Wednesday, March 30, 2011

Siapa kata Arman nak sertai PR, Ibrahim Ali kata Arman nak aktif Umno dan nak ceramah atas tiket Umno

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjd9Wnf-twFKVb0sjH5kBO2wiTKGy1SFB26V5CDtlVjUoISfWP3FNedYcLAo8heMhzmErhVhPSEizoyMkkB_m2Loz7roMQRImHdj06pDBMWpmocHNN50F1516dfeVgFVoCncRkWzrXEJiY/s1600/arman-azha-abu-hanifah1-oct4_.jpgKUALA LUMPUR, 30 Mac — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menegaskan pertubuhan bukan kerajaan membela hak orang Melayu itu tidak berhadapan dengan “krisis dalaman” ekoran keputusan dua pemimpin kanan muda termasuk Arman Azha Abu Hanifah meletakkan jawatan.

Arman Azha melepaskan jawatannya berkuat kuasa semalam manakala Ketua Wiranita Raihan Sulaiman Palestine berbuat demikian bulan lalu tetapi keputusannya belum diterima Ibrahim.

Kedua-dua itu adalah jawatan lantikan.

Sebaliknya, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Arman Azha yang juga ahli Umno Petaling Jaya Utara, telah menyatakan hasrat mahu melepaskan jawatan itu kerana ingin memberi tumpuan dalam bidang politik secara lebih aktif.

“Dah lama dia (Arman Azha) minta berhenti. Dia nak aktif (dalam) Umno dan nak ceramah atas (tiket) Umno.

“Tapi jadi ketua wira Perkasa... dalam dilema jadi saya setuju (dengan) dia lepas itu, itu sahaja,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider.

Sumber memberitahu keputusan itu berkaitan dengan isu kepimpinan dan projek tetapi dakwaan itu dinafikan oleh Raihan dan Arman Azha.

Kedua-duanya mengetengahkan kedudukan isu peribadi mereka yang menyumbang kepada keputusan melepaskan jawatan masing-masing.
Mengenai keputusan Raihan yang berhasrat mahu melepaskan jawatan itu, Ibrahim menegaskan beliau menolak pendiriannya.

Tegas wakil rakyat Bebas itu, Perkasa tetap sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan tiada krisis dalaman yang berlaku dalam kepimpinannya selaku presiden.

“Tak ada (krisis dalaman), Raihan masih Ketua Wiranita dan Arman (Azha) sudah beritahu sebab-sebab (letak jawatan) kepada saya.
“Raihan pula tidak ada masa nak jelajah ke sana ke mari, dia minta nak jadi penyokong sahaja dan saya tolak peletakan (jawatan) itu... Perkasa adalah NGO dan semuanya sukarela,” katanya.

Arman Azha yang merupakan ahli seumur hidup akan kekal dalam Perkasa.

Menurut Arman Azha, tindakan beliau melepaskan jawatan itu tiada kaitan dengan desakan atau masalah dengan kepimpinan dalam Perkasa yang diterajui Ibrahim.

Mengulas lanjut tindakannya, Arman Azha berkata, keputusan itu diambil kerana berpandangan bahawa NGO tidak boleh mencapai matlamat tuntutan tanpa mempunyai kuasa politik.

4 comments:

pemuda cawangan said...

bole tak pemuda kawasan cadang nama lain jadi KP pusat?
apasal la KP sekarang kurang cerdik bacaan politiknya.ana respect ilmu agamanya.

Anonymous said...

boleh tu boleh, tapi jgn hangat2 taik musang pulak.. tak dapat habuan/pulus merajuk, keluar cari flatform lain pulak..... tup tup buat NGO lain pulak. Begitukah nak cari makan?

Anonymous said...

muka mcm sumpalah..sapa nak sangat dia kat dia ni..masuk2 nanti bawak tahi..

Anonymous said...

muka mcm sumpalah..sapa nak sangat dia kat dia ni..masuk2 nanti bawak tahi..