Wednesday, February 2, 2011

Sarjan polis mati ditembak di kepala

Pegawai Penyiasat Ditemui Mati Dengan Kesan Tembakan Di Kepala


SHAH ALAM 2 Feb. : Seorang pegawai penyiasat berpangkat Sarjan ditemui mati bersebelahan keretanya beserta satu kesan tembakan di kepala di satu kawasan tanah lapang di Puncak Alam 2 di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Mohd Taib Ahmad berkata Mat Saini Omar, 50, merupakan pegawai penyiasat dari Jabatan Siasatan Jenayah,Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dan sedang bertugas ketika kejadian kira-kira pukul 9.45 pagi.

"Turut ditemui di sebelah mangsa ialah sepucuk pistol .38 miliknya dengan salah satu daripada lima butir pelurunya telah digunakan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Polis setakat ini mengklasifikasikan kejadian sebagai kematian mengejut. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tanjong Karang.

Mat Saini telah berkhidmat dengan pasukan polis lebih 25 tahun lalu. Beliau meninggalkan isteri dan empat orang anak.

No comments: