Wednesday, March 30, 2011

Himpunan BERSIH 2 : Bukan 100 000 tapi 300 000 mungkin capai 1/2 juta rakyat

http://buletinonline.net/images/stories/berita45/Presidenpasbersih1.jpgKUALA TERENGGANU - Pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi PAS Haji Mohamad Sabu berkata Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (BERSIH) akan menganjurkan Himpunan aman BERSIH kali ke-2 tidak berapa lama lagi.

Menurutnya, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu sekurang-kurangnya 300,000 orang akan menghadiri himpunan itu kelak yang meneruskan desakan, supaya kerajaan melakukan reformasi dalam pilihanraya di Malaysia.

"Kempen berterusan, kita hanya (sedang) menunggu tarikh dari badan NGO BERSIH yang dipimpin oleh Dato' Ambiga, bila mereka beri tarikh Himpunan kita akan gerakkan rakyat,

"kita (PAS) jangka (ia akan diadakan) pada bila-bila masa sebelum pilihanraya umum akan datang,"katanya kepada media, di Kuala Ibai di siniselepas Majlis Ceramah Memperingati 'Tragedi Batu Burok' Kuala Terengganu pada Selasa 29 Mac

1 comment:

Khairi said...

Kami sokong. SPR sudah keluarkan kenyataan Senarai Pengundi di Sarawak adalah betul dan tepat, kita minta pemimpin kita cabar SPR untuk kita lakukan "audit" terhadap senarai tersebut.