Sunday, June 26, 2011

PAS Pahang dirombak, tonjol pelapis muda

KUALA LUMPUR, 25 Jun: PAS Pahang yang selesai mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini dengan memfokuskan agenda kepada penstrukturan jawatankuasa baru badan perhubungan negeri.

Pesuruhjayanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, perubahan beberapa jawatankuasa memperlihatkan penyertaan golongan muda sebagai barisan pelapis mula ditonjol dalam menyediakan satu pasukan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

PAS Pahang, katanya membuat rombakan jawatan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri dengan memasukkan Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi sebagai Timbalan Pesuruhjaya.

Tindakan ini dilihat sebagai satu usaha memantapkan barisan pemuda negeri sebagai tenaga penting dalam persiapan pilihanraya.

Di samping itu, Penerangan PAS Pahang juga menyaksikan perubahan, apabila Ustaz Sauhaimi Saad iaitu bekas Ketua Pemuda Negeri dilantik sebagai Ketua Penerangan manakala Ketua Pemuda Negeri disandang oleh Ustaz Shahril Azman al Hafiz.

“Mesyuarat hari ini juga telah membuat komitmen untuk menggerakkan ahli dan penyokong PAS Pahang seramai 30,000 orang untuk menyertai himpunan aman Bersih 2.0 pada 9hb Julai nanti,” katanya yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

PAS Pahang, katanya akan membantu pasukan keselamatan bagi memastikan himpunan itu akan berjalan dengan aman, dan mengecam sebarang tindakan bersifat provokasi yang cuba dicetuskan mana-mana pihak.

Tambahnya, mesyuarat juga menggesa agar ditingkatkan usaha bantahan terhadap projek Lynas yang mempunyai risiko kepada kehidupan penduduk dan alam sekitar.

Katanya, mesyuarat dimaklumkan beberapa himpunan bantahan yang berterusan diadakandi sekitar Kuantan bersama dengan pelbagai NGO dan menggesa ahli PAS turut sama dalam siri bantahan tersebut.

Berikut senarai penuh Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Pahang.

Pesuruhjaya : Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Timbalan Pesuruhjaya 1: Ustaz Yusuf Embong

Timbalan Pesuruhjaya 2: Dr Hamzah Jaafar

Timbalan Pesuruhjaya 3: Nasruddin Hassan Tantawi

Bendahari: Ir Musanif Abd Rahman

Ketua Dewan Pemuda: Ustaz Shahrir Azman Al-Hafiz

Ketua Dewan Ulamak: Ustaz Mokhtar Senik

Ketua Dewan Muslimat: Salamiah Mohd Nor

Pengarah Jabatan Pilihanraya: Abdul Majid Hassan

Ahli Jawatankuasa:

Hasanuddin Salim

Syed Hamid Syed Mohamad

Andansura Rabu

Yohanis Ahmad

Alawiyyah Abdullah

Siti Ruhani Abu Bakar

Ramli Awang Abd Rahman

No comments: