Sunday, June 26, 2011

TERBARU : AJK masjid UMNO halau pemuda pakai baju BERSIH bersolat di masjid

Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar berasa kesal dengan sikap angkuh salah seorang AJK Masjid Bandaraya, Likas, Kota Kinabalu yang menghalau seorang pemuda dari bersolat di masjid semata-mata kerana pemuda tersebut memakai baju BERSIH. Kejadian yang berlaku di masjid tersebut dapat dilihat oleh seluruh ahli kariah yang turut sama bersolat di masjid tersebut.

Selain dari kata-kata kesat, baju beliau juga direntap oleh AJK Masjid tersebut

Salah seorang ahli kariah masjid memarahi ajk tersebut

Pemuda yang tidak mahu namanya dikenali itu, sememangnya sering bersolat di masjid tersebut telah dihalau keluar dari masjid ketika selesai bersolat magrib. Selain dari menghalau pemuda tersebut, AJK masjid yang dikenali sebagai Hj. Paiman tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesat dengan menuduh pemuda tersebut sebagai munafik. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, beliau turut menolak pemuda tersebut dengan kasar.

Situasi yang memalukan ini akhirnya dileraikan oleh salah seorang ahli kariah yang masuk campur. Ahli kariah itu dengan nada yang tegas telah menegur AJK masjid tersebut kerana sikapnya yang memalukan itu. Beliau membela pemuda tadi, dan memarahi AJK masjid tersebut kerana menghalau anak muda dari bersolat semata-mata kerana mamakai baju BERSIH.

Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar melihat perkara ini sepatutnya tidak berlaku. Sehubungan dengan itu, DPP Sepangar menggesa agar Jawatankuasa Masjid Bandaraya segera mengambil tindakan terhadap AJK masjid tersebut di atas sikap beliau yang merosakan imej Masjid Bandaraya yang sememangnya terkenal dikalangan para pengunjung dan pelancong.

Mengenai Himpunan BERSIH yang akan diadakan pada 9 Julai nanti, DPP Sepangar menyeru seluruh rakyat Sabah agar berpakaian berwarna kuning dan keluar ke bandar-bandar beramai-ramai bersama keluarga.

-Pilihanraya Bersih dan Adil-
-Kearah Negara Berkebajikan-
-Selamatkan Malaysia-


Sumber daripada blog Dewan Pemuda Pas Sepanggar

5 comments:

Anonymous said...

apa ke jadah pak aji oiiiiii......baju kuning tu tak ada hantu....ini lah menunjukkan keimanan pak aji yg sangat tipis....

Pak mat said...

Jenis mangkok hayun,bodoh tak bleh diajaq... Wooiiii mangkok hang ingat masjid tu harta Pak hang ka. Jenis akai dok di kepala lutut.

Anonymous said...

pakcik tu jeles kot sbb x dpt tshirt bersih..die pn nk jugakkk..

borneoboys said...

allah zahirkan ahlak manusia itu secara spontan tanpa manusia itu tahu ianya dari allah yang maha esa . Ingatlah manusia setiap pergerakkan kamu di muka bumi ini adalah dalam pantauan allah jangan kamu lupa jika kamu bertemu allah nanti jawablah dengan hati yang tenang tanpa rasa takut ...

JAMILKUCING said...

Hahah nasib baik la bukan aku. kalau aku demi Allah aku terajang ornag umno celak itu. dia lebih hina dari kafir harbi. masjid bukan harta mak bapak dia. bukan mak die melancur untuk buat masjid. dasar umno haramjadah