun ini hingga 2013, Melayu 62 peratus, Cina 20 peratus, India 12 peratus, Sabah Sarawak dan lain-lain 4 peratus.

“Hakikatnya majoriti besar pimpinan dipilih menerusi sistem satu ahli satu undi dan ahli jelas meletakkan kebolehan, keupayaan serta komitmen kepada perjuangan mengatasi perkiraan perkauman,” katanya.SH

No comments: