Wednesday, February 2, 2011

Jentera Umno tidak bertamadun

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiM_CdEVmzwuwSpbsUhjEjx_icr7LwMV6C8YqOw4WdJ1l2iUmVtLUjqiYu3-lWVsD9BIMJpzbFREuGG9XVFwGE2VuIHDwcT5_J95XqOlkJZr4FU-f2DXRoeN52BbfgYmiLXsLWorPQRUZX9/s200/UstazAbuBakarChik.jpgKUALA TERENGGANU, 3 Feb. : Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Abu bakar Chik menganggap pekerja Barisan Nasional (BN) tidak bertamadun sehingga menyebabkan kekalahan calon Pas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Ahad lalu.

Beliau menyifatkan keadaan itu kerana pekerja-pekerja parti kerajaan dilihat memberi tekanan kepada pengundi sehingga mereka takut untuk menyokong parti pembangkang.

“Kita melihat dari segi ceramah yang diadakan parti pembangkang dihalang dengan cara mengganggu terutama dengan peralatan dan sistem suara yang lebih kuat. Mereka juga meletakkan bendera di rumah orang.

“Selain itu, jentera kerajaan turut memainkan peranan dengan menumpukan kepada permintaan UMNO contohnya pengundi tidak dipedulikan untuk ke tempat mengundi, sebaliknya di kawasan kubu kuat, mereka ambil berat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan undian di DUN Tenang yang memihak kepada BN dengan majoriti 3,707.

Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim berjaya mengalahkan pencabarnya, Normala Sudirman dengan memperoleh sebanyak 6,699 undi berbanding Pas sebanyak 2,992 undi.

Ditanya sama ada keputusan tersebut boleh dijadikan panduan untuk menentukan kedudu-kan parti pada pilihan raya umum akan datang, beliau menolak perkara itu.

Sebaliknya, Abu Bakar menganggap keadaan cuaca baru-baru ini turut mempengaruhi peratusan keluar mengundi.

“Suasana banjir di Tenang tidak boleh dijadikan ukuran terhadap pilihan raya umum akan datang dan kita melihat faktor cuaca turut memainkan peranan besar, selain Johor adalah negeri kuat UMNO,” katanya.SH

No comments: