Wednesday, February 2, 2011

PRK Merlimau : Siapa calon bertanding bukan isu

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhVQ5HHb_KxbNN7RaQY2mRBm2Kjk607m5Zx9UjRU4UQzGmKwhpOEwav66e6PWdtkvOVmJ0PWAcnHzld6M2PExb93VEyBOk7dl5I7Lf0VE_vdlq2bxaCVa3FiPCr2IU9b_7FM6_OQaxIveA/s200/kamaruddin.jpgBANDARAYA MELAKA , 3 Feb. : Isu siapa calon atau parti mana yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau tidak sepatutnya timbul.

Ini kerana pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sudah sepakat mengekalkan status quo bahawa parti yang bertanding padapilihan raya umum lepas akan diberi keutamaan sekiranya berlaku pilihan raya kecil.

Ketua Dewan Pemuda Pas Melaka, Kamaruddin Sidik (gambar) berkata, semua pihakperlulah menghormati keputusan yang dibuat kerana ia merupakan keputusan yang dipersetujui bersama.

“Kalau mengikut status quo sebagaimana yang dipersetujui, memanglah Pas seharusnya bertanding. Bagaimanapun, keputusan akhir hanya akan ditentukan kepimpinan pusat setelah selesai mereka bermesyuarat,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai saranan sesetengah penyokong supaya PKR diberi peluang bertanding di Merlimau.

Menurut Kamaruddin, yang juga merupakan salah satu nama yang dikemukakan kepimpinan Pas negeri sebagai calon DUN Merlimau, beliau merasakan Pas mempunyai asas yang kukuh untuk meletakkan calon di DUN Merlimau.

“Pas mampu mencabar calon Barisan Nasional (BN) serta mampu mengugut majoriti BN,” katanya.

Sehubungan itu, Kamaruddin menasihatkan semua penyokong supaya tidak memperbesarkan isu berkenaan sebaliknya memberikan sokongan penuh kepada PR.

“Siapa calon yang akan bertanding...parti mana sekalipun yang bertanding, matlamatnya adalah sama iaitu memastikan kemenangan PR dan kekalahan BN,” katanya.SH

No comments: