Monday, March 14, 2011

Membimbangkan : Radioaktif Fukushima dijangka capai Tokyo dalam 10 jam



JEPUN 15 MAC : Paras radioaktif rendah yang terbocor daripada loji tenaga nuklear Fukushima, timur laut Jepun, dijangka boleh capai kawasan Tokyo dalam tempoh 10 jam.

Kedutaan Perancis di Jepun membuat anggaran itu berdasarkan paras tiupan angin semasa di kawasan yang teruk dilanda gempa bumi dan tsunami.

Kenyataan itu yang disiarkan pada laman web bahasa Jepun menggesa kesemua warga Perancis di Tokyo supaya berada dalam bangunan, tutup tingkap dan tidak panik.

Amaran itu dikeluarkan di sebalik maklumat bahawa satu letupan dilaporkan terjadi di reaktor tenaga nuklear ketiga di Fukushima Daiichi awal hari ini - kejadian ketiga dalam tempoh empat hari.

Seorang jurucakap agensi nuklear berkata letupan itu didengar sekitar pukul 6.10 pagi tadi (5.10 pagi waktu Malaysia).

Paras radiasi yang dikeluarkan selepas letupan itu melepasi had yang dibenarkan, lapor agensi berita Kyodo.

Beberapa pekerja di reaktor Unit 2 juga dibawa keluar.

Letupan itu terjadi ketika jurutera-jurutera Jepun cuba memasukan air laut ke dalam Unit 2 loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi selepas paras air pendingin turun, sekali gus mendedahkan rod-rod bahan api uranium.

No comments: